Hari ini kita pelajari Surah Al Ra'du ayat 1
Saya kongsikan nota-notanya ya
Selamat beramal dengan ilmu ini dan kongsikan ya. Untuk rakaman video dan salurkan sumbangan ke badan dakwah ini, boleh ke FB page Ghulam Al Dakwah ya
Video Kelas Tadabbur Surah Ar-Ra'd Ayat 1
Surah
Ar Ra’d (3/5/2020)
الم
Dimulakan
dengan huruf مقطعة (muqatta’ah) iaitu terputus
Lawan bagi مقطعة
adalah متصلة (mutasilah) iaitu bersambung
Al Quran
diturunkan dengan lisan yang jelas
Mengapa
Allah turunkan Al Quran dan beberapa surah turun dengan dimulakan dengan perkataan
مقطعة?
- Memang tiada makna, Rasulullah SAW pun tidak tahu maksudnya
- Tujuan utama adalah untuk mencabar musyrikin Mekah yang mengatakan Al Quran dicipta oleh Nabi Muhammad
- Orang
Arab pakar Bahasa Arab. Maka Allah cabar orang Arab cipta satu surah , kalau tak
satu surah pun ciptalah satu ayat guna huruf Arab yang mereka guna seperti perkataan
مقطعة ini
- Tidak sama dengan ayat mutasyabihat
-
Surah
Al Baqarah ayat 23 & 24
وَاِنۡ کُنۡتُمۡ فِىۡ رَيۡبٍ مِّمَّا نَزَّلۡنَا عَلٰى عَبۡدِنَا فَاۡتُوۡا بِسُوۡرَةٍ مِّنۡ مِّثۡلِ هٖ وَادۡعُوۡا شُهَدَآءَكُمۡ مِّنۡ دُوۡنِ اللّٰهِ اِنۡ كُنۡتُمۡ صٰدِقِيۡنَ ﴿2:23﴾ فَاِنۡ لَّمۡ تَفۡعَلُوۡا وَلَنۡ تَفۡعَلُوۡا فَاتَّقُوۡا النَّارَ الَّتِىۡ وَقُوۡدُهَا النَّاسُ وَالۡحِجَارَةُ ۖۚ اُعِدَّتۡ لِلۡكٰفِرِيۡنَ ﴿2:24﴾
-
-
Dan kalau kamu ada menaruh syak tentang apa yang Kami turunkan
(Al-Quran) kepada hamba kami (Muhammad), maka cubalah buat dan datangkanlah
satu surah yang sebanding dengan Al-Quran itu, dan panggilah orang-orang yang kamu
percaya boleh menolong kamu selain dari Allah, jika betul kamu orang-orang yang
benar. Maka kalau kamu tidak dapat membuatnya, dan sudah tentu kamu tidak dapat
membuatnya, maka peliharalah diri kamu dari api neraka yang bahan-bahan
bakarannya: manusia dan batu-batu (berhala), (iaitu neraka) yang disediakan
untuk orang-orang kafir.
Allah
mulakan ayat ini dengan seruan kepada Rasulullah sebagai “hamba” – ini sifat
paling mulia seseorang iaitu dengar dan patuh apabila mendengar arahan,
perintah dan kehendak Tuhannya walaupun hatinya tidak suka. Mulianya Rasulullah
bukan kerana namanya tetapi kerana sifat hambanya.
Ternyata
walau surah sependek Al Kauthar orang musyrikin Mekah tak mampu cipta, surah
yang menyejukkan hati apabila dibaca, dibaca berulang kali tidak jemu, mendapat
pahala dan sebagainya.
Logiknya
jika dahulu , kini dan selamanya tidak mampu cipta Al Quran, orang musyrikin
patut takut dengan api neraka. Mengapa Allah tak kata, “kamu patut ikut Al
Quran”? . Ini kerana JIKA TAK IKUT AL QURAN, KESANNYA ADALAH API NERAKA . Ini
gaya bahasa Al Quran. Rasa takut dan gerun
Contoh,
anak tak mahu ke sekolah, bukan nasihatkan ke sekolah, tetapi boleh kata , “
maka bersedialah untuk kehidupan yang merempat”.
Golongan
Khawarij baca Al Quran tetapi tidak masuk ke dalam hati.
