Monday, 17 August 2015

Tadabbur bersama Ustaz Abdul Muien : Siapakah orang yang sudahlah jahil, tidak mengaku jahil dan mengaku dia pandai pula? Surah Al-Baqarah ayat 75 hingga 76 merungkai persoalan ini.

Di dalam kelas tadabbur yang sebelum ini, Ustaz Abdul Muien telah menerangkan tentang kupasan hati manusia yang diumpamakan lebih keras berbanding batu, seperti yang tertera dalam surah Al-Baqarah ayat 74. Untuk imbas semula, boleh lah baca di sini


Pada 18 Mac, kelas telah disambung dengan dua lagi ayat dari surah Al-Baqarah ayat 75 dan 76


(Sesudah kamu - wahai Muhammad dan pengikut-pengikutmu - mengetahui tentang kerasnya hati orang-orang Yahudi itu) maka bolehkah kamu menaruh harapan bahawa mereka akan beriman kepada seruan Islam yang kamu sampaikan itu, padahal sesungguhnya telah ada satu puak dari mereka yang mendengar Kalam Allah (Taurat), kemudian mereka mengubah dan memutarkan maksudnya sesudah mereka memahaminya, sedang mereka mengetahui (bahawa perbuatan itu salah)?




Apakah kamu (Nabi Muhammad & para sahabat) , tamak (menginginkan sesuatu dengan bersungguh-sungguh)



Untuk mereka (orang kafir) beriman kepada kamu – Rasulullah dan para sahabat bukan tamak harta tapi tamak mahu orang kafir semua masuk Islam, hingga ditegur oleh Allah





Sedangkan ada sekumpulan daripada mereka mereka mendengar kalamullah 

APAKAH ITU KALAMULLAH? 
    1)         Taurat
    2)     Al-Quran
    3)     Semasa Nabi Musa berkata-kata dengan Allah secara terus, Allah perdengarkan juga kepada 70 orang yang terpilih di kalangan kaum Nabi Musa – ada yang dengar, faham dan kemudian apabila kembali kepada kaumnya, menukar ayat-ayat Allah

    





  Kemudian mereka mengubahnya selepas apa yang mereka faham dan mereka mengetahui

     -      Mereka tahu apa yang mereka ubah itu salah
-    -     Mereka faham bahawa apa yang mereka buat itu haram
     -     Tapi mereka tetap melakukan

    Tadabbur ayat: 

❤ Orang yang sudah dengar, dan faham dengan ayat Allah pun, ada yang tidak beriman. Apatah lagi yang tidak dengar dan tidak faham, lebih susah untuk dia beriman. Contoh orang yang selalu baca Al-Quran tetapi tidak faham.

❤ Contoh: ASB, ada mufti kata halal, ada mufti kata haram: syubhat maka elakkan

❤ Contoh lain: baca ayat dalam Yassin untuk halang JPJ/polis nampak, sedangkan ayat itu tentang orang kafir yang tidak mendapat hidayah seolah-olah ada hijab di hadapan dan di belakang mereka. Kisah Rasulullah SAW baling pasir ke arah orang musyrikin semasa mahu berhijrah dan baca ayat itu: kisah ini tidak benar . Ini sifat (orang Melayu) yang lebih teruk dari Bani Israel kerana mengubah ayat dalam keadaan tidak faham maksud ayat itu

❤ Contoh orang kafir mengubah ayat: ada disebutkan di dalam injil ttg Rasulullah SAW akan datang, tetapi mereka tidak mengakui yang Rasulullah sudah sampai. 

