Dulu masa di Ireland, sebelum graduasi saya pada 22 Jun 2004, saya bawa Mak Ayah saya jumpa dengan semua kawan-kawan Irish saya dan pensyarah saya. Termasuk Dekan saya.
Saya sangat bangga dengan Mak Ayah saya, walaupun mereka tidak belajar tinggi, Mak sekolah rendah sahaja, Ayah sampai GCE (setaraf SPM) kemudian masuk Tentera Udara, Mak Ayah sentiasa menekankan bab pendidikan pada anak-anak.
Alhamdulillah saya dapat bawa Mak Ayah jalan-jalan ke London dan Paris sebelum graduasi, walaupun Mak saya dulu menoreh getah dan Ayah saya pernah kerja Pengawal Keselamatan kedai emas selepas bersara tentera.
Alhamdulillah orang kampung, dapat jalan-jalan makan croissant di Paris dan minum kopi di tepi River Thames.
Saya sangat bangga dengan Mak Ayah saya.
Tapi paling saya bangga adalah apabila kawan-kawan Irish saya kata muka saya sama dengan muka Ayah.
Cuma mereka kata saya tak ada misai kahkahkah. Boleh tahan kurang asam Irish punya lawak.
Sekarang hero saya ini sudah 76 tahun.
Alhamdulillah selain masalah mata, Ayah masih sihat.
Wajah pun dah berubah. Dulu muka Ayah besar, saya kecil.
Sekarang Ayah dah kurus, saya pula dah membesar dengan jayanya.
Semoga Allah memberi peluang kepada saya dan keluarga berbakti kepada Mak dan Ayah hingga akhir hayat mereka, dan kita semua bersama semula di syurga kelak in shaa Allah.
Sayang Ayah.
Selamat Hari Ayah, 2020...
Love you endless...
#drazlindarita
#FathersDay2020
Monday, 22 June 2020
Friday, 19 June 2020
Raya luncheon with Tan Sri Shukri of MSU
Alhamdulillah, one of the things I noticed when I joined MSU Medical Centre, is the way they treat you like family.
Of course, making a big decision during a major recession, I did istikharah a LOT of times. I asked Dato Sharifah Huda Engku Muda several times for courage.
And her answer was, "We welcome people into MSU like we welcome a new family member. We don't intend to throw people out once you join us."
And few days ago, it was Tan Sri Shukri himself who made the initiatives to invite us all the residents of the hospital for a Raya luncheon, taking special attention to make sure the SOP of social distancing is followed.
Alhamdulillah, it's a blessing to be part of this family.
In shaa Allah towards a greater teamwork, for the better future of our beloved hospital
#drazlindarita
#ophthalmologist
#MSUMCEyeClinic
#CaringHealingEducating
https://twitter.com/MohdShukriYajid/status/1273627151640621057?s=19
Saturday, 23 May 2020
Bagaimana mengubati kesedihan di ambang Raya 2020
Saya teringat doa ini, di petang 30 Ramadan ini, doa orang yang berpuasa pasti makbul.
Hadith Rasulullah SAW, dari Anas Radiallahu Anhu meriwayatkan bahawa ada seorang lelaki berdoa, "Ya Allah, aku memohon kepadaMu, bagiMu segala puji, tiada Tuhan selain Engkau Yang Maha Memberi, Pencipta langit dan bumi, Ya Zal Jalali wal Ikram, Ya Hayyu Ya Qayyum."
Rasulullah bersabda, "Sungguh, dia berdoa dengan nama Allah yang paling Agung yang jika dipanggil dengan nama itu, Dia pasti menjawab dan jika diminta , Dia pasti mengabulkan."
(Hadith Riwayat as Sunan dan Ibn Hibban)
Semoga dengan doa ini menghilangkan kesedihan kita dengan perginya Ramadan, dengan tidak dapat menatap wajah ayah bonda, tidak dapat pulang ke kampung halaman lebaran ini.
Amin
#drazlindarita
#Aidilfitri2020
#RayaMusimCovid19
Hadith Rasulullah SAW, dari Anas Radiallahu Anhu meriwayatkan bahawa ada seorang lelaki berdoa, "Ya Allah, aku memohon kepadaMu, bagiMu segala puji, tiada Tuhan selain Engkau Yang Maha Memberi, Pencipta langit dan bumi, Ya Zal Jalali wal Ikram, Ya Hayyu Ya Qayyum."
