Alhamdulillah saya dah 27 tahun ada lesen. Dan saya sangat suka memandu kereta .
Walaupun KL ni jem la sangat , saya tinggal di Batu Caves, bekerja di Shah Alam dan Ampang, most days saya enjoy driving .
Kalau kena balik malam pun, saya ok . Saya tak lah takut sangat dengan hantu tapi kalau dah malam saya elakkan lalu highway sunyi macam LATAR. Bukan apa, kalau kereta rosak, nak tunggu seorang diri , saya bimbang keselamatan saya.
Tetapi semalam saya melalui detik mencemaskan.
Pergi kerja pagi, memang paras minyak dah rendah , tetapi saya niat nak isi minyak masa balik kerja nanti.
Habis kerja saya singgah review client wellness program saya , kemudian drive balik.
Meter menunjukkan saya ada 22km lagi .
Ok lah kan .
Sekali saya teringat kena buat satu zoom meeting , jadi saya berhenti di R&R highway DASH di Denai Alam.
Berhenti 20 minit, enjin masih hidup, saya terlupa ia akan menggunakan minyak .
Selesai meeting, saya bergerak.
Meter menunjukkan saya ada 18km.
Ok lah tu, sempat cari pam minyak .
Tiba-tiba, meter turun ke 12km , kemudian 10km, kemudian 8km!! Semua dalam masa satu minit!
Saya pun keluar dari DASH, masuk ke Guthrie, kerana saya teringat ada R&R di Elmina.
Sampai di R&R Elmina, rupanya ada tempat caj kenderaan EV sahaja!!
Meter menunjukkan tinggal 2km!
Saya berhenti di Pejabat Peronda Highway untuk bertanya di mana pam minyak terdekat. Uncle tu cakap apa pun saya tak faham sebenarnya.
Tawakkal ala Allah , saya keluar dari Guthrie, masuk ke kawasan Saujana Utama.
Meter tinggal 1km. Saya matikan aircond . Tak tahu lah membantu atau tidak .
Niat saya, sekurang-kurangnya kalau saya tersadai nanti, abang sulung saya tidak jauh. Dia di Subang Bestari.
Saya nampak ada satu pam minyak di seberang jalan, tetapi tiada tempat U turn atau belok ! Jalan itu pun ada divider!
0km!
Sampai di McD Sg Plong, jem pula .
Last option , telefon abang sulung .
SOS! “Kalau tersadai tolong rescue ya!”
Abang minta saya describe landmark di situ .
Terus abang saya beritahu ,”Tu bukan jem tu, traffic light Sg Plong je tu . Kau depan sikit lepas shop lot, ada BHP belah kiri.”
Syukur Ya Allah.
Gambar ini saya ambil apabila sampai di pam minyak
Morale of the story:
1) Jangan tunggu minyak dah habis sangat baru isi
2) Jangan lupa kalau kereta tak gerak pun, enjin on maknanya masih guna fuel (duh!)
3) Sangat penting familiar dengan kawasan yang nak drive tu supaya tahu kat mana nak cari pam minyak etc.
4) Bertuah ada abang /adik beradik/ saudara mara/ kawan-kawan yang sedia membantu bila kita memerlukan
5) Jangan anggap semua orang jujur dalam dunia ni. Meter minyak kereta pun boleh menipu , kan dah kena game.
Sekian. Bai
#drazlindarita
#kisahkehidupanDrAzlindarita
#doktorjugamanusia
#kadangkalabuatsilapjuga huhu
No comments:
Post a Comment