Wednesday 28 August 2019

Tadabbur Surah At Taubah ayat 17-18

Alhamdulillah malam ini berkesempatan mengikuti kelas tadabbur Al Quran Ustaz Abdul Muien Ghulam Al Dakwah melalui FB Live.
Malam ini adalah tadabbur (memahami dengan mendalam) Surah At Taubah Ayat 17-18.

Jika nak tonton videonya di link ini ya
Tajuk : Tadabbur surah At - Taubah ayat 16 - 17
🗓 Tarikh : 28 Aug 2019
🕰 Masa : 9:40 pm
Saya kongsikan sedikit notanya :

Surah At Taubah Ayat 17
A017

"Tidaklah patut bagi orang-orang musyrikin untuk mereka memakmurkan masjid-masjid Allah , mereka menyaksikan atas diri-diri mereka sendiri dengan kekufuran mereka itulah sia-sia amalan mereka dan dalam neraka mereka kekal. "

- Amalan orang musyrikin adalah sia-sia kecuali jika dia masuk Islam, semua kebajikan yang dilakukan semasa dia masih kafir akan datang semula menjadi pahala. Jika dia derma RM2 juta semasa belum Islam, ia dikira sia-sia. tetapi selepas masuk Islam semua menjadi pahala.

- ini adalah galakan dari Allah untuk mereka masuk Islam

- Duit riba bolehkah digunakan untuk bina masjid, beli kipas, beli lampu masjid? Boleh.

- Orang Islam apabila berhadas besar , wajib mandi hadas. Adakah orang bukan Islam jika masuk Islam perlu mandi wajib? Tidak perlu kerana semua dosanya diampunkan. Berkhatan bagi lelaki wajib tetapi bukanlah pada hari pertama masuk Islam. Tattoo jika memudaratkan untuk dibuang, tak perlu buang.

- Bercanggah jika orang musyrikin mahu makmurkan masjid kerana mereka tidak beriman dengan Allah.

Surah Al Jin ayat 18
"Dan bahawa sesungguhnya masjid-masjid itu untuk (ibadat kepada) Allah semata-mata; maka janganlah kamu seru dan sembah sesiapapun bersama-sama Allah."
- Ada orang melayu solat tetapi bila sakit cari bomoh, dan percaya pada bomoh. Ini juga bercanggah dan tidak patut.

Surah At Taubah Ayat 18

A018
" Hanyalah yang memakmurkan masjid-masjid Allah orang yang telah beriman dengan Allah dan hari akhir dan mendirikan solat dan mengeluarkan zakat dan dia tidak takut kecuali Allah. Maka mudah-mudahan mereka itu akan menjadi orang-orang yang mendapat petunjuk. "

- Mengapa masjid disebut dari perkataan sujud sedangkan ada perbuatan lain dalam solat termasuk rukuk? Perbuatan yang menunjukkan hamba yang hina adalah SUJUD, inilah kedudukan hamba yang paling dekat dengan Allah, maka perbanyakkan doa semasa sujud terutamanya semasa solat seorang diri. Semasa solat berjemaah, jangan panjangkan sujud jika imam sudah selesai sujud.

- Iman itu ada 2 komponen iaitu yakin Allah itu satu dengan iman dalam hati dan manifestasi dengan perbuatan.
Orang musyrikin beriman dengan Allah tetapi tidak ada amal soleh.

-Hari Akhir – hari yang tidak ada hari lagi selepas itu iaitu kekal .
Allah kembarkan beriman dengan Allah dan beriman dengan Hari Akhirat , sedangkan rukun iman itu ada 6. Mengapa?
- Asas keimanan adalah beriman kepada Allah tetapi ramai yang tidak akur kerana tidak percaya kepada hari akhirat, kepada orang musyrikin “lepas mati tidak ada apa-apa pun” .

Jadi orang yang tidak solat di masjid, beriman tak dengan Allah dan hari akhirat?
- Tidak (innama adalah ayat exclusive , iaitu HANYA ORANG INILAH YANG DIPANGGIL ORANG BERIMAN DENGAN ALLAH DAN HARI AKHIRAT, iaitu orang yang memakmurkan masjid)
- Orang tidak pergi masjid kerana tidak percaya ganjaran 27 kali pahala lebih banyak di akhirat

Hadith Rasulullah SAW “siapa yang solat pada 2 waktu sejuk (subuh dan asar) (berjemaah) masuk syurga”
Hadis Abu Musa r.a:
Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: Sesiapa mendirikan dua sembahyang yang menyejukkan iaitu Subuh dan Asar, maka dia akan masuk Syurga. Nombor hadith di dalam Sahih Muslim : 1005
-  siapa yang tidak percaya maka akan rasa berat untuk pergi masjid.

- Hadith Rasulullah SAW “siapa pergi ke masjid pada waktu pagi atau petang (subuh atau asar) Allah sediakan baginya nuzula (hidangan pertama yang istimewa pada hari yang pertama untuk tetamu) di Jannah setiap pagi dan petang.