❤ Al-Quran itu pada dasarnya adalah petunjuk kepada orang yang bertaqwa (Surah Al-Baqarah ayat 2)


-         -  Al-Quran bukan untuk diulang-ulang, tapi untuk ditadabbur
-        -   Zaman sekarang orang terkenal dengan baca Al-Quran, hafaz Al-Quran (tetapi tidak menunjukkan akhlak Al-Quran, tetapi pada zaman Rasulullah SAW Al-Quran berada di mana-mana, akhlak Al-Quran berjalan di mana-mana

  PENGAJARAN AYAT 75 

                  v  Sesiapa yang tidak beriman dengan apa yang zahir dan jelas, maka lebih susah untuk beriman dengan apa yang tersembunyi – kalau kita berdakwah dan orang susah untuk beriman, ini kerana mereka tidak faham.

        v   Allah menghiburkan hati Rasulullah SAW dengan ayat yang boleh menghilangkan kesedihan Rasulullah SAW : jangan tamak dan sedih dengan orang yang tidak beriman, orang-orang ini bukan sahaja dah dengar dan dah faham, cukuplah, tak perlu sedih --> orang ini memang degil 

-    Contoh lagi ayat menghiburkan : kaum Ad yang kuat dan boleh bina bangunan pun Allah hancurkan, apa lagi kaum musyrikin/ yahudi madinah yang tidak sekuart kaum Ad

v  Allah berkata-kata : ini penting kerana ada orang menafikan yang Allah berkata-kata, perangai sama macam Bani Israel. Allah berkata-kata dengan Nabi Musa, ada suara dan huruf tetapi tidak sama dengan manusia

v   Perbuatan yang sangat tercela ialah mengubah kebenaran setelah mengetahuinya bahawa ia adalah benar. Contoh ayat tiada paksaan dalam agama: bukan maknanya tidak boleh paksa solat, tapi tidak ada paksaan untuk masuk Islam bagi orang bukan Islam à orang Melayu suka ubah maksud ayat, walaupun perkataan Al-Quran itu tidak diubah



   Surah Al-Baqarah ayat 76.




Dan apabila mereka (orang-orang Yahudi pada zaman Rasulullah) bertemu dengan orang-orang yang beriman, mereka berkata: "Kami telah beriman"; dan apabila mereka berjumpa sesama sendiri, mereka berkata: "Patutkah kamu ceritakan kepada mereka (orang-orang Islam) dengan apa yang telah diterangkan oleh Allah kepada kamu (di dalam Kitab Taurat mengenai kebenaran Nabi Muhammad) untuk menjadikannya hujah (bukti) yang dapat mengalahkah kamu di sisi Tuhan kamu? Tidakkah kamu berakal?"





Dan apabila mereka berjumpa dengan orang beriman  - ayat ini membawa erti mereka hidup bermasyarakat




Mereka berkata mereka telah beriman

-  Tadabbur ayat: 

     ❤  Sifat orang munafik : ada wujudnya golongan munafik ini di kalangan orang yahudi dan orang arab (contoh Abdullah bin Ubay)

-    ❤ Pakar dan sumber rujukan bagi orang munafik adalah kaum yahudi madinah

-   ❤ Menagapa tidak ada orang munafik semasa di Mekah?  Semasa Islam tidak kuat, tiada org munafik. Tapi apabila Islam kuat, lahirnya orang-orang munafik

 ❤ Bagaimanakah Rasulullah SAW melayan orang munafik?
-          - Jika lahirnya Islam, layan secara orang Islam. Rasulullah SAW pun solat jenazah untuk Abdullah bin Ubay, dan dikebumikan di tanah perkuburan Islam

      ❤ Apakah hikmah Rasulullah SAW dilahirkan yatim piatu dan miskin? 
-          - Rasulullah perlu mengubah akidah orang-orang yang zero, tidak faham langsung tentang Islam
-          - Tugas yang sangat besar ini, menjadikan Rasulullah SAW bergantung 100% pada kuasa yang paling besar iaitu Allah , tidak bergantung pada pangkat, ibu bapa etc

-          ❤ Musuh Rasulullah semasa di Mekah, hanya kaum musyrikin, semasa di Madinah bertambah dengan orang yahudi & kaum munafik.

