Sunday, 10 March 2019

Tips melancong ke Bangkok, sambil menghadiri konferens

Bangkok adalah sebuah bandaraya yang sangat menarik untuk dilawati.

Jaraknya yang dekat dengan Malaysia, kadar tukaran wang asing yang tidak terlalu tinggi dan budaya yang hampir sama, menjadikan ia satu tarikan untuk pengunjung dari Asia Tenggara.

Saya kongsikan sedikit panduan untuk orang yang masanya terhad, seperti saya semasa menghadiri persidangan Asia Pacific Academy of Ophthalmology Congress 2019 pada 6-9 Mac yang lalu ya.

Untuk bacaan santai heheh.

1) Sampai Airport di Bangkok, off data phone, beli sim card tempatan. Suka hati nak beli syarikat apa. Murah je weh. Akak beli 199 Baht , unlimited data untuk 7 hari. Ini pakej pelancong. Boleh upload Instagram sampai pengsan.

Penting juga untuk guna Google Map, panggil Grab dan sebagainya.

WiFi di sini banyak kena password, bukan free dengan berleluasa macam Singapore atau Hong Kong.


Sawadikaaap


2) Kalau barang tak banyak, dari Airport naik train paling bagus. Sistem mereka ada 3, BTS, MRT & Airport line. Sila tengok map.

Kalau malas, barang banyak macam akak ni, NAIK TEKSI AIRPORT, jangan naik Grab.

Jalan memang jem, sama macam KL. Tapi teksi Airport rate dah ditetapkan. Surcaj 50 Baht je. Saya kena 250 Baht je dari Don Muang ke Queen Sirikit Convention Centre.

Kawan saya naik Grab kena 800 Baht.


Masjid di tengah-tengah kota Bangkok

3) Bangkok panas OK. Lebih panas dari Malaysia. Sila bawa cermin mata hitam & baju yang nipis dan selesa. Topi tak payah bawa, beli je. Murah kat sini 100-150 Baht. Kita anggap je 100 Baht = RM12.50 OK.

Kalau malas nak kira, anggap 100 Baht = RM 10 pun okeh juga. Jangan terkejut saja balik Malaysia tengok bil kad kredit nanti hehe. 

4) Tak bawa duit cash yang cukup? 

Di sini kad kredit sangat senang nak pakai, di mana-mana ada. Nak beli roti dengan air pakai kad kredit pun boleh. Kad ATM Malaysia pun boleh pakai kalau aktifkan. 

Saya pakai kad Public Bank, aktifkan untuk 2 hari melalui online sahaja. 


Topi 150 Baht beli depan Grand Palace, sebab tak tahan panas

5) Di Bangkok banyak berjalan kaki dari satu stesen MRT ke BTS dan sebagainya. Pakai kasut yang selesa. Saya tersilap pergi pakai kasut baru walaupun Sketcher. Akibatnya? MELECET! Huhuu.

Untuk MRT boleh beli  kad prepaid, IKUT LINE apa kita nak pakai. kad dia bukan macam Touch & Go boleh pakai untuk semua line. Sekali jalan untuk satu perhentian, 16 Baht.


Yang atas kad MRT untuk Blue Line, nak beli harga 150 Baht, ada deposit 50 Baht, dalam ada nilai 100 Baht. Yang bawah adalah kad BTS untuk satu perjalanan. Contoh dari Asok ke Saphan Taksin ambil masa 45 minit, tambang 44 Baht sahaja. 


6) Makanan halal ada banyak. Di supermarket pun ada packed food yang ada label halal. Yakin sahaja, mereka pun ada Majlis Ulama mereka yang keluarkan label halal ini.


Makanan halal di supermarket. 


Kalau makanan gerai, tepuk dada tanya iman eheh. Halal tulis sendiri tu payah nak tentukan. Order makanan laut lah.


Dim Sum halal


Buah-buahan MURAH! Mangga sebiji besar siap potong, kalau dekat kawasan pelancongan, 100 Baht. Di tempat lain 30 Baht sahaja. Sila basuh dengan air mineral sebelum makan. Manalah tahu mereka basuh kurang bersih kan.



7) Tempat shopping yang terkenal adalah Chatuchak. Tapi tempat ni buka Jumaat sampai Ahad sahaja dan sila pergi pagi atau malam sebab PANAS.

Pilihan lain adalah Pratunam Market, tapi kecil sikit. Yang best dia ada aircond hehe. Kalau dah namanya market, kau jangan nak guna kad kredit pula kat sini. Akak cubit karang. 


Pratunam Market





Nak standard sikit, depan Pratunam ada Platinum Mall. Boleh pilih segala jenis fashion baju, beli satu harga 450 Baht, beli dua 400 Baht sehelai. Boleh tawar menawar. Orang kata kain cotton Thai sangat berkualiti. Akak beli lah juga sehelai dua buat kenangan  buat jangan tidak, orang kata. 




Murah la tu, 390 Baht. Kalau di Terminal 21 harga dalam 1000 Baht sehelai jaket. 

Nak up lagi, ada Central World dan yang seangkatan dengannya, semua di kawasan BTS Chit Lom juga.


Amekaw punya besar, boleh lari marathon dalam ni. 

Terminal 21 pun adalah salah sebuah middle range shopping area, di kawasan Sukumvhit. Ada banyak kedai menarik, dan ia dijadikan seperti konsep Lapangan Terbang. Setiap tingkat diberi konsep contoh Mediterrinean, London dan sebagainya. 

