Satu soalan yang makin kerap kedengaran,
dengan hanya berbaki 12 hari bulan Ramadan.
Alhamdulillah untunglah yang punya adik beradik ramai,
boleh bergilir dengan kampung mertua.
Walaupun seorang dua tidak pulang ke kampung mak ayah,
masih ramai lagi yang memastikan orang tua tidak kesunyian tatkala takbir bergema
Namun,
Alhamdulillah bertuah juga orang yang tidak punya adik beradik ramai.
Mungkin tiap tahun terpaksa banyak pulang ke rumah mertua,
yang anaknya seorang dua cuma.
Tetapi syukur anak cucu mendapat perhatian sepenuhnya
Dapat juga baju raya tambahan sepasang dua
Alhamdulillah juga,
buat yang sudah bernikah namun belum dikurniakan cahayamata.
Sekurang-kurangnya nanti ada insan tercinta,
berbaju sedondon dengan kita di pagi raya.
Alhamdulillah juga,
buat yang belum berpunya,
tak perlu mencabut undi pulang ke mana.
Ria di hati berhari raya,
bersama keluarga yang dirindu sentiasa
Namun, tetap Alhamdulillah jua,
buat yang sebatang kara,
berhari raya di kota,
kerana kesedihan itu boleh jadi mendekatkan hati,
kepada Rabb yang Maha Pencipta,
yang menjanjikan syurga buat yang sabar dengan ujianNya.
Di sana nanti, tiada lagi keletihan dan bermuram durja.
Hanya bahagia.
Ya, bahagia
Itulah kampung asal yang didamba,
insan yang sedar hidup di dunia ini hanya sementara,
lantas menyediakan bekal untuk akhirat sebanyaknya.
Alhamdulillah...
Bersyukur kita sentiasa
Dr Azlindarita Aisyah Mohd Abdullah
Setiap tahun balik rumah mertua
Adik beradik suami cuma dua
Tapi gembira sahaja
Raya ke dua tetap balik rumah Mak kita
Yeay 😬
Kenangan berhari raya di kampung beberapa tahun lalu
No comments:
Post a Comment