 

Dan apabila kembali sebahagian mereka kepada sebahagian yang lain





kamu menceritakan kepada mereka dengan apa yang Allah buka atas kamu 




untuk mereka berhujah kepada kamu dengannya di sisi Tuhan kamu (hari akhirat).

Taddabbur ayat 

❤ “Allah sudah terangkan kepada kamu ttg kedatangan Nabi Muhammad” . Menurut orang Yahudi itu adalah rahsia mereka, dan Rasulullah SAW dan Allah tidak tahu ttg rahsia ini. Menurut yahudi, mereka (yang berjumpa dengan orang Islam) itu, tidak sepatutnya memberitahu orang Islam bahawa dalam Taurat memang ada disebutkan yang Rasullullah sudah datang
-                     ➳  Morale: orang yang rasa dirinya sangat pandai sebenarnya adalah sangat jahil, kerana mereka menyangka Allah tidak tahu apa yang dilakukan. Mereka rasa hanya mereka yang tahu

❤ Kategori Jahil:
      1)      Tidak tahu langsung
      2)      Yakin dan betul (fakta tepat) 
      3)      Yakin betul tetapi salah : jahil murakkab (jahil yang tersusun, dua kali jahil) à dia tidak tahu yang dia tidak tahu. Dan yang salah dia rasa betul

❤ 3 kategori orang bukan islam
-          - Yahudi
-          - Nasrani
-          - Orang musyrikin – tidak percaya pada hari akhirat

     ❤ Yahudi dan nasrani percaya mereka akan masuk neraka beberapa hari sahaja, kemudian akan masuk syurga (ekslusif hanya untuk mereka), dan kemudian umat Nabi Muhammad pula masuk neraka & kekal. 

PENGAJARAN AYAT 76

  v  Ada di kalangan orang Yahudi itu  orang munafik.

  v  Antara perangai buruk orang Yahudi adalah menipu – siapa yang suka menipu, dia telah menyerupai orang Yahudi.

  v  Ilmu adalah al-fathu iaitu pembukaan , iaitu ilmu membuka kefahaman seseorang

  v  Kebodohan orang yahudi yang yakin yang Allah tidak mengetahui rahsia mereka

  v  Orang yahudi kafir setelah berilmu,maka jadilah mereka maghdhubi’alaihim (Allah murkai sbb mereka tahu tetapi tetap buat ) dan  dhoolin (orang yang sesat: orang yang tidak tahu)


Wednesday, 12 August 2015

Nak harta lebih banyak dari RM2.6 billion?

Ada satu hadith, berbunyi begini: 

 Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

وَاللَّهِ مَا الدُّنْيَا فِى الآخِرَةِ إِلاَّ مِثْلُ مَا يَجْعَلُ أَحَدُكُمْ إِصْبَعَهُ هَذِهِ – وَأَشَارَ يَحْيَى بِالسَّبَّابَةِ – فِى الْيَمِّ فَلْيَنْظُرْ بِمَ يَرْجِعُ

“Demi Allah, tidaklah dunia dibanding akhirat melainkan seperti jari salah seorang dari kalian yang dicelup -seraya berisyarat dengan jari telunjuk- di lautan, maka perhatikanlah apa yang dibawa.” (HR. Muslim no. 2858)

Ustaz Abdul Muien menerangkan dalam Kelas semalam, jika semua umat dari Nabi Adam hingga Nabi Muhammad dikumpul (di satu tempat pada masa yang sama), dan semua meminta dan semua permintaan dikabulkan, itu hanyalah sebanyak satu jari yang dicelup ke lautan, dan semua yang telah Allah berikan itu hanyalah sebanyak air yang melekat di jari itu. Selebihnya kekayaan milik Allah , adalah sebanyak air di lautan itu.

 Allahu Akbar! Maha Kaya Allah Subhanallahu wa Taala. 

Apałah sangat RM2.6billion berbanding apa yang Allah miliki. Dan jangan lupa orang yang bersolat sunat 2 rakaat sebelum subuh itu nilainya lebih baik dari dunia dan seisinya. 

