Tuesday, 12 September 2017

Cantuman 2 tulang tengkorak , pencetus tafakkur di hati

Klinik craniofacial sentiasa menginsafkan saya. Setiap inci tubuh badan kita yang sempurna, Allah yang sempurnakan seperti dalam Surah At-Taghabun ayat 3

Kita langsung tiada sumbangan dan tiada kuasa mengubahnya

Jika Allah kata, jadilah dua tulang tengkorak kepala bersambung, ketika ia tidak patut bersambung, maka terjadi keadaan craniosynostosis.

Kepala yang sepatutnya bulat,menjadi leper atau terlalu tajam

Soket mata yang patutnya menampung biji mata,menjadi cetek dan biji mata tersembul keluar

Tekanan dalam otak meningkat hingga perlu dibedah dan disalirkan cecair lebihan.

Gigi tidak tersusun hingga tidak boleh mengunyah

Hidung dan salur penafasan menjadi sempit , hingga sukar bernafas

Hanya dengan percantuman dua tulang yang patutnya terpisah

Pfeiffer Syndrome
Treacher Collins
Apert Syndrome
Crouzon Syndrome
Dan beribu-ribu keadaan lain

Subhanallah

Tiada satu pun yang Allah ciptakan dengan sia-sia

Semua untuk kita berfikir, bertafakur, bersyukur dan memuji Allah SWT

Allahu Akbar

HANYA DIA YANG MAHA KUASA

Manusia langsung tidak berkuasa.

Apalah sangat ilmu manusia, yang dipinjamkan Allah... umpama setitis air yang melekat dijarum, tatkala dicelup ke dalam lautan

Setitis itulah ilmu Allah
Selautan dan lebih lagi, ilmu ALLAH

Subhanallah
Alhamdulillah
Allahu Akbar

No comments:

Post a comment