✨Doktor mata & pesakit anti vaccine ✨
Tak pernah saya sangka saya akan berdepan dengan golongan ini secara langsung
Pagi tadi saya dikunjungi sepasang suami isteri berusia 50an. Kelihatan seperti orang baik-baik dan faham agama. Si isteri berpakaian seorang muslimah, Alhamdulillah.
Si suami sudah beberapa tahun kencing manis. Pernah mendapat rawatan mata di hospital lain, tetapi dirujuk kepada klinik saya kerana beliau sedang mendapat rawatan jantung di Pusat Pakar Perubatan UiTM.
Selesai saya memeriksa pesakit, ternyata memang sudah terdapat komplikasi diabetes pada mata (Proliferative diabetic retinopathy) dan katarak. Saya terpaksa merujuk pesakit ke hospital terdekat untuk rawatan laser dan seterusnya pembedahan katarak. Pesakit dan isteri bersetuju. Pesakit juga ada masalah buah pinggang dan mungkin perlu dialisis tidak lama lagi.
Si isteri yang melihat saya sarat hamil, bertanya kepada saya
Makcik : Doktor, ini kandungan anak ke berapa?
Saya: Anak ke 4 , in shaa Allah.
Makcik: saya Alhamdulillah cucu sudah 7 org, 6 lelaki dari seorang Ibu, seorang lagi perempuan.
Saya: Alhamdulillah, ️Subhanallah . Anak Makcik berapa orang?
Makcik: Biologically saya tiada anak. Ini 2 org anak angkat saya. Alhamdulillah 6 cucu lelaki saya semua fully breastfeed & tak ambil vaksin langsung
Saya: Oh, pada saya vaksin tu perlu. Sebab kalau tak ambil, bukan sahaja membahayakan anak itu, tetapi juga pada anak orang lain. Lebih byk mudharat jika tak ambil.
Pakcik: Tapi doktor, virus tu, yahudi yang cipta, dia cipta virus lepas tu cipta vaksin, masukkan dalam badan.
Saya: virus tu Allah yang cipta, Pakcik. Tak ada manusia yang boleh cipta virus. Macam lembu, sejenis haiwan yang Allah cipta, manusia tidak boleh cipta lembu . Yang disuntik tu bukan virus dimasukkan dalam badan, tapi "antidote" utk elakkan jangkitan virus.
(Masa ni saya malas nak cerita bab saintifik, sbb dah mula geram)
Makcik: Tapi Alhamdulillah cucu saya semua ok je, yang besar dah Darjah 6 pun.
Pakcik: iya doktor, bergantung pada pemakanan, sebenarnya.
Saya: ok lah Pakcik, biar kita berlapang dada dgn pendapat masing-masing. Saya menyokong vaksin. Ini surat rujukan Pakcik utk rawatan laser ya.
*************
Sungguh saya hairan dengan golongan ini. Apabila diri sendiri yg sakit, datang ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Ambil pelbagai ubat, rela menjalani rawatan moden seperti angiogram, laser, dialisis, pembedahan katarak.
Tidak pula dipersoalkan siapa pencipta ubat-ubatan dan teknologi rawatan itu? Yahudi kah? Kristian kah? Islam kah?
Menyentuh soal pemakanan, cukup bagus cucu-cucu tetapi beliau sendiri tidak amalkan hingga terjadi pelbagai komplikasi kencing manis?
Mengapa beliau berhak mendapat rawatan perubatan moden, tetapi cucu-cucu "layak" untuk dijangkiti penyakit-penyakit yang boleh dicegah dgn vaksin, yang mana ilmu itu juga datangnya dari Allah?
Why does he think he deserve to get the best medical care but the grandchildren only deserve the risk of infection of preventable diseases?
Allah...
Protect us ya Allah...
Ignorance is NOT a bliss when it comes to vaccination 💉
No comments:
Post a Comment