Solatlah dua rakaat sebelum subuh dan anda akan lebih kaya dari orang yang mendapat derma RM2.6 billion itu. Dan yang pasti hati anda lebih tenang ❤️ 





Saturday, 25 July 2015

Sang suami & Anak lelaki

Selepas tamat pengajian pada 2004, saya menghabiskan housemanship (internship) saya dlm Jabatan Perubatan & Pembedahan di Ireland. Pulang ke Malaysia , saya menyambung housemanship selama 4 bulan dlm Bidang Perbidanan & Sakit Puan. 

4 bulan yang penuh pengalaman yang sukar dilupakan 

Wanita yang sudah ada 2 org anak, hamil anak luar nikah dengan kekasihnya 😖 

Remaja 15 tahun yang dirogol bapa tirinya, hingga melahirkan anak. 

"Single parent" yang lari dari wad selepas melahirkan, meninggalkan bayinya di wad. 

Wanita yang sukar hamil, selepas 10 tahun bernikah akhirnya hamil tetapi kehamilan yang sgt mencabar kerana berat badannya hampir 120kg. 

Pengalaman "diterajang" di bahagian perut oleh pesakit yang kesakitan hendak melahirkan, sedangkan ketika itu saya juga hamil. 😳

Tetapi ada satu pengalaman yang betul-betul membuat saya marah. 

Seorang wanita, bersabung nyawa melahirkan anak ke tiga, dengan suami di sisi. Sempat suaminya berkata dengan saya, "Harap-harap dapat anak lelaki. Sebelum ini dah 2 orang perempuan". 

Saya hanya tersenyum, dalam kesibukan membantu ibu muda itu. Dalam hati saya,apa yang penting ketika itu adalah nyawa ibu dan bayi itu. 

Sebaik sahaja bayi comel itu lahir, saya dan jururawat bertugas mengucapkan syukur Alhamdulillah. Terlihat wajah gembira dan lega pada si ibu. 

Berbeza dengan si bapa, apabila dia melihat anaknya perempuan. Takkan saya lupakan kata-kata yang keluar dr mulut lelaki itu. 

Katanya ," Terpaksa cari isteri baru lah macam ni. Nak dapat anak lelaki, " sambil tersenyum kelat. 

Tiada ucapan terima kasih utk si isteri yang baru sahaja menanggung kesakitan melahirkan zuriatnya. 

Tiada kucupan tanda kasih buat si isteri. 

Yang ada hanya kata-kata yang pastinya menyinggung hati pasangannya. 

Saya tidak dapat menyembunyikan wajah marah saya. Saya kerling si ibu muda yang masih keletihan, sedang dibersihkan oleh jururawat selepas uri dikeluarkan. Dia cuba tersenyum kepada saya, seolah berkata "Tak mengapa, doktor." 

Saya keluar dari bilik itu secepat mungkin sebelum saya berkata sesuatu yang saya mungkin kesali kemudian hari. 

Kalaupun sang suami itu mungkin tidak mengetahui bahawa hanya chromosome X dan Y darinya yang bakal menentukan jantina anak, bukan salah sang isteri anaknya semua perempuan, bukankah sebagai seorang yang beriman, kita wajib meyakini itu semua qadha & qadar Allah? 

Jangan rendahkan diri serendah orang jahiliyah seperti yang dikecam Allah dlm Surah An-Nahl. 

Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik buat iman kita.


Tuesday, 30 June 2015

Asyik balik kampung suami je? Di mana keadilan?

Isu balik kampung (bersama Prof Muhaya dlm Drmuhaya Dot Com 1/7/15) 


Saya rasa pasti soal balik kampung mana adalah satu isu hangat menjelang Aidilfitri. Alhamdulillah never a problem on my part sbb suami memang the only son (ada adik perempuan seorang), jadi sejak sebelum nikah saya sudah tahu tanggungjawab suami saya. 

