Apa pendapat saya tentang supplement ? ๐ค
Pendapat saya tidak penting, yang penting apa bukti saintifik? ๐ค
Di dalam Islam juga kita diajar untuk kembali kepada sumber yang sahih apabila ada kekeliruan.
Nah baca link tentang supplement dalam ruang RUJUKAN
Baca yang link journal tu ya, bukan baca tajuk sahaja
SEMUA UBAT DAN SUPPLEMENT PERLU PANTAUAN OLEH DOKTOR.
Panadol yang "biasa-biasa" boleh jadi racun jika diambil berlebihan atau dimakan oleh orang yang ada masalah hati (liver, bukan hati dan perasaan ๐) atau masalah buah pinggang
Perlu saya tekankan ADA ORANG PERLU SUPPLEMENT
Contoh
1) wanita hamil atau merancang untuk hamil perlu supplement folic acid untuk elakkan kecacatan saraf tunjang (spina bifida)
2) pesakit osteoporosis perlu supplement kalsium dan vitamin D jika tak boleh minum susu/makan produk berkalsium tinggi, untuk mengelakkan tulang rapuh lebih teruk
3) pesakit mata Age Related Macula Degeneration (AMD) perlu supplement antioksida formulasi khas untuk mengelakkan kebutaan (tetapi perlu pantauan rapi dari doktor kerana jika tersilap pilih, boleh menyebabkan kanser paru-paru pula)
4) kanak-kanak terbantut tumbesaran perlu supplement protein dan vitamin untuk membantu mereka membesar dengan sihat
5) pesakit anaemia yang kurang sel darah merah, perlukan supplement zat besi
Semua contoh ini ada bukti saintifik. Saya senaraikan sebahagiannya di ruang rujukan.
Contoh nombor 3 paling saya suka kerana ia bidang saya, ayah saya ada AMD (dan sekarang bergantung kepada penglihatan satu mata) dan saya ada genetik AMD . Boleh rujuk gambar untuk baca hasil kajian AREDS study yang merupakan "landmark study" .
Masalah dengan supplement di Malaysia adalah ❗❗
❌ 1) OVERCLAIM oleh individu. Kebanyakan syarikat saya pasti ada panduan untuk TIDAK OVERCLAIM , tetapi ahli-ahli atau peniaga yang membuat dakwaan kelebihan produk berlebihan
❌ 2) individu bergelaran menggunakan status untuk "menghalalkan" overclaim terutamanya dari golongan sektor kesihatan
❌ 3) pesakit percaya kepada overclaim , mungkin agak terdesak untuk percaya (desparate) dan meninggalkan rawatan hospital yang sudah banyak bukti saintifik keberkesanannya
❌ 4) pesakit merahsiakan yang mereka ambil supplement dan herba dari doktor, dan hanya mendapatkan rawatan apabila sudah tidak tertanggung kesakitan diri , HINGGA ADA YANG MENGALAMI KEGAGALAN HATI / BUAH PINGGANG atau MAUT
❌ 5) TIADA PANTAUAN fungsi hati , buah pinggang dan sebagainya secara berkala oleh pengguna supplement
❌ 6) penjual supplement yang tidak berilmu, pukul rata semua orang boleh ambil supplement dan supplement "boleh rawat semua penyakit". Malah ada yang berani menyarankan "berhenti sahaja ubat doktor ".
Saya sendiri ambil supplement
1) antioksida untuk mengelakkan AMD kerana saya ada genetik itu
2) kalsium kerana saya sangat tidak suka minum susu dan saya tahu wanita Asia terdedah kepada risiko osteoporosis . Tambahan pula saya masih menyusukan anak
3) probiotik kerana saya tahu bakteria baik dalam usus saya penting (ada bukti saintifik dalam ruang rujukan)
Tetapi, saya pantau fungsi hati dan buah pinggang saya secara rutin
Jenama apa saya pilih,itu pilihan individu saya setelah saya membuat kajian tentangnya. Tetapi saya tidak akan menggunakan gelaran doktor saya untuk mempromosikan sesuatu jenama , apatah lagi overclaim sesuatu supplement MENYEMBUHKAN penyakit.
Supplement adalah makanan tambahan.
Bukan ubat. ❗
Bukan ubat. ❗
Jika anda sihat, mampu makan makanan yang berkhasiat dan seimbang, anda tidak perlu supplement
Jika anda DINASIHATKAN OLEH DOKTOR untuk mengambil sesuatu supplement , silalah ambil. Jika tidak,saya mohon rujuklah dengan yang lebih arif sebelum mengambil apa-apa supplement .
Di dalam surah An-Nahl Allah subhanahu wa ta’ala berfirman,
َูุณَُููุۡٔٓงْ ุฃََููۡ ูฑูุฐِّูุۡฑِ ุฅِู ُููุชُู
ۡ َูุง ุชَุนَููۡ
َُูู
“… maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan jika kalian tidak mengetahui.”
(an-Nahl: 43)
Sekali lagi saya tegaskan SEMUA PENGGUNA SUPPLEMENT PERLU DIPANTAU SECARA BERKALA OLEH DOKTOR
Jika penjual supplement tidak mampu memberi khidmat pantauan melalui ujian darah kepada pengguna, mereka sepatutnya tidak sewenang-wenangnya memberi/ menjual / mencadangkan supplement kepada pengguna,apatah lagi meminta penggunaan BERHENTI MAKAN UBAT DARI HOSPITAL
Dan pengguna patut mengambil nama penuh, alamat dan nombor telefon penjual supplement , Jika ada berlaku sebarang kesan sampingan, laporkan dan minta penjual itu bertanggungjawab.
Allahu Alam
Rujukan Bacaan Lanjut:
Supplement
๐Bukti Suppplemen dan herba boleh menyebabkan kerosakkan dan kegagalan hati, juga boleh mengakibatkan kematian.
https://www.ncbi.nlm.nih.gov/m/pubmed/27677775/
https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC3076034/
https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC4848993/#!po=9.84252
https://www.ncbi.nlm.nih.gov/m/pubmed/25043597/
๐Bukti wanita hamil perlu folic acid elak kecacatan tulang belakang bayi
https://www.ncbi.nlm.nih.gov/m/pubmed/28151610/?i=1&from=folic%20acid%20supplementation%20spina%20bifida#fft
๐Bukti pesakit osteoporosis perlu kalsium dan vitamin D
https://www.ncbi.nlm.nih.gov/m/pubmed/11683549/?i=5&from=/25648107/related
https://www.ncbi.nlm.nih.gov/m/pubmed/11683549/?i=5&from=/25648107/related
๐Bukti pesakit AMD perlu antioksida TETAPI PERLU DIPANTAU OLEH DOKTOR
https://www.ncbi.nlm.nih.gov/m/pubmed/11594942/?i=7&from=/23644932/related
๐Bukti probiotik baik untuk kesihatan usus
https://www.ncbi.nlm.nih.gov/m/pubmed/28555037/?i=8&from=probiotics%20review
https://www.ncbi.nlm.nih.gov/m/pubmed/25799959/?i=6&from=/28574970/related
No comments:
Post a Comment