Monday, 11 February 2019

Juling sebab gadget?

Hari ni hari juling di klinik saya.

Beberapa orang pesakit anak-anak datang sebab mata juling, sebab sehari main gadget sampai berjam-jam.

Bila ditanya, Mak tuding jari ke Ayah, Ayah tuding jari ke Mak.

Saya pun nasihatkan dengan baik

1) Anak-anak bawah 7 tahun kalau main gadget LEBIH 2 JAM SEMINGGU boleh tinggi risiko rabun jauh .

2) Apabila mata kabur akibat rabun, ada potensi jadi mata malas, dan jadi juling . Nanti apabila juling, diejek di sekolah & anak-anak boleh jadi rasa rendah diri.

3) Hadkan penggunaan gadget kepada 2 JAM SEMINGGU untuk anak-anak kurang 7 tahun

4) Tiada gadget untuk anak-anak BAWAH 2 TAHUN

5)  Banyakkan anak-anak main di bawah cahaya matahari untuk galakkan penghasilan dopamin dalam bola mata dan elakkan rabun jauh.

6) Kalau nak tengok TV, pastikan jarak adalah 2 METER ATAU LEBIH.

Sekali, Ayah pesakit tanya saya, "Oh, kalau nak hisap rokok 3 meter, anak nak tengok TV, 2 meter."

Saya terus tepuk dahi.

Saya terus sound," Hisap rokok kena berhenti terus!"

Hari ini Dr Aisyah jadi GARANG.

Kahkahkahkah .

Baru kau tahu.

Dr Azlindarita Aisyah Mohd Abdullah
Pakar Mata, 
Nak naik juling mata dengar Mak ayah yang kata "nanti anak saya nangis kalau tak bagi gadget ".

No comments:

Post a comment