Sepatah kata Prof Muhaya, kalau boleh sebelum bernikah lagi buat perancangan masa depan, bagaimana nak didik anak, nak solat berjemaah bagaimana dan sebagainya, termasuklah jadual pulang kampung. 

Jom ikuti apa jawapan dr Prof Muhaya :) 

Reset minda: Saya balik kampung tahun ini adalah untuk bahagia & membahagiakan 

Tak perlu besar-benarkan balik raya/malam raya/pagi raya di rumah siapa. Kita pulang untuk mengeratkan silaturrahim 

Q: Bagaimana jika suami asyik ajak balik kampung dia, walaupun tahun lepas sudah balik kampung dia? 

A: 1) think positive, Kalau kita rasa suami kita tu tidak boleh dibawa berbincang, begitulah jadinya. 

2) 3 keywords: KASIH SAYANG, PENGHARGAAN & MENGALAH (tak bererti kalah) 

- pandang wajah suami dengan kasih sayang 

- ucap terima kasih sebab mengahwini kita, kurniakan anak-anak yg baik pada kita, mertua yang baik dan sebagainya --> PENGHARGAAN 
- apabila isteri memberi PENGHARGAAN, suami juga akan terpanggil untuk menghargai isteri 
--> rumah yang penuh dengan kasih sayang dan penghargaan akan penuh dgn Rahmah 

- MENGALAH untuk tahun ini, pesan pada ibubapa kita juga, redha dgn apa jua keputusan. Kemudian beritahu suami, "tidak mengapalah Abang, tahun ni balik kampung Abang. Tapi tahun depan kita balik kampung saya boleh tak?"
Prof muhaya cadangkan buat jadual & buat senarai tahun bila balik mana. 

Akhir sekali, jangan jadikan isu balik kampung menjadi cela kepada segala ibadah kita sepanjang Ramadhan . Fikir semula jika dengan segala solat, puasa & tadarus sepanjang Ramadhan itu sekadar di "kulit" sahaja dan tidak memberi kesan pada "hati" kita, andai isu balik kampung sahaja membawa kepada pertelagahan. 

Orang yang bahagia adalah orang yang tujuan hidupnya adalah untuk memberi, bukan untuk mendapat. Kerana kita boleh kawal seberapa banyak yang kita mahu beri, tetapi kita tak dapat kawal apa yang orang beri pada kita, atau apa yang kita dapat. 

Allahu alam. 

Thursday, 11 June 2015

Persediaan Ramadhan bersama Ustaz Abdul Muien

Kelas tadabbur 10 jun 2015

Persiapan menghadapi Ramadhan



Sabda Rasulullah SAW, dari Abu Hurairah, ia berkata,

مَنْ صَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ

“Barangsiapa berpuasa Ramadhan atas dasar iman dan mengharap pahala dari Allah, maka dosanya yang telah lalu akan diampuni.”  (HR. Bukhari no. 38 dan Muslim no. 760).

Riwayat lain: 

“Sesiapa yang menghidupkan malam Lailatul Qadar dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala, maka diampunkan baginya dosa yang telah lepas dan sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala, maka diampunkan baginya dosa yang telah lepas.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Apa erti PERCAYA: 

Iblis : percaya tetapi tidak patuh. Imannya sia-sia kerana imannya tidak diikuti dengan PATUH.

Abu Talib juga percaya pada Allah dan percaya bahawa agama Islam adalah agama yang adil, kerana itu dia mempertahankan Rasulullah. Dia yakin dengan hari kiamat tetapi keyakinan ini tidak berfaedah kerana kepercayaan ini tidak diikuti dengan kepatuhan.

Manusia iaitu orang beriman patutnya percaya DAN patuh.

Kupasan "DIAMPUNKAN DOSA":
- Perkara yang paling menggembirakan manusia sepatutnya adalah keampunan Allah. 

