Tuesday 12 February 2019

Kisah model cilik dan gadget

Ada seorang model kanak-kanak jumpa saya di klinik. Ya, seorang kanak-kanak yang bekerja sebagai model pakaian, dan masuk majalah dan sebagainya.

Memang comel sungguh lah. Baik budaknya. Matanya bulat, rambutnya sedikit perang. Baru berusia 6 tahun sudah cantik.

Mak dia risau matanya juling sedikit, ada kala matanya juling keluar terutama apabila dia sedang mengantuk atau sedang berangan. Tetapi kebanyakan masa matanya lurus. Cuma apabila diambil gambar, tidak cantiklah apabila kadang-kadang juling!

Apabila saya tanya tentang gadget, ibunya kata, disebabkan dia ada pendapatan sendiri, dan dia sangat "good girl", selalu bekerjasama dengan cameraman, production team, rajin baca buku dan sebagainya, ibunya "reward" model cilik ini dengan gadget dua jam SEHARI.

Apabila saya periksa refraksi atau "power" mata, tiada rabun.

Ini adalah akibat terlalu banyak menggunakan mata untuk memandang pada jarak dekat, matanya letih & otot mata tidak dapat lagi menyatukan dua mata. Dia mendapat "convergence insufficiency".

Saya nasihatkan kepada ibunya :

1) Kurangkan gadget kepada 2 JAM SEMINGGU

2) Jika sukar nak berhenti terus, mulakan dengan pecahkan 2 jam itu kepada 4 kali setengah jam, 4 hari seminggu.

3) beri CUE WORD . Contoh saya dan suami menggunakan perkataan "DAH CUKUP, TUTUP  IPAD" dengan  TEGAS dan intonasi "authoritative". Kita sebagai KETUA dalam keluarga.

Anak-anak kena tahu bahawa mereka tidak boleh memanipulasikan Mak Ayah.

Dan Mak Ayah kena dalam SATU PASUKAN! Bukan Mak marah, Ayah senyap-senyap beri main phone.

4) TAHAN HATI kalau anak menangis. In shaa Allah saya belum pernah jumpa lagi kes budak nangis sampai pengsan sebab tak dapat main gadget. 

5) Saya pesan lagi pada ibu model ini, beri ganjaran dalam bentuk lain seperti pujian, pelukan, masa untuk dia, main dengan dia dan mungkin keluar jalan-jalan dengan dia. Bukan dalam bentuk gadget.

Alhamdulillah selepas 6 bulan, mereka kembali ke klinik saya, anak kecil itu tiada lagi juling.

Si Ibu pun kata, anaknya lebih gemar melukis &  mewarna sekarang berbanding gadget . Sekarang Si Ibu hadkan penggunaan gadget untuk semua anak-anak beliau.

Alhamdulillah.

Juling peringkat awal akibat terlalu banyak main gadget, boleh dirawat.

Jangan putus asa.

Dr Azlindarita Aisyah Mohd Abdullah
Pakar Mata di hospital,
Kalau dengan anak-anak,
Saya BOSS.


No comments:

Post a Comment