Rasulullah bersabda, "Sungguh, dia berdoa dengan nama Allah yang paling Agung yang jika dipanggil dengan nama itu, Dia pasti menjawab dan jika diminta , Dia pasti mengabulkan."
(Hadith Riwayat as Sunan dan Ibn Hibban)
Semoga dengan doa ini menghilangkan kesedihan kita dengan perginya Ramadan, dengan tidak dapat menatap wajah ayah bonda, tidak dapat pulang ke kampung halaman lebaran ini.
Amin
![]() |
| Indahnya terawih bersama Mak Ayah tahun lepas |
#drazlindarita
#Aidilfitri2020
#RayaMusimCovid19
Thursday, 14 May 2020
Akibat rindu anak, lelaki berjalan kaki dari Segamat ke Kuala Terengganu , tetapi menemui ajal di Muadzam
"COVID -19 : Lelaki ditemui mati
di tepi jalan"
Seluruh negara bagai tersentak dengan
berita pemergian lelaki berusia 30 tahun yang menemui ajal di tepi jalan, yang
merupakan kes kematian akibat Covid-19 ke 110 di negara ini tempoh hari.
Hati ibu dan ayah mana yang tidak
sayu mendengar kisah ini.
Akibat rindu yang tidak tertahan,
seorang ayah nekad memilih untuk berjalan kaki sejauh 370km dari Segamat ke
Kuala Terengganu , di tengah terik panas Ramadan ini, demi anak dan keluarga
Ketika ditemui, arwah berada di
Muadzam Shah. Jika dihitung, sudah lebih 80km perjalanan dilaluinya. Sudah ada
sekatan jalanraya yang dilalui dan dikhabarkan, beliau sudah kelihatan lemah
dan dinasihatkan untuk tidak meneruskan perjalanannya.
Namun arwah nekad.
Ahli keluarganya juga menyifatkan
beliau sebagai seorang yang sangat bertanggungjawab.
Pulang ke rumah dari tempat kerja
semalam, saya kongsikan kisah ini dengan anak-anak.
Betapa saya amat merindui ibu ayah
saya, dan saya ingatkan anak-anak saya agar bersyukur kerana Ummi dan Abi
mereka masih di depan mata setiap hari.
Reaksi yang berbeza-beza saya lihat
pada wajah anak-anak. Secara general, semua sedih dan terkejut dengan berita
tersebut.
Umar, anak lelaki saya bertanya ,
“Kenapa tak ada orang bantu dia? Tumpangkan dia naik kereta?” .
Jawapan saya, pasti ada hikmah. Jika
tidak , mungkin sudah ada orang yang berjangkit dengannya.
Anak perempuan ke dua saya berkata, “
Maknanya kan, Ummi. Kita boleh mendapat jangkitan Covid di mana-mana sahaja
kita berada, kalua kita keluar rumah.”
Alhamdulillah anak berusia 13 tahun
ini, memang agak prihatin bab kesihatan.
Namun, jawapan anak sulung saya
membuatkan saya terpana.
Ujarnya, “ Allah sayang dia, sebab
itu Allah ambil dia. “
Pantas saya bertanya, “Kenapa pula,
Kakak? “
Jawab Fatimah , “ Allah tak mahu dia
jangkitkan pada anak dia. Sebab itu Allah ambil dia dahulu sebelum sampai (ke
rumahnya). “
Subhanallah. Saya terdiam
Sehingga malam tadi, sewaktu saya
berbaring hendak melelapkan mata, menitis air mata saya.
Teringat sebuah hadith Qudsi , dari
Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, ia berkata bahwa Nabi shallallahu ‘alaihi wa
sallam bersabda,
“Allah SWT berfirman: Aku sesuai
persangkaan hamba-Ku. Aku bersamanya ketika ia mengingatKu. Jika ia mengingatKu
saat bersendirian, Aku akan mengingatnya dalam diriKu. Jika ia mengingatKu di
suatu kumpulan, Aku akan mengingatnya di kumpulan yang lebih baik daripada pada
itu (kumpulan malaikat).”
(Hadis Qudsi: Muttafaqun ‘alaih) [HR.
Bukhari, no. 6970 dan Muslim, no. 2675
Semoga kita akan sentiasa bersangka
baik dengan Allah, walau apapun keadaan.