- Kerana itu dalm hadis ini yang dijanjikan untuk orang yang berpuasa bukan harta tetapi sesuatu yang paling bernilai iaitu keampunan Allah, bererti syurga. 

- Ka’ab bin Malik tidak ikut Perang Tabuk, berdosa dan dipulaukan oleh Rasulullah dan para sahabat selama 40 hari. Selepas itu Allah turunkan ayat taubatnya diterima. Selepas ayat itu turun, dia bertemu Rasulullah dan berkata ada dua kegembiraan iaitu pada hari masuk Islam, dan pada hari itu di mana Allah ampunkan dosanya. Atas kegembiraan itu maka dia infakkan semua hartanya untuk jalan Allah. Ini menunjukkan keampunan Allah itu adalah jauh lebih bernilai dari harta dunia. 


SERONOK menyambut Ramadhan 

Sebagai orang beriman, kita patut gembira nak menyambut Ramadhan, bukan gembira nak sambut raya. Kalau kita belum seronok, kita belum pandai nilai keampunan Allah. Dunia sehebat mana pun akan ditinggal. 

Contoh kita masuk rumah kita bersih, hati puas. Pakai baju bersih, rasa seronok. Patut lebih rasa seronok Allah nak bersihkan dosa kita. Syarat untuk mendapatkan keampunan Allah ini: 

1) Berpuasa dengan penuh keimanan

2) Mengharapkan keampunan Allah. 

Para sahabat sangat gembira ketika tibanya Ramadhan, dan sangat sedih apabila dipenghujung bulan itu, kerana tidak ada lagi bulan keampunan.

Budaya di Malaysia, hanya awal Ramadhan masjid dan surau penuh, dan semakin lengang menuju akhir Ramadhan. 

LAILATUL QADR
- bilakah lailatulqadar ini? Menurut hadith sahih: pada 10 malam terakhir, atau 10 malam terakhir yang ganjil, atau malam 27 ramadhan

- Lebih baik dari 1000 bulan atau 83 tahun. Umat zaman sekarang jarang yang panjang umur. Biar jangan umur panjang tetapi cukup 60-70 tahun, yang penting beramal soleh

- Bani Israel usia 1000 tahun, perlu berjihad 1000 tahun untuk dapat keredhaan Allah. Umat Rasulullah hanya perlu beribadah 10 malam sahaja yang nilainya 1000 bulan . 

- Rasulullah beriktikaf di masjid dari pagi 21 Ramadhan hingga 1 Syawal, tidak keluar langsung sedangkan rumah Baginda sebelah sahaja. Rasulullah tidak perlu lailatul Qadar sebab memang dah dijanjikan syurga tetapi Baginda seronok beribadah kerana Allah hendak memberi hadiah yang istimewa

- Lailatul Qadar ini bermula Maghrib hingga fajar. 
- Contohnya seseorang itu solat maghrib berjemaah, isyak berjemaah dan terawih sahaja, kemudian tertidur hingga subuh (tidak bangun tahajjud), maka pahala berganda seolah beribadah selama 1000 bulan, dengan SYARAT dengan ibadah itu dilakukan dengan KEIMANAN dan MENGHARAPKAN PAHALA.

Dalam hadith ini, ibadah yang patut kita lakukan
1) Berpuasa (hukumnya wajib) --> diampunkan dosa
2) Qiamulail (hukumnya sunat ) --> diampunkan dosa

Kita mestilah SERONOK habis-habisan apabila Ramadhan tiba kerana Allah mahu ampunkan dan bersihkan dosa.

Semakin dekat nak Ramadhan, mesti makin seronok.

TUJUAN puasa Ramadhan
Tujuan puasa sebagaimana dlm dalil mewajibkan puasa Ramadhan: untuk jadi orang bertaqwa. 

Bagaimana?

