Saya memang suka mengembara. Sejak saya berusia 18 tahun dan belajar perubatan di Ireland, saya amat minat melancong dan meneroka ke tempat baru. Kini saya sudah bergelar seorang ibu, saya cuba untuk menerapkan minat ini kepada anak-anak saya.
Bagi saya , melancong bukan hanya untuk melepaskan lelah bekerja,
malah ia adalah satu pengalaman baru yang tidak dapat dibeli dengan wang
ringgit, tidak dapat ditukar ganti dengan emas permata
Kali pertama saya dan suami melancong bersama anak-anak adalah
ke Pulau Redang beberapa tahun yang lalu. Ketika itu anak saya yang kecil baru
berusia 5 tahun. Namun Alhamdulillah ia menjadi sebuah kenangan manis yang
tidak dapat dilupakan buat mereka.
Tahun 2015 pula, kami ke Langkawi, dan ketika itu saya
sedang hamil anak ke empat dan usia kandungan dalam 5 bulan.
Mengapa Langkawi?
Pertama kerana anak-anak saya sendiri sangat gembira ke
Langkawi dan mereka mahu ke sana semula dengan adik mereka yang baru.
Kedua, Malaysia Airlines ada mengadakan jualan murah tiket domestik, jadi saya ambil peluang membeli tiket untuk kami berenam. Alhamdulillah kami dapat tiket pada harga RM800 lebih sahaja untuk 2 dewasa, 3 kanak-kanak dan seorang bayi
Kedua, Malaysia Airlines ada mengadakan jualan murah tiket domestik, jadi saya ambil peluang membeli tiket untuk kami berenam. Alhamdulillah kami dapat tiket pada harga RM800 lebih sahaja untuk 2 dewasa, 3 kanak-kanak dan seorang bayi
Untuk penginapan dan pengangkutan di Langkawi, saya serahkan
kepada sahabat saya iaitu Ina, pemilik syarikat Dayang Biru di Langkawi.
Sebagai “local operator”,saya yakin Ina lebih mahir selok belok dan bagaimana
mendapatkan tempat tinggal yang sesuai pada harga yang saya inginkan.
Alhamdulillah untuk pakej 4 hari 3 malam, menyewa apartment
3 bilik di Adina Motel di Pantai Cenang, sewa kereta Avanza sepanjang di sana
dan pakej Mangrove Tour di Kilim Geoforest Park, semua sekali RM1680 sahaja.
Bolehlah hubungi Ina di nombor telefon 017-4241978. Beliau mempunyai 3 pejabat di Langkawi. Tetapi walaupun sibuk,beliau amat reponsif terhadap pertanyaan melalui whatsapp , walaupun pada waktu malam
Bolehlah hubungi Ina di nombor telefon 017-4241978. Beliau mempunyai 3 pejabat di Langkawi. Tetapi walaupun sibuk,beliau amat reponsif terhadap pertanyaan melalui whatsapp , walaupun pada waktu malam
Apartment kami di Adina Drive In Motel |
Hari pertama di Langkawi, kami makan tengahari di Warung
Janggus di Pantai Cenang. Nasi dan lauk pauk menjadi pilihan, walaupun ada juga
hidangan seperti nasi goreng dan mee goreng disediakan di dalam menu. Warung
Janggus ini beroperasi dari tengahari hingga ke malam , di mana untuk makan
malam terdapat pilihan ikan bakar dan sebagainya. Harga makanan agak
berpatutan, harga makan tengahari kami sekeluarga adalah RM55
Aneka lauk pauk di Warung Janggus |
Memandangkan cuaca hujan renyai-renyai, perhentian pertama
kami pastilah tempat yang berbumbung. Kami memilih untuk ke Underwater World
Langkawi. 2 tahun lepas, parking adalah percuma di sini, tetapi sekarang sudah berbayar.
Namun tidak mengapalah memandangkan kami tidak mahu berjalan di dalam hujan
Underwater World Langkawi adalah antara tempat menarik untuk
anak-anak.
Bayaran masuknya adalah seperti berikut
Bayaran masuknya adalah seperti berikut
Dewasa (Antarabangsa) : RM 46
Dewasa (myKad) : RM 36
Kanak-kanak (Antarabangsa): RM36
Kanak-kanak (MyKad) : RM26
Bagi kakitangan kerajaan, jangan lupa bawa ID kad anda untuk
mendapatkan “corporate rate” iaitu RM29 untuk dewasa dan RM21 untuk kanak-kanak
(3-12 tahun) .