Kita merasa kasihan kepada lelaki
itu, kadang tertanya mengapa dia menyusahkan diri, mengapa tidak boleh
bersabar, mengapa tidak ada orang nak bantu beliau, tetapi kita kadang terlupa
yang Allah itu Maha Mengasihani dan Dia Maha Merancang.
Kasih sayang Allah kepada hambaNya
itu melebih 70 kali kasih sayang seorang ibu kepada anaknya.
Pastinya Allah itu tidak pernah
berlaku zalim pada hamba-hambaNya.
Semoga Allah merahmati arwah, dan
memberikan kekuatan kepada seluruh keluarga arwah.
Semoga anak-anak kita membesar
menjadi insan yang sentiasa berbaik sangka dengan Allah, dan terus menjadi
insan yang memberi peringatan kepada ibu bapa mereka yang kadang kala lupa.
Astaghfirullah
Terima kasih Kakak…
Dr Azlindarita
Aisyah Mohd Abdullah
Nukilan 22 Ramadan 1441H
Saturday, 9 May 2020
Sifat orang PALING bertaqwa adalah BUKAN orang paling banyak solat malam? Jadi, apa sifat orang PALING BERTAQWA? - Tadabbur Surah Al Lail Ayat 11-18
Tadabbur
Surah Al Lail Ayat 11-18 (10/5/2020)
Alhamdulillah hari ini 10 Mei 2020, Nuzul Al Quran , 17 Ramadan 1441 H, dapat lagi kita mengikuti kelas tadabbur Al Quran dengan ustaz kesayangan kita , Ustaz Abdul Muien.
Hari ini kita belajar tadabbur surah Al Lail ayat 11 hingga ayat 18.
Saya kongsikan notanya ya.
Semoga bermanfaat dan jemput kongsikan.
_______________________________________________________________
Kupasan ayat-ayat dalam Surah Al Lail yang sebelum ini:
1) Syarat amalan diterima adalah taqwa.
Dalilnya ada di dalam:
Surah Al
Maidah ayat 27
Dan
bacakanlah (wahai Muhammad) kepada mereka kisah (mengenai) dua orang anak Adam
(Habil dan Qabil) yang berlaku dengan sebenarnya, iaitu ketika mereka berdua
mempersembahkan satu persembahan korban (untuk mendampingkan diri kepada
Allah). Lalu diterima korban salah seorang di antaranya (Habil), dan tidak
diterima (korban) dari yang lain (Qabil). Berkata (Qabil):" Sesungguhnya
aku akan membunuhmu!". (Habil) menjawab: "Hanyasanya
Allah menerima (korban) dari orang-orang yang bertaqwa;
Syarat
Allah terima sesuatu pemberian , mestilah kita bertaqwa
Syarat Allah
terima puasa kita, adalah apabila kita bertaqwa
Hadith Rasulullah
:
مَنْ لَمْ يَدَعْ قَوْلَ الزُّوْرِ وَالْعَمَلَ بِهِ فَلَيْسَ لِلّٰهِ حَاجَةٌ أَنْ يَدَعَ طَعَامَهُ وَشَرَابَه
Maksudnya:“Barangsiapa yang tidak meninggalkan perkataan keji (dusta) serta mengamalkannya, maka Allah tidak berhajat orang itu meninggalkan makan dan minumnya”. [Riwayat al-Bukhari, no. Hadith 1770, 5597]. à tidak ada taqwa
2) Orang yang membenarkan kebenaran
(Surah Al Lail)
-
Yakin
dengan syurga à
juga membawa kepada taqwa
-
Apabila
yakin dengan syurga, maka harta tiada nilai berbanding dengan syurga . Contoh Saidina
Abu Bakat infakkan semua hartanya kerana tidak merasakan semua hartanya mahal
3) Golongan kedua : bakhil (menyimpan
harta) kerana merasa dirinya tidak perlu pada rahmat Allah, dan merasa cukup
dengan hartanya . Dan dia tidak percaya kepada janji Allah
Ayat 11
Surah Al Lail
وَمَا يُغْنِي عَنْهُ مَالُهُ إِذَا تَرَدَّىٰ - 92:11
Dan
tidaklah mencukupkannya hartanya apabila dia celaka
Harta ini
tidak akan boleh selamatkannya, apabila mati. Malah apabila nak mati, orang itu
akan meminta dikembalikan ke dunia untuk sedekahkan, bukan untuk tambah harta. Di
akhirat juga hartanya tidak berguna
Di neraka
jika orang kafir memiliki emas sebesar bumi, dia nak tebus untuk keluarkan dirinya
keluar dari neraka , Allah takkan terima
Maka jangan
kedekut dengan harta kerana satu ketika , semua harta itu tidak berguna.
