Showing posts with label Hai-o marketing. Show all posts
Showing posts with label Hai-o marketing. Show all posts

Thursday, 16 January 2014

Travelog Hajjah (Bahagian 10) : Terlerai 10 larangan ihram...


Kami tiba di khemah kami di Mina kira-kira jam 4 pagi, 10 Zulhijjah 1434H. Terkebil-kebil mataku, mengibas sisa kantuk dari diri, mengemas barang-barang dari dalam bas untuk di bawa turun. Dua tiga orang petugas Tabung Haji kulihat berlari-larian mengambil kerusi roda dari perut bas, untuk menyambut jemaah yang uzur dari bas kami. Cuma aku agak hairan melihat mereka berpakaian biasa, berseluar panjang dan berbaju kemeja T. "Eh, diorang tak buat hajikah? Atau sudah selesai melontar jamrah Aqabah maka dah boleh tahlul awal?". Namun sifat komited mereka dalam menunaikan tanggungjawab menyantuni para tetamu Allah amat aku kagumi hingga ke hari ini. Selepas beberapa ketika berada di Mina, baru kuketahui rupanya memang ada sebahagian petugas Tabung Haji yang tidak menunaikan ibadah haji pada tahun ini, demi memastikan kelancaran segala urusan. Mereka pun sebenarnya sudah beberapa kali menunaikan ibadah haji pada tahun-tahun sebelumnya. 


Dalam kesibukan menurunkan barang, dan berjalan dalam remang cahaya di celah-celah khemah, suara azan Subuh berkumandang. Aku terpinga-pinga. "Ini azan subuh atau azan tahajjaud seperti di Mekah?". Kami sekumpulan bergegas mencari khemah kami. Rupanya kami adalah bas terakhir yang sampai dari Arafah. Tiga bas pakej Aqiq yang bergerak serentak dengan kami sudahpun tiba pukul 1.30 pagi, kira-kira dua jam setengah sebelum kami. Alkisahnya pihak Tabung Haji sudah ternanti-nanti ketibaan kami, dan rupanya bas kami tersesat. Namun aku bersyukur kerana aku telah tertidur sepanjang perjalanan, dan tidak merasakan keletihan akibat jangkawaktu yang lama di dalam bas. 


Khemah kami serba sederhana. Ruang yang dulunya agak luas dan ada privasi di Arafah, tidak lagi sebegitu di Mina. Sebuah khemah besar menempatkan ratusan jemaah haji, yang hanya dibekalkan sebuah tilam lipat dan selimut setiap seorang. Ruang untuk kami bergerak hanyalah sebesar satu tapak kaki apabila semua tilam dibentangkan. Kami 14 jemaah haji wanita berkongsi satu "cubicle" yang dipisahkan dari jemaah lain, dengan satu tali yang direntangkan sebagai tempat penyidai. Benarlah orang kata, di bumi Minalah ujian yang sebenar, tatkala ruang sendiri hanyalah sebesar liang lahad! Allahu Akbar...



Tilam, selimut, selipar, tuala dan seuncang anak batu yang disediakan. Dalam uncang putih itu adalah syampu, sabun dan sikat untuk membersihkan diri.




Seketika kemudian kami mendengar iqamah! Allah! Jemaah lain sudah siap sedia untuk solat subuh berjemaah sedangkan kami baru sahaja sampai. Mujur Ustazah Asma segera datang, memujuk kami agar berjemaah sesama kami sahaja. Walaupun ketinggalan dari jemaah yang lain, sekurang-kurangnya kami masih mendapat pahala beribadah sepanjang malam in shaa Allah.


Usai solat subuh, ramai yang berehat seketika. Kami dimaklumkan akan dibawa melontar jamrah Aqabah untuk 10 Zulhijjah itu, pada malam nanti iaitu malam 11 Zulhijjah bagi mengelakkan kesesakan. Ini kerana bagi jemaah haji bermazhab selain mazhab Shafie, mereka wajib melontar pada waktu dhuha 10 Zulhijjah. 


Namun ketika aku ingin ke tandas, aku berselisih beberapa jemaah haji yang berselendang hijau, yang baru pulang dari melontar. Kata mereka, masih belum ramai orang kerana ramai jemaah yang belum tiba dari Arafah dan Muzdalifah. Aku segera pulang ke khemah dan mengajak keluargaku untuk melontar sebelum habis waktu subuh itu. Suamiku aku hubungi melalui SMS. 


