Monday 22 June 2020

Selamat Hari Ayah 2020

Dulu masa di Ireland, sebelum graduasi saya pada 22 Jun 2004, saya bawa Mak Ayah saya jumpa dengan semua kawan-kawan Irish saya dan pensyarah saya. Termasuk Dekan saya.

Saya sangat bangga dengan Mak Ayah saya, walaupun mereka tidak belajar tinggi, Mak sekolah rendah sahaja, Ayah sampai GCE (setaraf SPM) kemudian masuk Tentera Udara, Mak Ayah sentiasa menekankan bab pendidikan pada anak-anak.

Alhamdulillah saya dapat bawa Mak Ayah jalan-jalan ke London dan Paris sebelum graduasi, walaupun Mak saya dulu menoreh getah dan Ayah saya pernah kerja Pengawal Keselamatan kedai emas selepas bersara tentera.

Alhamdulillah orang kampung, dapat jalan-jalan makan croissant di Paris dan minum kopi di tepi River Thames.

Saya sangat bangga dengan Mak Ayah saya.

Tapi paling saya bangga adalah apabila kawan-kawan Irish saya kata muka saya sama dengan muka Ayah.

Cuma mereka kata saya tak ada misai kahkahkah. Boleh tahan kurang asam Irish punya lawak.

Sekarang hero saya ini sudah 76 tahun.

Alhamdulillah selain masalah mata, Ayah masih sihat.

Wajah pun dah berubah. Dulu muka Ayah besar, saya kecil.

Sekarang Ayah dah kurus, saya pula dah membesar dengan jayanya.

Semoga Allah memberi peluang kepada saya dan keluarga berbakti kepada Mak dan Ayah hingga akhir hayat mereka, dan kita semua bersama semula di syurga kelak in shaa Allah.

Sayang Ayah.

Selamat Hari Ayah, 2020...

Love you endless...

#drazlindarita
#FathersDay2020


No comments:

Post a Comment