Hadith
qudsi, ditanya pada ahli neraka apa yang akan dilakukan jika ada harta. Ahli neraka
nak tebus semua harta mereka. Allah kata Allah minta lebih mudah dari itu untuk
selamat dari api neraka .
Ayat
12 Surah Al Lail
إِنَّ عَلَيْنَا لَلْهُدَىٰ - 92:12
Sesungguhnya
ke atas Kami pasti petunjuk
Allah beritahu
untuk selamat, kita perlu ada petunjuk.
Hidayah ada
2 jenis iaitu
1) hidayah ilmu dan panduan (dari
Allah, Rasul, ulama, ustaz)
Surah As
Shura ayat 52
Dan
demikianlah Kami wahyukan kepadamu (Muhammad) - Al-Quran sebagai roh (yang
menghidupkan hati perintah Kami; engkau tidak pernah mengetahui (sebelum
diwahyukan kepadamu): apakah Kitab (Al-Quran) itu dan tidak juga mengetahui
apakah iman itu; akan tetapi Kami jadikan Al-Quran: cahaya yang menerangi, Kami
beri petunjuk dengannya sesiapa yang Kami kehendaki di antara hamba-hamba Kami.
Dan sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) adalah
memberi petunjuk dengan Al-Quran itu ke jalan yang lurus,
2) taufiq
dan amal (untuk beramal,khas untuk Allah yang beri)
Ada orang
ada ilmu tapi tak beramal . Hidayah jenis ke dua ini, Rasulullah pun tak dapat
berikan, contoh kepada pakciknya Abu Talib
Surah Al
Qasas ayat 56
Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) tidak berkuasa memberi hidayah
petunjuk kepada sesiapa yang engkau kasihi (supaya ia menerima Islam), tetapi Allah jualah yang berkuasa
memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut
undang-undang peraturanNya); dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan
orang-orang yang (ada persediaan untuk) mendapat hidayah petunjuk (kepada
memeluk Islam).
Hidayah ilmu
itu semulajadi memang ada. Orang bukan Islam pun ada hidayah sebab itu ketika dalam
kesusahan mereka akan sebut nama Allah.
Hidayah
yang disebut dalam surah Al Lail ini adalah dua-dua jenis hidayah iaitu hidayah
ilmu dan hidayah taufiq dan amal.
Surah
Fussilat ayat 17 (Dalil semua manusia sudah dapat hidayah ilmu)
Adapun
kaum Thamud, maka Kami beri petunjuk kepadanya, lalu mereka mengutamakan
kesesatan dari hidayah petunjuk; mereka pun disambar oleh petir azab yang
menghina dengan sebab apa yang mereka telah lakukan.
Kaum Thamud
mendapat hidayah ilmu tetapi tidak mendapat hidayah taufiq kerana mereka
mengutamakan kesesatan
Hidayah
taufiq juga wajib Allah beri tetapi ada manusia yang tak mahu.
Jika manusia
minta, PASTI Allah akan beri hidayah itu. Jika tak dapat, mungkin kerana KITA
tak ikhlas.
Ayat
13 Surah Al Lail
وَإِنَّ لَنَا لَلْآخِرَةَ وَالْأُولَىٰ - 92:13
Dan
sesungguhnya milik Kami akhirat dan dunia
Jika mahu
dunia, carilah pemiliknya, bukan cari dunia itu. Kaedah ringkas, jika mahu
barang, cari pemilik barang itu . Jika ambil barang tanpa izin, itu mencuri
Tadabbur ayat
: Allah suruh cari akhirat dulu baru cari dunia, sedangkan ikut turutan masa,
dunia sampai dulu.
Ini kerana
antara dunia dan akhirat, sebut YANG PENTING dahulu dan FOKUS YANG PENTING
dahulu. Maka dalam ayat ini akhirat disebut dahulu. Kita hidup di dunia 70
tahun sahaja, di akhirat infiniti. Jika kamu waras, lebihkan masa untuk yang
kekal.
