Forum "Ramadhan madrasah taqwa"sempena Ijtimak Ramadhan Ikram Selangor & Wilayah Persekutuan
Antara ahli panel yang dijemput adalah
Ustaz Dr Zahararuddin Abdul Rahman, Ustaz Dr Zahazan & Ustazah Maznah (Ketua Wanita Ikram )
Saya kongsikan di sini, semoga mendapat manfaat
✨Dr Zahazan ✨
Surah Al-Baqarah dalil pensyariatan puasa - ayat selepas Rasulullah Hijrah ke madinah
- ayat pertama Iqra' menyuruh manusia membaca dulu
- puasa hanya disyariatkan hanya selepas 13 tahun ++
- asas tamadun Islam adalah dgn ilmu. Iqra' : sifat muta'addi bukan sifat lazim
--> ketika ayat Surah Al-Baqarah ini turun umat Islam sudah bersedia utk menerima , berbanding ayat ttg arak yg diturunkan berperingkat2
--> umat dahulu puasa 30 hari, kemudian ada raja yg sakit dan bernazar utk puasa 35 hari, jadi dibundarkan kpd 40 hari. Kemudian ada pula yang mengubah puasa dari musim panas kpd musim bunga & ada yg tukar puasa pada waktu malam
Jadi puasa yg difardhukan adalah seperti yg asal difardhukan kpd umat terdahulu.
✨Dr Zaharuddin ✨
Taqwa sebagai KPI (key performance index) utk puasa.
Macamana nak merealisasikan taqwa itu & teruskan dlm bulan-bulan seterusnya?
Macamana nak pastikan kita tak munafik, bagus dalam Ramadan tapi teruk dalam bulan lain? Harapkan subsidi Ramadhan semata-mata (pahala yang berlipat ganda) Itu adalah tidak taqwa
Taqwa: pandai guna subsidi
Hadis: tiada siapa dapat mencapai tahap taqwa kecuali dia jadi org yg sentiasa "aware" & tidak terpijak perkara yang membawa dosa.
Taqwa: meningkatkan tahap penglihatan dalam hati (bukan mata yg buta tetapi pandangan hati yg buta)
Bukan target kita utk kekalkan amalan kita dari Ramadhan ini hingga Ramadan akan datang , tetapi Rasulullah kata amalan itu bergantung kpd penghujungnya. Cth sedekah yg di ungkit walaupun dh bertahun2 dulu diberi, dihapuskan pahalanya walaupun dahulunya sudah diterima
Untuk Istiqomah, ia bermula dr dalam
- harta dr dlm hati iaitu ILMU & AMAL
Utk Istiqomah:
1) mantapkan solat dahulu contoh sama seperti kita mendidik anak kita utk mantap solat dulu baru puasa
Pastikan solat kita solat yg diterima di sisi Allah
Al-hadis: Celakalah tumit2 di neraka: ertinya org yg ambil wudhu utk solat tetapi tidak sampai tumitnya.
--> tidak sah wudhu --> tidak sah solat
Ka'bain: buku lali yg tidak menghadap kita kdg tidak kena air. --> wudhu x sah
Perlu ada ilmu!
Ilmu tidak boleh di dapati dgn mudah - cth bukan dr Wikipedia, ceramah yg ada lawak jenaka.
Mesti ada ciri MUJAHADAH cth mee segera macam sedap tapi x bagus.
Malas pegi kuliah, nilai dtg dgr kuliah & dgr di YouTube tidak sama rahmahnya.
Jgn malas "physically" pergi kuliah.
Ambil course (kursus) - ada barakah dlm mencari ilmu, sedekah tenaga, sedekah petrol etc
Apabila solat mantap --> mencegah fahsha' & mungkar
Taqwa tidak mencipta manusia maksum tetapi mencipta org yg apabila melakukan maksiat cepat bertaubat & beristighfar kpd Allah
2) puasa mengajar kita mendidik fitrah kita tidak mendahului kehendak Allah.
Cth kita suka music tetapi tidak boleh melebihi dasar-dasar Allah contohnya hingga apabila disebut nama Allah dia menjadi jemu..
Tahan nafsu makan, minum, bersetubuh dgn suami hingga waktu berbuka kerana Allah sudah tetapkan begitu. Kita tidak "respond" kepada kehendak kita secara langsung tanpa mengikut ketentuan Allah
✨Ustazah Maznah✨
Rasulullah, para sahabat & salafussoleh sebagai "benchmark" penghayatan Ramadhan
1) Allah secara langsung mengaitkan Ramadhan & Al-Quran (bulan diturunkan Al-Quran)
Surah Al-Baqarah ayat 2: Kitab yg tiada keraguan & menjadi hidayah kepada org bertaqwa
Para sahabat mengutamakan Al-Quran
- Ramadhan persiapan bg menghayati & cuba mendapatkan hidayah dr Al-Quran
Mana lebih baik, baca sahaja atau tadabbur?
- bg mereka yg hafaz, dan mmg mempelajari Al-Quran sepanjang tahun, mmg mereka akan lebih byk membaca Al-Quran dlm Ramadhan
- tapi bagi kita yg tidak faham Al-Quran, sepanjang tahun tidak belajar Al-Quran bagaimana hendak menghayati Al-Quran kalau tidak tadabbur maksud ayat ?
Imam Shafiee khatam Al-Quran 60 kali setiap Ramadhan. 2 kali sehari semalam. Tetapi dlm bulan selain Ramadhan, beliau khatam Al-Quran setiap 7 hari, beliau membaca hanya di dalam solat.