- Puasa: ditahan dari makan dan minum tetapi sebenarnya yang Allah mahu bukan lapar dan dahaga kita, tetapi Allah mahu kita tinggalkan seketika apa yang kita suka, walaupun halal, untuk dapatkan sesuatu yang lebih baik iaitu syurga. Nafsu kita pada asalnya sangat suka makan. Kalau kita senang nak tinggalkan perkara yang halal, maka akan mudah untuk tinggalkan yang haram. Tinggal apa yang dicintai walaupun halal, untuk mendapatkan CINTA ALLAH. Kalau terbiasa tinggalkan yang halal, maka akan mudah tinggalkan yang haram .

- Hadith sesiapa yang tidak dapat meninggalkan sesuatu yang berbohong, dan masih beramal dengan pembohongan itu, Allah tidak berkehendak langsung dengan lapar dan dahaganya. 

- Apabila orang ajak bertengkar, dia berkata “aku berpuasa”.

- Jangan rasa terbeban untuk berpuasa 

- Contoh rasa seronok nak melancong, sebab ada anticipation seronok makanan terhidang, tempat yang cantik dan sebagainya. Mesti ada anticipation dan excitement menyambut Ramadhan

Apa lagi keseronokan berpuasa?

- Mulut yang berbau itu harum di sisi Allah walaupun tidak di sisi manusia, kerana Allah suka kita beribadah hingga mulut kita busuk, sama macam kita di Arafah dalam ihram badan berbau etc

- Setiap amalan digandakan 700 kali, kecuali berpuasa, Allah sendiri akan balas. Terlalu tinggi pahala kerana berpuasa perlu sabar yang sangat tinggi. Tidak susah nak tinggal makan dan minum tetapi susah nak jaga mulut. Contoh suami marah panaskan lauk untuk bersahur, jangan jawab “makan je apa yang ada”, tapi jawab “aku berpuasa”. Rasulullah dah ajar cara untuk jawab 

- Surah Az-Zumar ayat 10 : pahala orang yang bersabar tiada had. 

- Sabar ada 3 peringkat
o Sabar nak melaksanakan ketaatan kepada Allah --> menjalankan puasa
o Sabar meninggalkan larangan Alalh --> drp makan dan minum 
o Sabar dalam menghadapi ujian --> ujian lapar

- Bagi orang yang ada masalah panas baran , Ramadhan adalah masa untuk baiki diri. Kalau dalam Ramadhan pun tak dapat didik diri, lebih sukar pada waktu lain. Kalau orang marah/maki kita, jawablah Inni Soimuun (sesungguhnya aku orang berpuasa). Ini untuk bulan Ramadhan sahaja kerana semua orang berpuasa, maka tidak menimbulkan riak.

PERISTIWA BESAR DALAM RAMADHAN
            1) Turunnya Al-Quran
- Manusia tanpa Al-Quran tidak ada beza dengan haiwan
- Ada pendapat, turunnya Al-Quran turun sekaligus dari langit syurga ke langit dunia sekaligus semasa Ramadhan, pendapat lain semua Al-Quran turun beransur-ansur dari awal, dan bermula pada bulan Ramadhan

2) Perang Badar
- Umat Islam 313, mushrikin 1000 orang , dalam keadaan tidak bersedia untuk berperang , mereka pergi kerana ingin merampaskan harta Abu Sufian yang asalnya adalah harta orang Islam

- Kekuatan para sahabat bukan senjata, bukan fizikal kerana mereka berpuasa, bukan kerana jumlah yang ramai tetapi pada ketaatan mereka pada Allah dan keimanan mereka. 