- Hadith Rasulullah SAW “ solat yang paling berat pada orang munafik adalah solat fajar dan isyak “  kerana waktu subuh dan isyak orang tidak nampak . orang munafik pun kurang-kurang pun pergi masjid 3 waktu solat, tetapi orang Muslim sekarang??? (SILA TERASA)

Abdullah bin Ibnu Makhtum yang buta , rumahnya jauh dan tidak ada orang membawa dia ke masjid , meminta izin untuk solat di rumah, tetapi Rasululullah tanya kamu dengar atau tidak azan. Jika dengar, maka pergi. Rasulullah takut dia jadi musyrik . (Ini juga dalil jika musafir pun, pergi masjid jika dengar azan)

Hadith Rasulullah SAW : Perbezaan antara iman dan kufur dan syirik adalah tinggal solat.
عَنْ أَبِي سُفْيَانَ قَالَ سَمِعْتُ جَابِرًا يَقُولُا سَمِعْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ إِنَّ بَيْنَ الرَّجُلِ وَبَيْنَ الشِّرْكِ وَالْكُفْرِ تَرْكَ الصَّلَاة
ِ
Dari Abu Sufyan dia berkata, saya mendengar Jabir berkata, “Saya mendengar Nabi SAW bersabda: “Sungguh, yang memisahkan antara seorang laki-laki dengan kesyirikan dan kekufuran adalah meninggalkan solat’.” (HR Muslim No: 116)

Dalam ayat ini syirik adalah tidak memakmurkan masjid. Hanya orang syirik tidak memakmurkan masjid.

- Rukun Islam ada 5 tetapi hanya solat dan zakat yang disebutkan dalam kebanyakan ayat dalam Al Quran. Mengapa? Islam adalah agama berhubung baik dengan Allah dan berhubung baik dengan manusia , dan hubungan baik dengan manusia terbaik adalah memberi kepada yang memerlukan. Zakat nama lain adalah sedekah (membenarkan IMAN kamu dengan bukti tak sayang harta, tapi sayang IMAN dan pahala lebih lagi)

Surah Al Muddathir , apabila ahli syurga tanya ahli neraka saqar mengapa masuk neraka?
1) Tak solat
2) Tak beri makan orang miskin

Ada orang suka solat, tapi tak tolong orang. Ada orang suka tolong orang tapi tak solat. Dua-dua tak selamat

Orang yang memakmurkan masjid hanya takut Allah. Orang yang tak pergi masjid kerana takut dunia kan hilang kerana pergi masjid, pergi masjid tak dapat ganjaran apa-apa di dunia.

"Maka mudah-mudahan mereka itu akan menjadi orang-orang yang mendapat petunjuk. "
- Kenapa "mudah-mudahan"? Jika sudah tunaikan apa yang di dalam ayat ini, baru berhak untuk bercita-cita nak dapat petunjuk tetapi jangan yakin sangat.

Masjid adakah untuk solat sahaja? Sebenarnya boleh juga untuk
- Majlis ilmu
- Parlimen
- Mesyuarat negara
- Mesyuarat cara perang
- Tempat tinggal orang suffah (orang miskin)
- Masjid nabi Makmur dengan ibadah walaupun bumbung hanya pelepah pohon kurma . Masjid di Malaysia cantik tetapi hanya meriah apabila ada makan. (ADOI TERASA LAGI)

Antara 7 golongan yang mendapat naungan arasy di mahsyar, orang lain tunggu 50 ribu tahun di sana tetapi mereka rasa seperti sewaktu mendirikan solat zuhur sahaja, iaitu : 

عَنْ أَبِيْ هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : سَبْعَةٌ يُظِلُّهُمُ اللهُ فِيْ ظِلِّهِ يَوْمَ لَا ظِلَّ إِلَّا ظِلُّهُ: اَلْإِمَامُ الْعَادِلُ، وَشَابٌّ نَشَأَ بِعِبَادَةِ اللهِ ، وَرَجُلٌ قَلْبُهُ مُعَلَّقٌ فِي الْـمَسَاجِدِ ، وَرَجُلَانِ تَحَابَّا فِي اللهِ اِجْتَمَعَا عَلَيْهِ وَتَفَرَّقَا عَلَيْهِ ، وَرَجُلٌ دَعَتْهُ امْرَأَةٌ ذَاتُ مَنْصِبٍ وَجَمَالٍ ، فَقَالَ : إِنِّيْ أَخَافُ اللهَ ، وَرَجُلٌ تَصَدَّقَ بِصَدَقَةٍ فَأَخْفَاهَا حَتَّى لَا تَعْلَمَ شِمَالُهُ مَا تُنْفِقُ يَمِيْنُهُ ، وَرَجُلٌ ذَكَرَ اللهَ خَالِيًا فَفَاضَتْ عَيْنَاهُ

Dari Abu Hurairah Radhiyallahu anhu , dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam, Beliau Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Tujuh golongan yang dinaungi Allâh dalam naungan-Nya pada hari dimana tidak ada naungan kecuali naungan-Nya: 

(1) Imam yang adil,
(2) seorang pemuda yang tumbuh dewasa dalam beribadah kepada Allâh,
(3) seorang yang hatinya bergantung ke masjid,
(4) dua orang yang saling mencintai di jalan Allâh, keduanya berkumpul karena-Nya dan berpisah karena-Nya,
(5) seorang laki-laki yang diajak berzina oleh seorang wanita yang mempunyai kedudukan lagi cantik, lalu ia berkata, ‘Sesungguhnya aku takut kepada Allâh.’ Dan
(6) seseorang yang bershadaqah dengan satu shadaqah lalu ia menyembunyikannya sehingga tangan kirinya tidak tahu apa yang diinfaqkan tangan kanannya, serta
(7) seseorang yang berdzikir kepada Allâh dalam keadaan sepi lalu ia meneteskan air matanya.”

TAKHRIJ HADITS.
Hadits ini shahih, diriwayatkan oleh:

1. Al-Bukhari (no. 660, 1423, 6479, 6806),
2. Muslim (no. 1031 (91)),
sekian sahaja. please share,copy paste dan simpan nota pun boleh 

No comments:

Post a Comment