Sebab ke
dua dunia disebut kemudian, dalam surah ini semua penghujung ayat adalah huruf
alif, keindahan surah Al Quran.
Sehingga ayat
ini, Allah sebut 3 perkara
1) Hidayat
2) Akhirat
3) Dunia
Kita minta
hidayah 17 kali sehari dalam surah Al Fatihah , jika tambah 12 rakaat solat
sunat rawatib, 3 rakaat witir, 2 rakaat Dhuha, semua sekali 34 kali minta
hidayah.
Minta hidayah
lebih kerap tetapi kita lebih banyak luang masa untuk bekerja untuk dunia
berbanding dapatkan hidayah Allah. Adakah ada sifat munafik dalam diri kita? Soal diri kita semula (Astaghfirullah)
Soalan kepada Ustaz : Tetapi kena
bekerja untuk dapatkan duit untuk infak?
Surah At
Talak – siapa berTAQWA Allah akan tambah rezeki. Rasulullah tidak berkerja
keras macam kita tetapi paling bertaqwa dan paling banyak berinfak. Bukan tak
payah kerja kerana bekerja juqa sebahagian taqwa (Surah Jumuah) . Mencari
hidayah bukan mesti berada di dalam kelas. Hidayah ada di mana-mana, bila-bila masa,
sambil tunggu customer, tunggu bas dan sebagainya
Ayat
14 Surah Al Lail
فَأَنذَرْتُكُمْ نَارًا تَلَظَّىٰ - 92:14
Maka
Aku ingatkan kamu api yang menyala-nyala
Jika kita
tak rasa akut dengan amaran dari Allah, ini bukan amaran dari polis atau PM.
Ini bukan penjara atau pusat kuarantin Covid, tetapi api.
Percikan
api di dunia pun kita tak tahan. Apatah lagi api neraka yang 69 kali ganda .
Dalam Al Quran banyak kali Allah terangkan tentang api neraka supaya kita takut
dan untuk kita elakkan
نَارُ اللَّهِ الْمُوقَدَةُ - 104:6
الَّتِي تَطَّلِعُ عَلَى الْأَفْئِدَةِ - 104:7
(Al-Hutamah)
ialah api Allah yang dinyalakan (dengan perintahNya),
Yang
naik menjulang ke hati;
(surah Al
Humazah)
Para
sahabat jika mendengar tentang api neraka , boleh jatuh sakit, pengsan hingga
mati .
Kita tak rasa apa-apa kerana hati kita keras dan cinta dunia. (Astaghfirullahalazim)
Ayat
15 Surah Al Lail
لَا يَصْلَاهَا إِلَّا الْأَشْقَى - 92:15
Tidak
akan memasukinya kecuali paling celaka
Di dunia orang
paling celaka, yang miskin, selalu sakit, tak kahwin, kahwin tak dapat anak dan
sebagainya. Tetapi di akhirat, siapakah orang paling celaka ini? :
Ayat
16 Surah Al Lail
الَّذِي كَذَّبَ وَتَوَلَّىٰ - 92:16
Yang
telah berdusta dan berpaling
Apa beza
berdusta dan berpaling?
كذب –
dustakan segala yang Allah beritahu termasuk syurga neraka , azab kubur, manusia
akan dibangkitkan
تولئ –
engkar semua perintah Allah, tak mahu solat, seluruh anggota badan tidak patuh
Satu
percikan api neraka jika jatuh dalam dunia, akan hancur seluruh dunia
Siapa pula
yang akan selamat dari neraka talazzo تلظئ ini?
Ayat
17 Surah Al Lail
وَسَيُجَنَّبُهَا الْأَتْقَى - 92:17
Dan
akan dijauhkan orang paling bertaqwa
Ayat
18 Surah Al Lail
الَّذِي يُؤْتِي مَالَهُ يَتَزَكَّىٰ - 92:18
Yang
sentiasa memberi hartanya untuk membersihkan
Sifat utama
orang paling bertaqwa
1) SUKA INFAK
-
Siang
dan malam (surah Al Baqarah)
-
Rahsia
dan terang-terangan
-
Susah
dan senang (Surah Ali Imran)
2) IKHLAS untuk bersih hati dari CINTA
DUNIA – bukan untuk digelar dermawan , viralkan supaya bisnes lebih maju dan
sebagainya
Jika suka
infak hanya dalam Ramadan sahaja- belum lagi termasuk dalam golongan ini
Kenapa
Allah sebut sifat ini , dan bukan solat malam, pergu masjid dan umrah? Kerana infak
ini paling susah
Infak
kepada siapa? Surah Al Insan ayat 8-9
Ini sifat Al
Abrar , beri makan makanan yang disukai kepada orang miskin, anak yatim dan
tawanan perang termasuk orang kafir .