- Kemenangan ini juga menunjukkan kehebatan kerajaan Madinah 

- Di Malaysia Ramadhan orang kafir makin untung kerana jual barang makanan, tetapi zaman Rasulullah orang bukan Islam paling rugi kerana kalah dalam peperangan 

3) Pembukaan kota mekah tahun ke 8 hijrah
- Rasulullah datang bersama 10,000 orang Islam, sebulan sebelum masuk Mekah, musuh sudah takut
- 13 tahun Rasulullah di Mekah, 200 orang sahaja yang masuk Islam. Semasa pembukaan kota Mekah, dalam masa sehari berbondong-bondong masuk Islam . Ini semua kerana pertolongan Allah
- Bagaimana nak dapat pertolongan Allah ini? Setelah 13 tahun berdakwah, ramai sahabat yang dibunuh dan diseksa, 21 tahun Rasulullah berdakwah, setelah mereka menyerahkan diri sepenuhnya pada Allah, barulah pertolongan Allah datang
- Rasulullah bertanya pada orang musyrikin yang perangi Baginda, caci maki Baginda bertahun-tahun, halau Baginda dari Mekah, Baginda tanya “kamu rasa apa yang akan aku lakukan”. Mereka jawab ,” kamu orang baik, anak orang baik, pastilah baik”. Rasulullah kata “keluarlah kamu, dan kamu bebas”. Rasulullah tidak membunuh atau membalas kezaliman mereka, lambang mulianya akhlak Baginda

SOAL JAWAB TTG PUASA

1) Niat puasa: tidak perlu lafaz, bangun sahur itu pun sudah menjadi satu niat untuk berpuasa. Rasulullah tak sebut niat, niat perlu  dalam hati sahaja. Imam besar yang 4 pun, tak pernah ajar lafaz niat. Lafaz niat ini hanya diajarkan oleh imam yang terkemudian untuk memudahkan orang yang baru masuk Islam, kanak-kanak dan sebagainya

2) Kalau tak bangun sahur? Kalau isytihar bulan ramadhan sudah mula, kita mesti dah ada niat untuk puasa sebulan. Sah puasa itu. Walaupun cth ibu mengandung yang mulanya niat nak puasa penuh, kemudian terpaksa break, tetap kena niat untuk puasa sebulan penuh

3) Perkara yang membatalkan puasa : asasnya tiga makan, minum dan hubungan suami isteri
- Makan dalam keadaan rela, sedar, dan pilihan kita sendiri. Kalau dipaksa tidak batal puasa. Begitu juga bersama suami isteri. 
- Ubat seperti asthma, ubat titis mata etc tak batal puasa
- Muntah dengan sengaja batal puasa
- Berbekam batal puasa
- Derma darah banyak hingga lemah badan boleh batal puasa

4) Orang yang berpuasa separuh hari kerana apa sebab sekalipun, selepas berbuka, tidak boleh makan dan kena tunggu hingga maghrib juga. 

5) Ibadah Malam :
- Disunatkan solat malam : Rasulullah tidak pernah lebih solat malam lebih dari 11 rakaat (riwayat Aisyah) . Tetapi kalau terawikh ikut imam, kalau imam solat 23 rakaat, ikut hingga akhir , kerana dapat pahala beribadah sepanjang malam. Ini peluang Allah nak bagi kerana kita memang susah nak solat sepanjang malam. Yang terbaik adalah di masjid (bagi lelaki) 

- Sunnah Rasulullah baca ayat panjang, rukuk yang panjang, sujud yang panjang. Kalau bacaan pendek, tambahkan rakaat.

- Masjidil haram buat 23 rakaat

6) Ibu yang hamil dan risau memudaratkan dirinya, dan ibu yang menyusukan anak dan risau memudaratkan anaknya, maka boleh berbuka dan bayar fidyah (tidak perlu qadha)

-contoh jika ibu hamil rasa ok tetapi doktor kata memudaratkan anaknya, juga boleh berbuka dan bayar fidyah sahaja 
- Hadis ini sahih dan tidak ada hadis yang meminta untuk ibu itu qadha dan bayar fidyah 

7) Bila mesti berhenti makan semasa sahur? – apabila azan dilaungkan atau apabila terbit fajar (nampak benang putih ) 
- Semakin lewat sahur, makin bagus untuk bersedia untuk berpuasa.
- tiada waktu imsak semasa zaman Rasulullah. Halal utk makan ketika waktu imsak sehingga azan dilaungkan.