Tidak sampai 15 minit kemudian, kami berkumpul di hadapan khemah kami. Ternyata ada beberapa orang Petugas Tabung Haji juga ingin melontar pagi itu, bagi membolehkan kami tahlul awal dan terbebas dari 10 larangan ihram (kecuali larangan yang berkaitan nikah kahwin).




Dalam remang subuh, kami melangkah ke arah kompleks Jamaraat. Hatiku tidak berhenti beristighfar, dan memohon agar semua urusan dipermudahkan. Kami mengikuti beberapa jemaah haji dan petugas Tabung Haji yang turut serta, semua jemaah wanita berselendang hijau, yang merupakan warna pengenalan kumpulan kami. 


250meter, dan kami sampai di tangga bergerak. Kami dimaklumkan untuk terus ke tingkat 3 yang merupakan jamrah yang dikhususkan untuk jemaah dari Asia Tenggara. 


Setibanya kami di tingkat tiga, MA SHAA ALLAH kulihat lautan manusia dari arah kananku. Semua melaungkan lafaz
"Labbaikallahumma labbaik!" secara berjemaah. Majoriti kulihat dari negara jiran, Indonesia. Masing-masing dengan bendera dan panji-panji masing-masing, berganding tangan bergerak dalam satu kumpulan ke arah jamrah. Meremang bulu romaku melihat fenomena luar biasa ini. Seolah-olah satu bala tentera bersedia menyerang syaitan durjana! 





Beriringan suami tercinta menuju Jamratul Aqabah


Suamiku menarik tanganku agar bergerak bersamanya. Kami melintas Jamratul Ula dan Jamratul Wusta yang dipagari pita merah dan dikawal oleh tentera Arab Saudi. Mungkin khuatir ada yang tersalah melontar. 

Sampai di Jamratul Aqabah atau nama lainnya Jamratul Kubra, imanku tergugat sekali lagi. Perasaan gerun menyelubungi hati dan perasaanku, melihat jemaah yang berlari-lari ke arah jamrah, seolah-olah sedang memecut dalam acara 100m,  dan melontar anak batu dengan sepenuh hati, seolah-olah merejam syaitan di depan mata. Mujur ibu mertuaku sentiasa di sisi. Aku pun tidak pasti, siapa yang melindungi siapa tetapi yang pasti kehadirannya memberi kekuatan buatku. Suami dan bapa mertuaku mengikut rapat dari belakang. 


Kuingat satu persatu pesanan Professor Kamil Ibrahim dalam bukunya Travelog Haji Mengubah Sempadan Iman.  Sabar! Sabar! Sabar! Jemaah akan beredar sebaik sahaja habis 7 anak batu dilontarkan. Memang benar, semakin lama semakin sedikit jemaah di hadapanku, hingga aku berada betul-betul di hadapan takungan itu. 


Kuniatkan untuk melontar jamrah sebagai sebahagian wajib haji. Kulintaskan 7 sifat keji yang ingin kulontarkan dari dalam diriku.


Riak!

Takbur!
Sombong!
Ujub!
Kasar!
Pemarah!
Kuat cemburu!

1

2
3
4
5
6
dan akhirnya 7 biji anak batu kulontarkan.

Alhamdulillah...


Kami mencari arah kiblat. Berpandukan menara jam Zam-Zam Tower, kami menghadap kiblat dan membacakan doa. 


Alhamdulillah selesailah ibadah wajib haji melontar di Jamrah Aqabah. Sesudah memotong sedikit rambut (minima 3 helai), maka terlerailah sudah 10 larangan ihram kami termasuk menghilangkan rambut atau bulu pada badan, memakai wangi-wangian dan memakai pakaian berjahit buat jemaah lelaki. Ternyata 9 hari berada di dalam ihram tidak mudah. Namun Alhamdulillah aku bersyukur diberi kekuatan dan secebis ilmu untuk aku mempertahankan ihram haji Ifradku. 



Seusai menunaikan ibadah melontar jamrah pada pagi Aidiladha 1434H. Aku dan ibu telah selamat bergunting, suami dan  bapa mertuaku akan bercukur.
Tatkala kami menuruni escalator untuk pulang, bumi Mina sudah berubah menjadi lautan manusia berpakaian putih. Majoriti jemaah haji sudah mula sampai dari Arafah dan Muzdalifah. 


Hebatnya Allah yang boleh menerima jutaan tetamu pada satu masa, dan tidak ada seorangpun yang terlepas dari mendapat layanan istimewa dari Rabbnya..

Suami dan bapa mertuaku bercukur di sebuah kedai gunting yang berdekatan dengan kompleks jamrah. Bayarannya cukup mahal. 50 Riyal  untuk bercukur! Namun apalah nilai 50 Riyal berbanding dosa yang berguguran bersama setiap helaian rambut itu.