وَيُطْعِمُونَ الطَّعَامَ عَلَىٰ حُبِّهِ مِسْكِينًا وَيَتِيمًا وَأَسِيرًا - 76:8
Mereka
juga memberi makan benda-benda makanan yang dihajati dan disukainya, kepada
orang miskin dan anak yatim serta orang tawanan,
Sukar nak
beri pada orang miskin kerana tiada pulangan
Rekod Abu
Bakar As Siddiq bukan kerana solat malam tetapi kerana infak. Ayat Surah Al Lail
ini ada ulama kata turun kerana beliau.
Q&A
1) Yang mana utama? Bayar hutang atau
sedekah?
-
Hutang
wajib bayar, jangan risau tak dapat sedekah . Allah tidak membebankan seseorang
melebihi kemampuannya . Pahala menunaikan yang wajib adalah lebih besar
Allahu Alam
Thursday, 7 May 2020
Uwais dan botol kaca, kisah 14 Ramadan 1441H
14 Ramadan 1441H
Uwais main botol kaca, jatuh, pecah.
Botol itu pula hadiah anak sulung saya kepada Abinya sempena hari lahir yang lepas.
Saya tanya, kenapa Uwais main botol kaca?
Dia jawab, "Uwais main khemah ni, macam khemah Mekah. Botol tu tempat Uwais ambil wudhu. Uwais nak solat."
Di tepi serpihan kaca botol, memang ada sejadah kecil dia.
Saya pun minta anak sulung ambilkan vacuum.
Uwais bawa diri, dia ingat saya senyap sebab saya marah.
Sebenarnya sambil bersihkan kaca, sambil menahan sebak.
Teringat dalam Ramadan ini, antara doa yang saya cuba hafaz dan bacakan berulang kali selepas solat adalah doa Nabi Zakaria ini :
هُنَالِكَ دَعَا زَكَرِيَّا رَبَّهُۥۖ قَالَ رَبِّ هَبۡ لِي مِن لَّدُنكَ ذُرِّيَّةٗ طَيِّبَةًۖ إِنَّكَ سَمِيعُ ٱلدُّعَآءِ
Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya, katanya:" Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan".
-Surah Ali-Imran, Ayat 38
Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah.
Benarlah janji Allah tentang makbulnya doa orang yang berpuasa.
In shaa Allah, Amin.
Dr Azlindarita Aisyah Mohd Abdullah
Sekejap lagi nak pujuk Uwais
Uwais main botol kaca, jatuh, pecah.
Botol itu pula hadiah anak sulung saya kepada Abinya sempena hari lahir yang lepas.
Saya tanya, kenapa Uwais main botol kaca?
Dia jawab, "Uwais main khemah ni, macam khemah Mekah. Botol tu tempat Uwais ambil wudhu. Uwais nak solat."
Di tepi serpihan kaca botol, memang ada sejadah kecil dia.
Saya pun minta anak sulung ambilkan vacuum.
Uwais bawa diri, dia ingat saya senyap sebab saya marah.
Sebenarnya sambil bersihkan kaca, sambil menahan sebak.
Teringat dalam Ramadan ini, antara doa yang saya cuba hafaz dan bacakan berulang kali selepas solat adalah doa Nabi Zakaria ini :
هُنَالِكَ دَعَا زَكَرِيَّا رَبَّهُۥۖ قَالَ رَبِّ هَبۡ لِي مِن لَّدُنكَ ذُرِّيَّةٗ طَيِّبَةًۖ إِنَّكَ سَمِيعُ ٱلدُّعَآءِ
Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya, katanya:" Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan".
-Surah Ali-Imran, Ayat 38
Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah.
Benarlah janji Allah tentang makbulnya doa orang yang berpuasa.
In shaa Allah, Amin.
Dr Azlindarita Aisyah Mohd Abdullah
Sekejap lagi nak pujuk Uwais
Subscribe to:
Posts (Atom)












