Tuesday 28 June 2016

Hari Raya, Anak kecil & vaksin

✨Hari raya, anak kecil & vaksin✨



Pertama sekali saya ingin mengucapkan takziah kepada ibu muda ini yang kehilangan anaknya yg berusia 59 hari, akibat #pertussis yang dijangkiti dari orang lain yang tidak divaksin . Semoga ALLAH mengurniakan syurga buat kalian sekeluarga atas ujian ini

Sempena hari raya yg bakal menjelang & kemunculan wabak #diphteria, #pertussis & #measles akibat golongan antivaksin , saya ingin berkongsi sedikit pesanan 

✨Buat ibu bapa bayi kecil kurang dr setahun terutama kurang dr 2 bulan 
 
✅ 1) berpantanglah di rumah , tak perlu keluar beraya & had kan pengunjung . Kita tidak tahu siapa pembawa kuman , anak siapa tidak divaksin dan tetamu itu sudah ke berapa byk tempat  lain dan terdedah kepada orang ramai . 

Jika ada tetamu, mohon cuci tangan jika mahu memegang bayi anda & sebaiknya tetamu tidak perlu menyentuh bayi apatah lagi menciumnya . Cukup dgn melihat & membacakan doa 

Tidak mengapa dilabel "paranoid" , anak kita , amanah kita, tanggungjawab kita 

✅ 2) VAKSINKAN anak anda mengikut jadual & niatkan ini utk kebaikan anak anda & anak org lain, semoga Allah terima sbg satu kebajikan 

✅ 3) Elakkan tempat yg sesak seperti open house. 

✅ 4) Jika kampung anda kawasan endemik seperti melaka & kedah, elakkan pulang ke kampung seperti hadis Rasulullah 

Abdul Rahman bin Auf pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:

"Apabila kamu mendengar terdapat wabak di suatu daerah, janganlah kamu datang ke tempatnya. Sebaliknya, sekiranya wabak itu berjangkit di suatu daerah sedangkan kamu berada di sana maka janganlah kamu keluar melarikan diri daripadanya". (HR Muslim) 

✨Bagi tetamu yg berhari raya 

❎ Jgn cium/dukung/sentuh bayi yg baru lahir,atau mana-mana bayi tanpa Izin ibu bapanya . 

❎ baca doa sebelum masuk rumah 

❎ jangan berlama-lama berziarah terutama rumah Ibu dlm pantang 

❎ jika anak-anak anda tidak divaksin dgn alasan "anda sayang anak anda", kami Ibu Bapa #provaksin juga sgt sayang anak-anak kami. Tolonglah jangan dtg menziarahi kami yg ada anak kecil kurang dr setahun . Tolong hormati keputusan kami. 

🌷 bertabahlah ibu-Ibu & bapa-bapa Anak kecil . Biar kita susah raya kali ini agar in shaa Allah kita dpt nikmati banyak lagi hari raya akan dtg dengan anak kita yg tersayang 

Allahu musta'an ❤️

Please share to save our children 😢

2 comments:

  1. Biras sy pun dlm pantang smgu rayaharitu. Syurga suruh kunci pintu ckp sdg.susukan baby klu org ketuk pintu nk.tgk baby. Area situ ramai sgt anti vaksin.bahaya betul

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu. sometimes mothers has to be a bit overprotective

      Delete