Bahagian pertama di Underwater World adalah haiwan-haiwan
seperti iguana dan ular, serta berapa jenis ikan air tawar
Uwais kagum melihat iguana |
Bahagian kedua adalah lebih menarik iaitu haiwan dari tempat
sejuk iaitu singa laut dan penguin. Jika mahu melihat sesi memberi makan
penguin, adalah pada pukul 11 am & 3 pm untuk penguin jenis African , dan 11.15pm
& 3.15pm untuk penguin jenis Rockhopper.
Singa laut pula diberi makan sebanyak 3 kali sehari iaitu
pada pukul 10.45am, 2.30pm dan 4.00 pm
Bahagian ke tiga Underwater World adalah sesuatu yang baru
dan menarik. Ia digelar Life and Magic World. Terdapat permainan interaktif
seperti melukis dan mewarna ikan sendiri , yang kemudiannya akan dihantar ke
akuarium interaktif, atau anak-anak boleh memilih untuk bermain Virtual Reality
dengan bayaran RM10 sahaja
Selain itu ada juga wayang gambar 3D Typhoon Experience atau
melalui kota sesat (maze) the Lost City, dengan bayaran RM18 untuk dewasa, Rm12
untuk kanak-kanak. Saya dan bayi saya tidak masuk kerana takut kurang sesuai.
Selepas sejam bermain di bahagian ini, kami meneruskan
perjalanan ke bahagian ikan-ikan marin. Pastinya yang menjadi tumpuan adalah
Nemo dan Dori. Sotong kurita dan ikan jerung juga ada di sini,jadi bolehlah
pengunjung melihat pada jarak dekat
Nemo |
Setelah hampir 3 jam di Underwater World, kami pulang ke
apartment untuk solat Asar dan berehat. Jika mahu, di luar Underwater World
juga ada disediakan surau, jika mahu solat dahulu sebelum membeli belah di the
Zon yang berada di situ
Malam pertama , kami tidak keluar kerana anak-anak sudah
keletihan. Kami menelefon Pizza Hut tetapi rupanya tiada servis penghantaran di
Langkawi. Jadi saya telefon untuk “take away” sahaja. Mujur Pizza Hut
betul-betul dekat dengan tempat penginapan kami, dan boleh sampai dengan
berjalan kaki sahaja.
Ini antara faktor saya memilih untuk tinggal di Pantai
Cenang walaupun sekarang jalan rayanya sudah satu hala, dan agak sesak. Saya terfikir
juga pada mulanya untuk tinggal di kawasan Tanjung Rhu yang lebih privasi. Tetapi
memikirkan agak sukar mencari kedai makan di sana, dan kami berjalan dengan
empat orang anak yang sentiasa lapar, lebih baik tinggal di kawasan yang banyak
kedai makan.
Hari ke dua di Langkawi, cuaca masih mendung dengan hujan
renyai-renyai. Entah mengapa tahun ini bulan September menjadi musim hujan.
Beberapa minggu sebelum kami ke Langkawi, katanya banjir dan ribut di Pantai
Cenang. Alhamdulillah apalah sangat dibandingkan dengan hujan renyai-renyai .
Kami bergerak dari apartment pada pukul 9 pagi, menuju ke
Harbour Park di utara Langkawi.
Setelah mengisi minyak kereta, menikmati pemandangan kapal-kapal yang berlabuh dan mengambil gambar, kami meneruskan perjalanan ke Crocodile Adventureland Langkawi atau Taman Buaya Langkawi. Katanya ini adalah Taman Buaya terbesar di Malaysia. Jangankan anak-anak, saya pun teruja nak melihat buaya-buaya di sana
Harbour Park |
Setelah mengisi minyak kereta, menikmati pemandangan kapal-kapal yang berlabuh dan mengambil gambar, kami meneruskan perjalanan ke Crocodile Adventureland Langkawi atau Taman Buaya Langkawi. Katanya ini adalah Taman Buaya terbesar di Malaysia. Jangankan anak-anak, saya pun teruja nak melihat buaya-buaya di sana
Sebelum masuk ke Taman Buaya, kami bersarapan dahulu di
sini, dengan pakej sarapan RM5.90 untuk nasi lemak dan kopi O. Anak-anak makan
jagung dalam cawan sahaja.