Abah beratur menunggu giliran untuk bercukur. Rasanya selama sepuluh tahun kukenali Abah, tak pernah Abah botak!

Sempat kubergambar dengan anak Arab yang comel ni.

Ibu dan wanita Arab yang berjualan di sekitar kedai potong rambut. Maklumlah selepas bercukur, jemaah lelaki dibenarkan memakai pakaian berjahit. Sesiapa yang tidak ada pakaian, boleh terus beli jubah di sini dengan harga 20-30 riyal sahaja sepasang. 


Like father, like son :)
Bergambar kenangan pagi Aidiladha.. Walaupun tiada suasana hari raya, tetapi pastinya satu kenangan terindah dalam hidup, berada di bumi Mina pada 10 Zulhijjah...

Mentari pagi yang mengiringi kami pulang khemah hari itu cukup indah. Mungkin kerana mentari itu menyinari cahayanya di bumi Mina yang bertuah  dan penuh keberkatan itu. Atau mungkin ia terlihat indah, dek kerana kebahagiaan yang kurasai pagi itu. Diiringi ahli keluarga tercinta, satu demi satu rukun dan wajib haji kami sempurnakan bersama. 



Atau mungkin juga kerana ada satu kelegaan dari dalam diri, kerana kutahu setibanya aku di khemah nanti, aku boleh mandi dan bersyampu sesuka hati, mengenakan deodorant Rexona yang wangi, dan menyikat rambutku yang sudah sembilan hari tidak terurus. Baru kutahu besarnya nikmat benda-benda yang selalu tidak disyukuri semasa di bumi sendiri... Betapa unik ibadah haji ini, hinggakan setiap helaian rambut ada nilainya. Andai terlanggar larangan, bayaran dam harus dibayar. Benarlah haji adalah ibadah menuju Ilahi. Setiap degup jantung, setiap langkah kaki, hingga setiap kuku jari ada nilai tersendiri, di sisi Rabbul Alamin...



Bersambung...

Tuesday, 1 October 2013

Nilai segulung ijazah hanyalah kegembiraan selama 15 saat?

Salam, 

Alhamdulillah 1 Oktober 2013 mencatat sejarah tersendiri. Mungkin bukan satu sejarah dunia, mungkin bukan juga sejarah negara. Yang pasti ia adalah satu sejarah penting dalam hidup saya dan keluarga :)

Maaf tajuk entri kali ini agak kontroversial, tapi itulah yang terdetik dalam fikiran saya hari ini. 

Hari ini adalah hari konvokesyen saya dan sahabat-sahabat Sarjana Perubatan dari Universiti Malaya untuk tahun 2013. Alhamdulillah hari ini adalah hari ke dua sesi konvokesyen daripada 6 sesi yang akan berlangsung dari 30 September hingga 4 Oktober 2013. Seramai 4449 jumlah graduan telah dan akan diraikan sepanjang FESKUM kali ini (Festival Konvokesyen UM). 

The excitement started about a month before the ceremony itself. Maklumlah konvokesyen terakhir saya adalah 9 tahun lalu di Ireland, few photos I shared with you in the previous entry. 

A week before the ceremony, with the help of a few of my medical officer in Hospital Sungai Buloh, we chose a dress for my big day. Nothing new, just a nice yellow dress from previous occasions. I was trying to keep to my words to reduce unnecessary shopping. 

During the rehearsal, baru perasan stage tu akan warna kuning! So last minute kena tukar plan, but my lovely friends from MRSM Jasin (we have a whatsapp group chat) and my MOs again, helped me chose another dress. 

How excited I was? 

I can't sleep the night before the rehearsal. It felt like my wedding day all over again! Honest! 

Walaupun ada sedikit kesedihan kerana Ayah tak dapat bersama dalam upacara gilang gemilang ini, kerana hanya dua orang yang dibenarkan masuk, tetapi Mama mengajar saya satu pelajaran yang penting. She said, " We can never have it all. A give and take is a must in life. Both your parents were there for your undergraduate, now Mama & your husband will be here for your Masters degree convocation." In the midst of my excitement to celebrate my convocation, my dear mom taught me about "compromise". Subhanallah... :)

Kami bertolak seawal 6.30 pagi. Jam 7 pagi kami tiba di padang kawad PALAPES UM dan kami di bawa ke DTC dengan shuttle bus. Sampai sahaja di dewan, kami diminta bergerak ke ruang menunggu secepat mungkin. 