Rasulullah larang khatam setiap 3 hari kalau jadi kebiasaan. Sebaiknya setiap 7 hari. Kecuali jika ada waktu @ tempat yg berkat spt di mekah atau sewaktu Ramadhan
2) qiyam para sahabat
Umat Islam solat terawih 8 rakaat dgn Surah Al-Baqarah. Jika ada yg solat 12 rakaat dgn satu Surah Al-Baqarah, dia dianggap meringan2 solat terawih
Soalan:
Iktikaf kalau di surau itu ada solat jumaat, boleh iktikaf. Kalau surau di kondo etc hanyalah musolla, tidak boleh iktikaf.
Jangka waktu: selama habis iqamah sahaja sependek2nya
✨Dr Zahazan✨
Solat, puasa & sedekah
Perumpamaan:
Solat sampaikan separuh perjalanan, puasa sampaikan kita ke pintu gerbang, sedekah itu menyampaikan kita hingga berjumpa dgn Raja.
Supaya org yg kaya dapat merasakan apa yg org miskin rasa
Puasa: peluang merasakan apa yg org miskin rasa
Org yg memberi makan orang berbuka, dpt pahala seperti org yg berpuasa tanpa dikurangkan sedikit pun
Seorang saintis Vincent Steele membuat observation di negara2 Islam dekat dgn Italy spt Tunisia, Algeria, semasa bln Ramadhan semua sgt baik tapi masuk 1 Syawal, semua berubah
Bila Allah beri kelebihan kpd kita, kita salur kan pada org lain
Apabila kira dianugerahkan Al-Quran, sbg tanda bersyukur hendaklah dia berbuat baik kpd org susah
✨Dr Zaharuddin ✨
Macamana nk tiru kejayaan Rasulullah & para sahabat dlm perang di bulan Ramadhan
Syarat:
1) pada diri org berjuang
a) punya keimanan pada Allah & hari akhirat yg tinggi.
Para sahabat menitis air mata bila dgr ttg neraka. Hanzalah RA rasa spt jadi org munafik bila dgr kuliah menangis tetapi bila balik rumah boleh senyum dgn ahli keluarga. Berjumpa Abu Bakar, juga setuju dgn pendapat itu lalu mereka berjumpa Rasulullah. Rasulullah kata kalau kamu mampu begini (menangis dgn takut kan neraka, sepanjang masa tanpa henti), maka Rasulullah kata kamu boleh berjabat tgn dgn malaikat (hakikatnya sifat manusia bukan begitu)
b) ikhlas - menapis kemuncup atau duri dlm daging.
Kisah kaum Nabi Musa (morale jauhi dosa)
Ada seorg ahli ibadah (bukan Islam) sgt benci dgn Nabi Musa & kaumnya. Dia nak mendoakan agar bala turun ke atas Nabi Musa & mereka (kaumnya) tetapi Allah gelincirkan lidahnya hingga tersebut (Nabi Musa & kami) tetapi yg makbul hanya bala ke atasnya & tidak kpd kaum Nabi musa . Hinggalah dia menyuruh wanita-wanita cantik utk menggoda kaum Nabi Musa. Semua gagal, cuma seorg yg berjaya hingga berlaku lah maksiat. Ketika itu doa ahli ibadah itu utk diturunkan bala kepada kaum Nabi Musa dimakbulkan.
Kita sbg ahli Ikram mesti seboleh mungkin menjauhi dosa
Sifat kebaikan di ulang2. Iqra' itu disebut tiga kali. Sebelum halaqah, ulang2 sifat kebaikan.
c) doa - pada setiap ketika bukan sekadar lepas solat
- Allah tak terima doa org yg lalai (tak faham dgn apa yg di minta) & org tak yakin dgn doanya
- jgn rasa tanggungjawab mendoakan Gaza terlepas hanya dgn menulis status di FB
- jgn perlekehkan sesuatu kebaikan hatta bermanis muka dgn saudara kita. Jgn perlekehkan doa kita.
- Allah menjawab doa org yg berdoa. Cth kita nk jumpa PM, kita yg kena pegi pada PM. Tapi bila kita berdoa, Allah yg akan dtg. Hebatnya doa.
d) kurangkan HIBURAN dlm hidup mereka
- kita adalah pendakwah , jgn campurkan hiburan dlm hidup.
2) Bantuan dr Allah, tentera yang tidak nampak, hanya apabila semua syarat di atas telah dipenuhi.
✨Ustzh maznah ✨
Keluarga dlm Ramadhan
- berlumba2 dlm melakukan kebaikan. Mesti kejar mengejar dlm menuju kebaikan, tidak perlu tunggu menunggu
- manusia diciptakan dr satu, tidak Allah pandang sama ada kita wanita atau lelaki, bangsa apa etc utk mencapai taqwa.
- Ramadhan peluang utk wanita merebut pahala : sediakan makanan berbuka & sahur, infak dr bulan Syawal lagi utk Ramadan akan dtg.
Sahur: malaikat berselawat ke atas org yg bersahur. Kita bangun dulu sediakan sahur, kemudian kejutkan org lain, kita dpt pahala utk semua org yg kita bangunkan.
Salafussoleh bukan sahaja mendidik ahli keluarga, tetapi juga pembantu Rumah mereka.
Sekian, harap bermanfaat buat saya & anda
(Foto ihsan FB page IKRAM)
ilmu yg bermanfaat..
ReplyDelete