Bayaran masuk ke Taman Buaya ini ada beberapa kategori. Pakej biasa, hanya RM18 untuk seorang dewasa. Pakej paling mahal RM36 untuk seorang dewasa iaitu termasuk mengambil gambar bersama buaya. Saya mengambil pakej sederhana iaitu RM25 seorang dewasa, RM20 seorang kanak-kanak iaitu bayaran masuk dan pellet untuk memberi makan anak-anak buaya
Bayaran masuk ke Taman Buaya ini ada beberapa kategori. Pakej biasa, hanya RM18 untuk seorang dewasa. Pakej paling mahal RM36 untuk seorang dewasa iaitu termasuk mengambil gambar bersama buaya. Saya mengambil pakej sederhana iaitu RM25 seorang dewasa, RM20 seorang kanak-kanak iaitu bayaran masuk dan pellet untuk memberi makan anak-anak buaya
Kawasan pertama adalah buaya-buaya yang berada di dalam sangkar.
Ada yang sangat besar hingga saya terkejut melihatnya! Ada juga anak-anak buaya
yang comel, yang mana anak-anak saya asyik memberi makan dengan pallet yang
dibekalkan tadi
Anak-anak buaya |
Jam 11 pagi, ada pertunjukan buaya , di mana petugas beraksi
dengan buaya berusia 40 tahun, yang hampir 2 kali ganda panjang seorang manusia
dewasa! Ngeri juga melihatnya mencium
buaya yang sedang menganga itu!
Lebih kurang 11.30 pagi, terdapat pertunjukan memberi makan
buaya di kolam jambatan atau Bridge Pond. Aduhai ngeri saya lihat buaya-buaya
yang besar dan berkeliaran di dalam kolam yang besar itu. Ada yang menelan ayam
yang dicampakkan, dengan 2 kali kunyah saja! Menarik sungguh pertunjukkan ini,
tetapi sayang ia hanya berlangsung selama 5 minit.
Dari kolam jambatan, kami terus berjalan ke kawasan buaya istimewa yang lain termasuk buaya bongkok, buaya tanpa ekor dan sebagainya.
Bagusnya Taman Buaya ini, banyak kawasan yang berbumbung jadi jika hujan, tiada masalah yang besar. Jika hujan renyai-renyai juga, ada payung yang disediakan secara percuma di sekitar taman ini.
Cumanya dari satu kawasan ke kawasan yang lain, tiada laluan berbumbung dan laluan banyak bertangga, jadi kurang sesuai untuk keluarga yang membawa bayi bersama stroller. Mujur suami saya kuat untuk mengangkat stroller . Saya terfikir jika pengunjung berkerusi roda, pasti sukar untuk bergerak .
Bagusnya Taman Buaya ini, banyak kawasan yang berbumbung jadi jika hujan, tiada masalah yang besar. Jika hujan renyai-renyai juga, ada payung yang disediakan secara percuma di sekitar taman ini.
Cumanya dari satu kawasan ke kawasan yang lain, tiada laluan berbumbung dan laluan banyak bertangga, jadi kurang sesuai untuk keluarga yang membawa bayi bersama stroller. Mujur suami saya kuat untuk mengangkat stroller . Saya terfikir jika pengunjung berkerusi roda, pasti sukar untuk bergerak .
Selesai melihat buaya bongkok, hujan mula turun dengan
lebat. Kami berhenti di tempat mengambil gambar dengan anak buaya. Bayarannya
adalah RM50 untuk sekeping gambar dengan frame, atau untuk sebuah rantai kunci
bergambar dan sebuah pelekat magnet. Selain itu 15 keping gambar lain dalam
bentuk soft copy akan dihantar kepada kita melalui email
Kagum juga saya melihat anak ketiga saya , Umar, berani mahu
memegang anak buaya. Sejuk sahaja badan anak buaya itu. Sebelum memegang anak
buaya, kami diminta mencuci tangan agar bersih dan sejuk. Ketika saya cuba
memegang anak buaya itu, menggeliat ia mahu lari! Mungkin kerana tangan saya
terlalu panas. Selepas disembur sedikit air pada tangan saya, barulah anak
buaya itu senyap
Bergambar kenangan dengan anak buaya |
Kami menghabiskan masa lebih kurang 3 jam di sini. Sebelum
pulang, saya singgah di kedai yang menjual barangan kulit dari kulit buaya.