Allah
takutkan lagi, neraka ini bukan seperti api di dunia menggunakan gas dan kayu,
tetapi bahan bakarnya adalah MANUSIA DAN BATU BERHALA.
Dan akibat
tidak percaya kepada Al Quran adalah KAFIR
Apakah
bentuk keraguan kepada Al Quran?
- Baca
Al Quran tetapi tak faham . maka hayatilah ayat demi ayat dan patuhi
Ayat
1
الٓمٓر ۚ تِلْكَ ءَايَٰتُ ٱلْكِتَٰبِ ۗ وَٱلَّذِىٓ أُنزِلَ إِلَيْكَ مِن رَّبِّكَ ٱلْحَقُّ وَلَٰكِنَّ أَكْثَرَ ٱلنَّاسِ لَا يُؤْمِنُونَ (١ - 1)
Alif
Lam Mim
Itulah
tanda-tanda kebesaran Allah dalam kitab dan yang telah diturunkan kepada engkau dari Pencipta
engkau adalah benar akan tetapi kebanyakan manusia tidak beriman.
- Kehebatan Allah dalam Al Quran
- Apabila
dibaca oleh siapa sahaja, bila-bila masa, di mana sahaja, dia faham, dan diikuti,
dia bahagia dan tenang. Orang Arab, Melayu, Jepun, miskin, kaya, semua orang
sesuai. Tiada satu buku yang sesuai untuk semua orang.
- Baca
satu huruf pun dapat pahala
- Semakin
banyak tanda, semakin kita kenal Allah , semakin kita NAK DEKAT dan NAK JUMPA .
siapa yang tak nak dekat dengan Allah, dia tak kenal Allah
Surah Al Anfal ayat 2
اِنَّمَا الۡمُؤۡمِنُوۡنَ الَّذِيۡنَ اِذَا ذُكِرَ اللّٰهُ وَجِلَتۡ قُلُوۡبُهُمۡ وَاِذَا تُلِيَتۡ عَلَيۡهِمۡ اٰيٰتُهٗ زَادَتۡهُمۡ اِيۡمَانًا وَّعَلٰى رَبِّهِمۡ يَتَوَكَّلُوۡنَۖ ۚ ﴿:
Sesungguhnya
orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila
disebut nama Allah (dan sifat-sifatNya) gementarlah hati mereka; dan apabila
dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman, dan
kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah.
انما – hanyalah orang beriman – tiada sifat
lain. Kalau tak ada sifat ini, bukan orang beriman
انما (contoh
lain) Muhammad pelajar – dia tak ada buat kerja lain .
Jika baca
Al Quran tak ada menyebabkan kenaikan iman, ia bukan ayat , ia hanya lafaz
seperti akhbar.
Dalam ayat
ini juga, disebut apabila dibacakan. Maka kesan Al Quran adalah lebih
apabila dibacakan (mendengar) berbanding kita membacanya sendiri contoh menjadi imam di dalam solat (risau tentang tajwid, risau keadaan makmum dan sebagainya) . Tetapi hanya terkesan apabila memahami maksud.
Rasulullah SAW juga suka mendengar Abdullah Ibn Mas’ud baca kepadanya.
Rasulullah
SAW pernah berjalan balik dan terdengar Abu Musa membaca Al Quran, hingga
Rasulullah terhenti dan mendengar hingga habis. Rasulullah tak terasa letih
kerana ayat itu adalah dari Allah.
Baca 1 ayat
berulang kali hingga faham lebih baik daripada berkejar untuk khatam. Lebih parah
lagi lepas khatam Al Quran, rasa lega sedangkan tak faham
Imam
Qurtubi pelik dan tak faham orang yang
baca Al Quran tapi tak rasa apa-apa.
Antara punca
kita tak baca Al Quran lama adalah kita tak rasa lazat, pilih masa yang kita
dah letih sampai rasa tak nak baca lama
Al Quran
itu hebat, diturunkan oleh Allah yang hebat kepada Rasulullah SAW yang hebat.
Dalam bulan Ramadan , maka bulan itu jadi hebat. Semua yang berkaitan dengan Al
Quran itu jadi hebat. Bangsa arab itu asalnya lebih teruk dari Melayu, sembah
berhala , letak 360 berhala di keliling kaabah, tetapi jadi hebat, jadi umat terhebat, boleh kalahkan dua kuasa besar Rom dan Parsi, kerana
Al Quran.
