Tuesday 15 July 2014

Sedekah & Ramadhan

Alhamdulillah hari ini 16/7/14 UiTM ada menganjurkan sebuah ceramah sedekah & zakat yang disampaikan oleh Ustaz dari Lembaga Zakat Selangor. 

In shaa Allah saya share apa yang saya dapat ya. Saya pun tak pandai bab zakat ni sedangkan ini adalah kewajipan setiap individu Muslim .


Zakat 
- dari perkataan zaka -suci, bersih, membiak, subur 
- Doa Amil (pengutip zakat) "ajarakallah ma 'a'taita" -semoga Alllah mengganjari atas apa yg diberikan (doa kamu itu menenangkan hati mereka) - minta amil doakan kita yg berzakat kerana doa amil itu makbul in shaa Allah 

- zakat EPF, ada fatwa kata lepas keluar terus bayar. Ada yg kata keluarkan, lepas setahun zakatkan yg berbaki -masa ni Ustaz share pengalaman hilang duit sbb tak bayar zakat KWSP, dan beliau dihantui oleh duit yg hilang itu, sampai tak boleh lupa. Hinggalah beliau bayar zakat KWSP beliau yg berjumlah RM600. 

- Saidina Umar: hisab diri kamu sebelum kamu dihisabkan. 

Zakat ada 2 jenis:
1)Zakat fitrah 

2)Zakat harta (zakatul mal) -terdapat 9 jenis zakat pada zaman Nabi Muhammad SAW, antaranya 
- emas perak 
- pertanian 
- penternakan 
- galian 
- perniagaan

Jenis-jenis zakat sekarang contohnya 
- zakat pelaburan 
- zakat KWSP - zakat wang

Zakat Pendapatan 

Dalam Al-Quran Surah Al-Baqarah ayat 267 - zakatkan apa yg kamu usahakan dgn tangan kamu (umum)

Petani dapat RM5000 setahun , doktor pakar Bedah neurologi dpt RM20,000 satu operation. Semua kena byr zakat 

Collection zakat selangor RM517 juta 2013
- Asnaf selangor maximum dpt RM1000 utk sambut raya (minimum RM500) 

Zakat Pendapatan lebih banyak maslahah lebih daripada mudharat jadi kerana itu diteruskan walaupun dalam Al-Quran tiada sebut secara spesifik. 

Apakah yang dikira sebagai pendapatan : 
1) Gaji termasuk elaun/bonus, 
2) Gumber bukan penggajian/ pendapatan sampingan : locum, jual burger , MLM, biz online etc. 
3) Pendapatan dr sumber sewaan: rumah/ kenderaan/ tanah/ lesen kontraktor 
4) Pendapatan bukan berasas dr pekerjaan cth pusaka , hadiah saguhati, duit upah dr pasangan sbb tidak bekerja, duit sumbangan dr anak-anak kpd ibu bapa. 

Kaedah bayar zakat:
- potong gaji
- manual 

Berapa zakat perlu kena bayar? 

Ada 3 kaedah kiraan: 
Contoh Professor Y

❤️ 1) Tanpa tolakan 

Y (yield) = 
Gaji RM5000 x 12 = RM60,000
Bonus 2 bulan = RM10,000
Rumah sewa= RM1000 x12= RM12,000
Pusaka = RM10,000
Pendapatan sampingan cth jual burger = RM500 X 12 = RM6000 

Total RM 98,000
Cth genapkan RM100,000

Tanpa tolakan = x 2.5% = RM2500 setahun 
(=1/40 dari harta)

❤️ 2) Tolakan had Al-kifayah (had minimum kecukupan) - Consumption (C)

Contoh  suami isteri & anak, perlu at least RM10,000 setahun 

Had ini telah ditentukan oleh pihak Lembaga zakat seorg boleh tolak iaitu 
- diri sendiri RM10,750
- isteri RM5000 (suami bukan tanggungan , jadi isteri tidak boleh tolak atas kiraan ) 
- anak/ tanggungan 18 tahun ke atas RM2800 seorang 
- anak / tanggungan 7-17 tahun RM2200 seorang  
- anak 0-6 tahun RM1450 seorang 
-Anak kurang upaya/sakit kronik tambah RM2400 per org , klu perlu hantar ke Rumah org kaji utk di jaga, RM2300 seorg 
-KWSP yg dicarum
- caruman Tabung haji 
- carum dlm saham yg mmg membayar zakat cth saham bank Rakyat 
Bolehkah isteri tolak tanggungan anak-anak? Boleh , sebaiknya separuh cth anak ada 4 org, isteri potong tanggungan utk 2 orang anak. 

Cth professor Y
Perbelanjaan yg ditolak 
- diri sendiri 10750
- 2 isteri 10,000
- Anak remaja 2 5600
- Anak Sekolah 4 5800
- baby 2 4600
Total RM45,550

Tolak Y - C = 54450 x 2.5% 
= RM1361.25

❤️ 3) tolakan penggunaan sebenar iaitu berapa yang betul-betul kita guna daripada: 

Makanan 
Pakaian 
Tempat tinggal 
Pengangkutan
Pendidikan 
Perubatan 

Note: tapi jangan ambil kesempatan! Bayar ikut kiraan pertama yang terbaik, kemudian yg kedua & seterusnya. Ustaz pesan, jangan pula kita sekeluarga makan KFC 14 kali sebulan, kemudian mengaku jadi miskin (dan jadi asnaf) sebab keperluan melebihi pendapatan 

Zakat emas

Emas terbahagi 2 iaitu: 

1) Emas yg dipakai (perhiasan) 
- kalau dipakai walaupun beberapa jam dlm setahun 
- zakat apabila  melebihi uruf (adat kebiasaan setempat) - 800g di selangor 
- asingkan yg berbatu & tak berbatu = emas tak berbatu ditimbang 1000g cth. 
Berbatu ditimbang 1000g = anggarkan sahaja 500g emas
Yg wajib zakat = 1500g - 800g = 700g x 135g x 2.5% 

2) Emas yg disimpan 
- emas tidak dipakai 
- emas jongkong etc
Perlu bayar zakat apabila berat mencapai 85g ke atas x RM135 (harga emas semasa utk 1gram) x 2.5% 

Lelaki pakai emas perhiasan? Wajib zakat emasnya tanpa urufnya (> 85g)  tetapi hukum pakai emas itu tetap haram. 

Pesanan terakhir Ustaz tadi: 
Pada bulan Ramadhan ini, zakat RM1000 = RM70,000 di sisi Allah kerana pahala diganda 70,000 kali.  Kalau nk boleh zakat RM70,000 kena income RM3juta. Tapi dalam bulan Ramadhan boleh dpt pahala sebanyak itu, in shaa Allah. 

Nota draisyahafiz: 
Saya ingin menyeru para pembaca agar menyalurkan zakat anda ke Majlis Agama Islam Perlis yang telah membuat usaha sama dgn Sekolah Al-Amin, bahawa 60% daripada zakat yang dibayar, akan disalurkan semula kepada pihak sekolah untuk membina Sekolah mereka. Jadi anda mendapat 2 pahala iaitu pahala zakat & juga jariah in shaa Allah 

Tabung Dana Pembangunan Akademi Al-Amin(Bank Islam 1212 2010 0144 64)

(Klik di sini untuk video sekolah Al-Amin)

Atau boleh hubungi saya di 0122979270 (SMS atau whatsapp) untuk keterangan lanjut in shaa Allah. 

No comments:

Post a Comment