Hampir tersedak saya melihat harga sebuat beg tangan antara RM14,000 hingga
RM20,000! Perlahan- lahan saya keluar dari kedai itu hahaha
Dari Taman Buaya, kami singgah di Masjid Kampung Ewa kerana
suami saya dan Umar mahu menunaikan solat Jumaat. Kami tunggu di dalam kereta
di dalam hujan, sambil saya menyemak bacaan Al-Quran anak-anak perempuan.
Dari Masjid Kampung Ewa, kami ke Pusat Kraf Langkawi yang
terletak berdekatan dengan Pantai Pasir Hitam. Meriah sungguh pusat ini dengan
jualan pelbagai barangan dari baju batik, bakul, beg tangan, hiasan dinding,
rantai kunci hinggalah kepada kuih bahulu yang masih panas kerana baru dimasak.
Pengunjung juga boleh mencuba untuk mewarna batik dengan harga RM30 satu lukisan di salah sebuah Kiosk. Jika mahu lebih murah iaitu RM10 satu lukisan, boleh ke bengkel batik yang disediakan Pusat Kraf ini, tetapi malangnya ia tutup pada hari Jumaat.
Pengunjung juga boleh mencuba untuk mewarna batik dengan harga RM30 satu lukisan di salah sebuah Kiosk. Jika mahu lebih murah iaitu RM10 satu lukisan, boleh ke bengkel batik yang disediakan Pusat Kraf ini, tetapi malangnya ia tutup pada hari Jumaat.
Surau di sini juga sangat bersih dan selesa. Dapatlah saya
dan anak-anak perempuan bersolat di sini dengan tenang.
Dari Pusat Kraf, hujan sudah reda dan kami berhenti seketika
di Pantai Pasir Hitam. Saya masih ingat kali pertama saya ke sini adalah ketika
saya berusia 9 tahun. Seronok melihat anak-anak bermain pantai, hingga Umar
basah seluruh seluarnya dengan air laut. Mujur saya ada membawa pakaian lebih.
Selesai bermain, baru perasan masing-masing terasa lapar. Rupanya
jam sudah pukul 4 petang dan kami belum makan tengahari. Jadi kami putuskan
untuk ke Pekan Kuah untuk makan tengahari atau makan malam
Sebelum ke Pekan Kuah , kami singgah bersolat di sebuah
masjid di kawasan ini, dan kemudian meneruskan perjalanan
Kami memilih untuk mencuba Uncle Jai’s Café di pekan Kuah.
Boleh waze sahaja, restoran ini terletak di kawasan Pandak Mayah. Alhamdulillah
layanan sangat baik, restorannya luas, banyak kawasan parking,ada disediakan
surau, dan makanannya sedap dan harga berpatutan.
Anak-anak memilih fish and chip dan chicken chop, manakala
saya dan suami makan nasi goreng paprik & nasi goreng ketam. Semua sekali
RM77 sahaja.
Chicken Chop |
Fish and Chips |
Nasi goreng ketam lembut (soft shell crab) |
Dari Uncle Jai’s Café, kami singgah sebentar di Dataran Lang
untuk bergambar dengan patung helang yang menjadi ikon Pulau Langkawi ini.
Alhamdulillah menjelang senja, cuaca sudah semakin cerah dan pemandangan matahari
terbenam sangat indah.
Dari Dataran Lang kami mengambil jalan persisiran pantai
untuk pulang ke Pantai Cenang. Maka hari ini lengkaplah kami berpusing hampir seluruh
Pulau Langkawi .
Oleh kerana kami makan tengahari agak lewat iaitu pada pukul
5 petang, kami tidak berhenti untuk makan malam. Saya sangka pasti semua akan
tidur awal. Rupanya pukul 10 malam, anak-anak minta makanan! Hahah lucu sungguh
anak-anak ni. Mujur di Pantai Cenang memang banyak warung-warung , jadi suami
saya pun keluar membeli kuey tiaw goreng dan burger untuk anak-anak.
Alhamdulillah pengalaman yang menarik dapat dikongsikan
dengan anak-anak hari ini. In shaa Allah hari ke tiga bakal menjanjikan
pengalaman yang baru pula
No comments:
Post a Comment