Kalau kita dah baca Al Quran berpuluh tahun belum hebat, Ini kerana
kita belum faham Al Quran
Apa patut
kita lakukan apabila kita sudah akui Al Quran itu benar?
- Tetap
dengan kebenaran itu walaupun payah
- Kongsikan
Jika manusia
tahu kebenaran Al Quran, manusia akan luangkan paling banyak masa untuk Al
Quran
Surah Ar
Rum ayat 6-7
وَعۡدَ اللّٰهِؕ لَا يُخۡلِفُ اللّٰهُ وَعۡدَهٗ وَلٰـكِنَّ اَكۡثَرَ النَّاسِ لَا يَعۡلَمُوۡنَ
يَعۡلَمُوۡنَ ظَاهِرًا مِّنَ الۡحَيٰوةِ الدُّنۡيَا ۖۚ وَهُمۡ عَنِ الۡاٰخِرَةِ هُمۡ غٰفِلُوۡنَ
Demikian
dijanjikan Allah. Allah tidak pernah mengubah janjiNya, akan tetapi kebanyakan
manusia tidak mengetahui (hakikat yang sebenarnya). Mereka hanya mengetahui
perkara yang zahir nyata dari kehidupan dunia sahaja, dan mereka tidak pernah
ingat hendak mengambil tahu tentang hari akhirat.
Penyakit
manusia suka janji manusia walaupun tahu manusia suka mungkir janji. Allah tak
pernah mungkir janji tetapi manusia tak suka percaya.
Apabila Allah
kata kehidupan dunia ada yang zahir contoh apabila makan ada kenyang, berjalan
seronok, tetapi ada yang batin, yang mungkin merosakkan manusia tak tahu.
Rasulullah
kata yang paling merisaukan baginda umatnya bukan kemiskinan tetapi apabila
dihamparkan dunia.
Ashabul
Kahfi ada harta, tetapi ditinggalkan untuk menyelamatkan aqidah mereka dan
tinggal di gua.
Bukti manusia
tak percaya janji Allah : LUANGKAN MASA UNTUK AL QURAN TERLALU SEDIKIT.
Solafussoleh
apabila masuk Ramadan, tinggalkan urusan dunia. Hingga ada yang khatam 3 kali
sehari (Qatadah), apabila 10 hari terakhir sekali sehari , total 17 kali
sebulan .
Q&A
1) Asas memahami Al Quran
- Fahami
Bahasa Arab
- Belajar
tadabbur dari ustaz-ustaz yang boleh dipercayai dari segi sunnahnya,
ketaqwaannya
- Firman
Allah : Sesiapa yang betul-betul berusaha untuk mendapat keredhaan Kami, pasti
kami akan tunjukkan jalan kebenaran – berapa ramai mualaf yang baru 4-5 tahun
masuk Islam tetapi faham Al Quran dan boleh quote ayat Al Quran
2) Tafsir yang boleh digunakan
- Tafsir Fi Dzilal Quran boleh di gunakan
3) Apakah maksud Surah Al A’raf
ayat 40
-
-
Sesungguhnya
orang-orang yang mendustakan ayat-ayat (perintah) Kami dan yang angkuh (merasa
dirinya lebih) daripada mematuhinya, tidak sekali-kali akan dibukakan bagi
mereka pintu-pintu langit dan mereka tidak akan masuk Syurga sehingga unta
masuk di lubang jarum dan demikianlah Kami membalas orang-orang yang melakukan
kesalahan.
- Pintu
langit : keberkatan
- Perumpamaan ini ; MUSTAHIL orang yang mendustakan ayat Al Quran boleh masuk syurga
3) Bolehkah terkesan dengar bacaan Al
Quran sahaja hingga menangis tapi tak faham
- ini mungkin terkesan dengan suara sahaja. Ini tidak boleh mengubah akhlaknya pun ayat-ayat Al Qurannya itu.
4) Bolehkah baca sahaja Al Quran tapi
tak faham
- Inilah golongan ummiyun iaitu yang buta huruf , tak boleh membaca. Ini boleh membaca tapi tak faham. Hasil sama sahaja. Surah Jumaah : sama seperti keldai yang pikul kitab. Sesi membaca Al Quran itu mesti diiringi dengan sesi tadabur dan membaca tafsir agar kita faham maksud ayat Al Quran itu.
No comments:
Post a Comment