Masuk sahaja ada 'kapten" sambut kita . Di tingkat atas sekali ada Food Court , ada jual makanan halal , nama kedainya Yana. Sila cari kalau rajin. Saya tak rajin sebab sesak sangat. 


Cantik suasana bershopping di Terminal 21 ni. Terletak dekat dengan MRT Sukhumvit dan stesen BTS Asok
Kapten yang akan salute semua orang yang masuk. Nak masuk shopping complex dan stesen MRT di sini kena lalu metal detector ya.

Nanti saya cerita satu lagi tempat shopping berdekatan dengan  Grand Palace


8) Must go place? 

Kalau masa terhad macam saya, bagi saya adalah GRAND PALACE  dan WAT ARUN.

Grand Palace adalah kediaman rasmi raja-raja Siam sejak 1782 uollss!

Tersangatlah cantiknya.

Kena naik BTS ke stesen Saphan Taksin, kemudian naik bot.

Saya cadangkan naik Hop On Hop Off 200 Baht, boleh pergi semua perhentian.

Atas boat Hop On Hop Off di sungai Chao Phraya


Tapi sila pergi awal pagi, sebab cuaca agak panas dan sesak dengan orang.


Di pintu masuk Grand Palace


Seni ukir yang sangat indah 


Di Temple of Emerald Buddha, tidak boleh memakai topi ya.Saya kagum dengan seni ukirnya yang sangat halus dan berwarna warni 


Pintu masuk utama bangunan Grand Palace


Royal Chapel of Emerald Buddha
The Grand Palace, pemandangan sebelum keluar 

Wat Arun 
Wat Arun ini juga dikenali sebagai Temple of Dawn 

9) Sook Siam di ICON Siam. 

Ahaa kenapa tempat ni dapat special mention?

Sebab tempat ni dari luar nampak macam high class tapi di dalam, ada bazaar klasik Thailand termasuk floating market yang telah di face-lift!




Bersama sahabat-sahabat jalan-jalan di kota Bangkok

Hoaaahh bayangkan jumpa nasi campur halal dalam tempat shopping 5 star!

Barang - barang pun harga berpatutan di Sook Siam ni.


Sook Siam ini terletak di ground floor Icon Siam 

Dengan harga 100 Baht, boleh campur 3 jenis pulut dan dapat sebij mangga. Berbaloi-baloi-baloiiii




Nasi campur,nasi dan satu lauk 60 Baht saja woih. Sedap pula tu! 

Tingkat atas, semua barang branded. Kalau suka dan mampu, boleh beli. Kalau takut kena persoal di akhirat, kau duduk diam - diam makan pulut mangga je macam Akak ni.


Kedai-kedai ala-ala floating market


Jurujual pun berpakaian tradisi Thai
Antara cenderahati yang boleh dibawa pulang adalah beg Naraya, beg jenama tempatan yang harganya sangat berpatutan. Kedainya ada di dalam Icon Siam ini

10) Tak mungkin datang ke Thailand tak mahu cuba Thai massage kan ?

Harga biasa adalah 300 Baht sahaja untuk satu jam, di kedai-kedai kecil di tepi jalan. 

Jika mahu kedai yang agak eksklusif, harganya 450 Baht

Saya mahu spa yang tertutup, dan mahu urutan dengan minyak bunga orkid, maka harganya 900 Baht. Tetapi berbaloi-baloi, bagi saya. 

Setiap bilik ada bilik mandi jika pengunjung mahu mandi sebelum atau selepas berurut. 


Jangan lupa tips untuk tukang urut , dalam 50 - 100 Baht ya. 
Kedai harga standard

Ini Spa yang agak eksklusif
Bilik Spa yang bersih 



11) Tuk tuk adalah satu jenis pengangkutan unik di Thailand. Nak naik, tambang lagi mahal dari teksi OK! Sebab dia boleh mencilok.

Syiok juga naik ni. Kalau jarak dekat, tambang 100 Baht, jauh sikit 250 Baht. Tapi kalau nak tahu, pemandu Tuk Tuk nak beli kenderaan dia ni, 750K Baht hokeh!! Patut la tambang mahaii


Bergambar kenangan dengan Abam Tuk Tuk yang ingat saya umur 17 tahun koh koh koh

12) Masa nak balik, pastikan naik kapal terbang di terminal mana, dan lapangan terbang mana. Ada dua airport besar di Bangkok iaitu Suvarnabumi & Don Mueang. Air Asia & Malindo naik di Terminal 1 Don Mueang ya.

Beri masa untuk shopping juga di airport kerana ada banyak pilihan juga terutamanya beg tangan berjenama.


Harga biasa RM7500, dah diskaun tinggal RM2500 uollss.. Akak tertinggal pulak handbag ni kat airport, sebab tak bayar kahkahkah. 


Beg tangan kulit buaya tengah ada sales. Biasa harga puluh ribu, sekarang ratus ratus pun ada. Setiap satu ada sijil sekali, perlu bawa kalau nak bawa pergi Eropah, USA atau Australia. Siapa pencinta buaya, jangan pergi kedai ni nanti nangis. Kbai  

OK itu saja buat masa ini . Tambang ke Bangkok pun tak mahal sangat. Saya naik Malindo dalam RM300, dah siap ada 25kg untuk bagasi. Akak tak beli apa pun, dik. Beli mangga kering je banyaaak. Tu yang barang sampai 25kg tu! 

Boleh lah rancang percutian ke Bangkok ya.

Gambar-gambar saya di Instagram dan FB boleh follow hashtag #draisyahafizinBangkok 

Enjoy your holiday! 

No comments:

Post a comment