Majlis bermula dengan perarakan masuk para graduan pada jam 8 pagi. Diiringi dengan alunan gamelan yang indah, perasaan berdebar bercampur bangga (Alhamdulillah) meresapi segenap pelusuk hati kecil. Terasa diri begitu istimewa, dilayan ibarat raja.



Duduk bersama graduan yang lain, disaksikan para ibu bapa dan pasangan yang menyokong setiap langkah kami dalam menempuh jangkawaktu pengajian sarjana yang mencabar, tiada kata mampu mengungkapkan rasa syukur yang tidak terhingga.


Raja Nazrin Shah, Raja Muda Perak selaku Pro-Canselor Universiti Malaya berarak masuk selepas barisan professor-professor yang menjadi tunjang kejayaan anak bangsa. Jauh berbeza dengan upacara konvokesyen di Ireland yang agak santai, konvokesyen ini sangat mengkagumkan atucara dan istiadatnya.




Seorang demi seorang graduan dipanggil menerima ijazah sarjana masing-masing. Fakulti Seni dan Fakulti  Kejuruteraan mendahului majlis, dengan seramai lebih 400 orang berjubah ungu berkolar jingga meniti permaidani merah dan menerima skrol yang diidamkan.



Hati berdebar menanti giliran saya iaitu yang ke 509. Saya akan mendahului 8 sahabat lain yang menerima Sarjana Oftalmologi atau Kepakaran Mata. 

Tatkala selesai graduan-graduan Fakulti Kejuruteraan diraikan, video mereka dirakamkan dengan iringan lagu Gemuruh oleh Faizal Tahir. Airmata bergenang, kerana lagu yang sama mengiringi saya ketika di pentas Hai-O, lagu ini juga bergema dalam Dewan Tuanku Canselor ketika saya bakal menerima ijazah saya. 

Acara selingan adalah nyanyian lagu Syurga itu Di Bawah Telapak Kaki Ibu oleh suara merdu seorang pelajar Tahun Empat Fakulti Sains. Ramai hadirin yang menitiskan airmata. Lucu ketika itu, I was telling myself not to cry, lest I will smudge my mascara! Hahahaha.... Tapi airmata tak tertahan jua mengenangkan seorang ibu tua yang sedang menanti nama anaknya dipanggil di atas pentas... Itulah Mama tersayang..

Akhirnya saat dinanti tiba jua... How I felt? Like a million bucks! Priceless indeed. 

The moment they called my name..

"SARJANA OFTALMOLOGI

AZLINDARITA @ AISYAH MOHD ABDULLAH"

That 15 seconds that I walked on the stage, that smile from Raja Nazrin, receiving the scroll from him, the walk down the stairs & on the red carpet, that SMS from hubby saying that Mama was crying when she saw me on stage. Priceless.. All thanks to Allah subhanahu wataala... ALHAMDULILLAH! 

As we sit back at our seats, the videocamera was zooming to our school of graduands & the song "Standing In The Eyes of The World" by Ella, oh my I felt I was literally on cloud nine. Here's a short video of it:



The day was memorable indeed. If I have to choose a word to describe it, I'd choose "AWESOME". 


Yes, we only walked on the stage for 15 seconds to receive that scroll, as a symbol of an acknowledgement of the four years of hard work and determination we had gone through. 15 seconds that puts you on centre stage and makes you feel that you are the most important person in the hall (and in the world!). 

4 years of struggle, some takes longer time to complete the study, 3 major exams, months and months of sacrifices during the study period, the tears shed from the stress, the exhaustion from working, doing oncall, studying for exams, writing thesis AND having a responsibility as a wife/husband and parent back home, all at the same time. All that, being rewarded by a very memorable "pride & joy" moments, life changing, inspirational, prestigious (and yet humbling at the same time) 15 seconds? Yes ,a mere 15 second! 


It is worth it? To me? 

 TOTALLY! 

ALLAHU AKBAR! 

(here are some of the pics taken by my husband. I will upload more pics once I get them from my hired photographer :)

My pillars of strengths, Mama & Hubby 

Ophtalmology Class of 2013
From left: Dr Tai Lai Yong, Dr Hah Moon Hing, Dr Gan Chee Chong, Dr Yew Yen Harn, me, Dr Siva, Dr Sunita Nair & Dr Lee Wei Wei

Ophthalmology Class of 2013 this time with Dr Yeong Choo Mee 

Me with Wei Wei

Me with study buddy Siva & his mom

Can you believe this petite pretty lady is a General Surgeon, just like Miranda Bailey in Grey's Anatomy?
Congrats Dr Nora!

Depan DTC... last pic taken before our professional photographer arrived