Pertama sekali, Alhamdulillah beberapa orang pelajar perubatan dan pelajar sarjana telah datang bermalam di rumah kami, untuk acara iftar, terawih dan sahur bersama. Ini adalah pertama kali saya mengundang pelajar-pelajar untuk bermalam di teratak buruk kami tetapi Alhamdulillah terasa amat indah ukhuwah yang terjalin
Kira-kira jam 7.30 pagi, saya dimaklumkan adik kesayangan saya akan dibedah untuk melahirkan anak kembar beliau yang baru berusia 32 minggu di dalam kandungan. Berdebar saya, secepat mungkin ke PPUM, tetapi Alhamdulillah ibu dan dua puterinya berada dalam keadaan sihat. Cuma baby Azalea dan baby Azzahra terpaksa di masukkan ke dalam NICU kerana sukar bernafas, dan perlu dibantu dengan alat pernafasan. Namun Alhamdulillah mereka stabil.
Petang semalam, kami sekeluarga berpeluang untuk menghadiri Majlis Iftar Perdana bagi mengumpulkan dana untuk membina Sekolah Al-Amin Wangsa Maju di tapak yang baru. Majlis ini diserikan oleh ceramah berkaitan infak oleh Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman dan persembahan oleh Ustaz Hasnul Jamal dari Diwani dan penyanyi terkenal Hafiz Hamidun.
Kami bersama Hafiz Hamidun yang peramah dan humble |
Ustaz Hasnul Jamal |
Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman |
Antara hadirin yang datang |
Kanak-kanak yang gembira dihiburkan oleh Hafiz Hamidun |
Antara isi ceramah Ustaz Zaharuddin yang saya dapat kongsikan di sini adalah:
❤️ Sedekah itu lambang keimanan pada Allah. Orang yang terlalu "attached" kepada hartanya bermaknanya hatinya ada penyakit
❤️ Petanda solat seseorang itu diterima adalah apabila dia mampu bersedekah & infak.
"Kembar siam" solat adalah sedekah wajib iaitu zakat - orang yang solat akan mampu utk bersedekah. Org yang tidak bersolat takkan mampu untuk bersedekah
Kita imbas kembali kisah 3 org yg tertinggal dari Perang Tabuk, mereka bertaubat tanpa henti hingga ada petanda diterima taubat itu dari Rasulullah SAW (ertinya sememangnya ada tanda-tanda taubat seseorang itu diterima)
Begitu juga tanda-tanda penerimaan solat adalah mencegah syahwat & mungkar . Andai seseorang itu melakukan juga kemungkaran, akan ada "instinct" utk dia bersegera kembali kepada Allah SWT.
Ustaz Zaharuddin juga menyebut," sesiapa yg akhirat menjadi tumpuan utama hidupnya, dia akan dapat merasa cukup dgn apa yang ada & mendapat ketenangan. Dunia akan dtg dlm keadaan ingin "serve" (atau berbakti) kepadanya". (Al-hadith)
Jika seseorang itu berbuat amal soleh kerana Allah, dan dapat pujian /ganjaran dr manusia dlm keadaan dia tidak mengharap, itulah hadiah dari Allah .
Sedekah yang diterima juga adalah sedekah yang tidak diungkit-ungkit, yg menyakitkan hati penerima. Atau contoh semalam seseorang itu bersedekah RM4000 ke Gaza, hari ini mendapat saman, kemudian dia menyebut "ala rugi derma semalam. Kalau tak derma, dah lepas dh byr saman". Itu juga termasuk dalam mengungkit-ungkit.
❤️ Kelebihan lain bersedekah adalah ia menjadi penyelamat kepada dunia & akhirat (Al-hadith: infaklah & jgn lontar kan dirimu dlm kebinasaan)
Orang yang suka bersedekah juga disebut sebagai orang muhsinin iaitu yang sentiasa ingin memperbaiki amalannya
❤️ Sedekah juga mampu menjauhkan kita dari kecelakaan & menyembuhkan penyakit
- ubatilah penyakit kamu dgn sedekah (fizikal & spiritual) -alhadith
Jagalah harta kamu dgn zakat (iaitu infak yg wajib)
❤️ Perbanyakkan infak, barakah akan dtg bertimbun-timbun.
Kisah seorang alim ulama besar, pada zaman kemarau kebunnya hampir kering. Dia nampak awan gelap, dia sangat gembira tapi sambil dia menunggu hujan, dia terdengar satu suara kecil, utk beritahu awan bergerak ke kebun si Fulan bin Fulan. Dia mengikut awan itu, hingga sampai ke kebun itu. Air hujan itu turun & terus diserap oleh tanah. Maka orang alim itu pergi berjumpa pemilik kebun itu & bertanya apa amalannya hingga awan diarahkan turun di kebunnya. Jawabnya, "hasil pertanianku ini 1/3 diinfak ke jalan Allah, 1/3 aku makan & 1/3 aku kembalikan kepada kebun ini utk memantapkannya." (Hadith riwayat Muslim)
Selesai sesi tazkirah dari Ustaz Zaharuddin, pihak sekolah Al-Amin juga menayangkan sebuah video yang disediakan untuk meraih lebih ramai penyumbang untuk mendirikan sekolah mereka ini, yang buat masa ini beroperasi di sebuah lot kedai. Sila klik disini untuk melihat video yang amat menyentuh hati ini.
VIDEO SEKOLAH AL-AMIN
Our son Umar featured in the school videoclip, in purple baju melayu :) |
Saya turut ingin menyeru pembaca untuk menyumbangkan seikhlas mungkin untuk membina sekolah yang bakal melahirkan pemimpin-pemimpin dan para hafiz ini . Setiap sen yang disumbangkan akan digunakan untuk membina bangunan sekolah yang akan digunakan bertahun-tahun, yang in shaa Allah menjanjikan amal jariah yang berpanjangan. Sumbangan boleh disalurkan kepada:
Tabung Dana Pembangunan Akademi Al-Amin(Bank Islam 1212 2010 0144 64)
Sebelum majlis berakhir, sebuah persembahan khas dari Puan Iman berkaitan Gaza yang sedang berdarah Ramadhan ini dipersembahkan, agar kita tidak berhenti menitipkan doa dan sumbangan kepada saudara-saudara kita di sana , di saat kita mewah diulit kesenangan di tanahair.
Alhamdulilah majlis berjalan dengan lancar, dan sehingga ke akhir majlis, hasil jualan tiket dan pledging daripada ibu bapa telah berjaya mengumpulkan RM100,000 daripada ibu bapa dan hadirin.
Semoga kita dapat meringankan tangan kita untuk menyumbang ke arah amal jariah ini, dan membantu pihak sekolah untuk mengumpulkan RM6 juta untuk membina sekolah yang selesa untuk para pelajarnya.
No comments:
Post a Comment