Hiking sudah.
Berlari sudah.
Menyelam sudah.
Apa lagi nak buat ya?
Itulah penyakit orang midlife crisis ni agaknya.
Teringin nak panjat gunung pula.
Apabila kawan-kawan Johan Zie, Arash Halim, Ainun Mahani selalu cerita tentang naik gunung, kita pun rasa nak mula.
Pada mulanya bukan apa, takut stamina tak kuat. Selepas setahun saya selalu hiking di Bukit Gasing dengan team Abang Johan, akhirnya saya kuatkan semangat.
Maka saya pun memutuskan untuk memulakan dengan gunung yang dekat dulu.
Pengalaman ini memang takkan saya lupakan.
- Mendaki dalam keadaan hujan.
Sudahlah pertama kali nak naik gunung, dalam perjalanan hujan pula tu. Hati dah berbelah bagi nak naik ke tidak. Alhamdulillah , sampai di kaki gunung, hujan renyai-renyai sahaja. Baru tahu pentingnya ada simpan baju hujan di dalam kereta. Walaupun baju hujan pakai buang, dapat jugalah mengelakkan daripada basah kuyup.
- Mendaki dan menuruni trek yang licin sepanjang perjalanan. Waktu ni barulah tahu betapa pentingnya pemakaian kasut hiking yang betul, terutamanya yang water proof. Jadi termasuk ke dalam lopak air pun tidak lah stokin dan kaki basah.
Gambar ni nak tunjuk kasut yang dah berselut tu. Tapi tak apa yang penting selamat. Kakak balik pokok tu nama kak Nor. Beliau dah 50an tapi dah berjaya tawan Kinabalu tau. Hebat kan! |
- Kepentingan ada trekking pole. Kalau bawa 2 lagi best untuk membantu mengurangkan tekanan kepada lutut semasa mendaki atau pun turun.
- Pentingnya bawa makanan! Biasa kalau hiking di Bukit Gasing, saya jarang bawa makanan kecuali buah jadi kali ini sebab bertolak dari Muar seawal 6.40 pagi, tak sempat nak bawa bekal. Alhamdulillah guide bagi Himalayan salt dan roti. Dah mendaki satu jam yang pacak, baru sedar betapa penting bawa makanan tu. Saya bawa protein shake dan kurma saja. Nikmat dapat makan roti tu, Allah saja yang tahu. Ada juga kawan-kawan yang bawa nasi lemak lagi!
Nampak tak muka lapar tengah makan roti tu hahahah |
- Bawa air minum yang mencukupi. Lebih tak apa, jangan kurang. Saya baca review pendaki yang pernah mendaki Gunung Datuk sebelum ini, kebanyakannya mencadangkan untuk bawa sekurang-kurangnya 2 liter air. Saya bawa 2 liter, sehingga turun ke bawah semula hanya habis lebih kurang 1.2 liter. Mungkin kerana cuaca sejuk dan hujan,maka tidak terasa dahaga.
Saya minum protein shake sebaik sampai di puncak. |
- Kelebihan ada guide yang berpengalaman. Alhamdulillah all the way up naik dengan trail runner Si Hady tu, banyak juga dia ajar cara naik supaya tak injured lutut, cara turun dan cara cari trek yang paling selamat. Antara tips beliau, semasa mendaki, pastikan lutut tidak melebihi hujung jari kaki. Dan cuba untuk membuat langkah yang tidak terlalu besar agar tidak cepat penat.
- Mendakilah dengan pace sendiri. Tidak perlu berlumba dengan sesiapa. Enjoy the journey. Saya sangat enjoy dengan laluan, pemandangan pokok-pokok yang permai, hujan renyai-renyai yang dingin, bunyi unggas hutan. Semua saya nikmati satu persatu. Siapa laju, kita persilakan potong. Siapa perlahan kita bye bye dulu, nanti jumpa di puncak.
My favorite shot of the day! Alhamdulillah I did it! |
Secara keseluruhan, saya rasa trek Gunung Datuk doable selepas dilatih dek geng Bukit Gasing sejak bulan Februari tahun lepas. Rasanya trek Gasing lagi penat woi 😂
Menyesal ke naik gunung?
Langsung tak!
Sakit kaki tak habis lagi dah fikir nak naik gunung mana pula lepas ni?
Geng Bukit Gasing di puncak Gunung Datuk. Abang Nizam dan Hady menikmati nasi lemak mereka. Apa yang best tentang pendakian ini adalah trek, view cantik dan of course geng yang awesome!! |
No comments:
Post a Comment