Saturday 29 November 2014

Apakah "benchmark" kita dalam mendidik anak hari ini? Mahukah kita melahirkan anak sehebat "GHULAM"?

Hari ini 29 November 2014, saya telah mendapat undangan majlis aqiqah anak sahabat lama saya iaitu Dr Fahd Adeeb. Kami berkawan sejakk matrikulasi di UKM Bangi lagi pada tahun 1998, dan sama-sama terbang ke Ireland untuk menyambung pengajian dalam bidang perubatan pada tahun 1999, bersama 26 orang pelajar yang lain. 
Kali terakhir saya bertemu Dr Fahd ini adalah kira-kira sepuluh tahun dahulu. Kini beliau pun sudah berumahtangga dan dikurniakan seorang anak lelaki yang sangat comel, ma shaa Allah. 2 hari sebelumnya saya bertugas di PWTC sempena Perhimpunan Agung UMNO sebagai staff perubatan, jadi belum hilang letih bertugas itu. Hati berkira-kira ingin membatalkan perancangan ini, memandangkan jalan jem di sana sini, langit sudah mulai hujan, dan rumahnya juga agak jauh, kira-kira sejam perjalanan dari rumah saya. 
Namun Alhamdulillah anak-anak saya ada pula yang mahu menemani saya. Jadi saya gagahkan jua mengharung perjalanan, walaupun dalam perjalanan berkira-kira juga untuk berpatah balik apabila jalan jem. Mujur Dina tidur, jadi saya kasihankan dia dan meneruskan pemanduan. 
Tiba di majlis itu, tetamu sudah beransur pulang. Jam pun sudah menunjukkan pukul 4 petang, namun kami tetap disambut dengan sangat mesra. Kakak Fahd yang cantik turut menyapa, dan saya tegur beliau, "macam Farah Deeba". Beliau senyum dan jawab , " memang saya". Lucu saya terus bertanya, "Farah Deeba yang dalam TV tu?" Beliau tergelak dan mengangguk. Alahai tak kenal pula saya (malu betul!) Mujur Kak Farah sangat humble, dan tidak marah langsung. 
Selesai melayan anak-anak makan, Kak Farah datang memanggil semua hadirin untuk masuk ke dalam rumah untuk sesi tazkirah. Pandai cara beliau mempelawa, katanya "marilah, relax and easy sharing je, setengah jam je. Very nice, memang untuk ibu bapa ." Saya pun ikut masuk.
Saya kurang pasti nama ustaz ini tetapi ma shaa Allah pengisiannya cukup mantap dan menyentuh hati. Saya kongsikan di sini, sumber hadith ini saya dapat dari Dakwah Info dan saya selitkan pengajaran dari hadith ini yang dikongsikan oleh ustaz tadi: 


***************************************************************************************************************
Hadith ini merupakan sebuah hadith yang menerangkan permulaan sebuah kisah yang Allah swt. selitkan episod akhirnya di dalam Surah al-Buruj ayat 3 hingga 12. Sebuah kisah pembantaian orang beriman yang mengimani kebenaran yang dibawa oleh seorang pemuda. 
وَعَنْ صُهَيْبٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلّى اللهُ عَلَيْهِ وسَلَّم قَالَ : « كَانَ مَلِكٌ فيِمَنْ كَانَ قبْلَكُمْ، وَكَانَ لَهُ سَاحِرٌ ، فَلَمَّا كَبِرَ قَالَ لِلْمَلِك : إِنِّي قَدْ كَبِرْتُ فَابعَثْ إِلَيَّ غُلاَماً أُعَلِّمْهُ السِّحْرَ ، فَبَعَثَ إِلَيْهِ غُلاَماً يعَلِّمُهُ ، وَكَانَ في طَريقِهِ إِذَا سَلَكَ رَاهِبٌ، فَقَعَدَ إِلَيْهِ وَسَمِعَ كَلاَمهُ فأَعْجَبهُ ، وَكَانَ إِذَا أَتَى السَّاحِرَ مَرَّ بالرَّاهِب وَقَعَدَ إِلَيْه ، فَإِذَا أَتَى السَّاحِرَ ضَرَبَهُ ، فَشَكَا ذَلِكَ إِلَى الرَّاهِبِ فقال : إِذَا خَشِيتَ السَّاحِر فَقُلْ : حبَسَنِي أَهْلي ، وَإِذَا خَشِيتَ أَهْلَكَ فَقُلْ: حَبَسَنِي السَّاحرُ .
فَبيْنَمَا هُو عَلَى ذَلِكَ إذْ أتَى عَلَى دابَّةٍ عظِيمَة قدْ حَبَسَت النَّاس فقال : اليوْمَ أعْلَمُ السَّاحِرُ أفْضَل أم الرَّاهبُ أفْضلَ ؟ فأخَذَ حجَراً فقالَ : اللهُمَّ إنْ كان أمْرُ الرَّاهب أحَبَّ إلَيْكَ مِنْ أَمْرِ السَّاحِرِ فاقتُلْ هَذِهِ الدَّابَّة حتَّى يمْضِيَ النَّاسُ ، فرَماها فقتَلَها ومَضى النَّاسُ، فأتَى الرَّاهب فأخبَرهُ . فقال لهُ الرَّاهبُ : أىْ بُنيَّ أَنْتَ اليوْمَ أفْضلُ منِّي ، قدْ بلَغَ مِنْ أمْركَ مَا أَرَى ، وإِنَّكَ ستُبْتَلَى ، فإنِ ابْتُليتَ فَلاَ تدُلَّ عليَّ ، وكانَ الغُلامُ يبْرئُ الأكْمةَ والأبرصَ ، ويدَاوي النَّاس مِنْ سائِرِ الأدوَاءِ . فَسَمعَ جلِيسٌ للملِكِ كانَ قدْ عمِىَ، فأتَاهُ بهداياَ كثيرَةٍ فقال : ما ههُنَا لك أجْمَعُ إنْ أنْتَ شفَيْتني ، فقال إنِّي لا أشفِي أحَداً، إِنَّمَا يشْفِي الله تعَالى، فإنْ آمنْتَ بِاللَّهِ تعَالَى دعوْتُ الله فشَفاكَ ، فآمَنَ باللَّه تعَالى فشفَاهُ اللَّهُ تَعَالَى ، فأتَى المَلِكَ فجَلَس إليْهِ كما كانَ يجْلِسُ فقالَ لَهُ المَلكُ : منْ ردَّ علَيْك بصَرك؟ قال : ربِّي . قَالَ: ولكَ ربٌّ غيْرِي ؟، قَالَ : رَبِّي وربُّكَ الله ، فأَخَذَهُ فلَمْ يزلْ يُعذِّبُهُ حتَّى دلَّ عَلَى الغُلاَمِ فجئَ بِالغُلاَمِ ، فقال لهُ المَلكُ : أىْ بُنَيَّ قدْ بَلَغَ منْ سِحْرِك مَا تبْرئُ الأكمَهَ والأبرَصَ وتَفْعلُ وَتفْعَلُ فقالَ : إِنَّي لا أشْفي أَحَداً ، إنَّما يشْفي الله تَعَالَى، فأخَذَهُ فَلَمْ يزَلْ يعذِّبُهُ حتَّى دلَّ عَلَى الرَّاهبِ ، فجِئ بالرَّاهِبِ فقيل لَهُ : ارجَعْ عنْ دِينكَ، فأبَى ، فدَعا بالمنْشَار فوُضِع المنْشَارُ في مفْرقِ رأْسِهِ، فشقَّهُ حتَّى وقَعَ شقَّاهُ ، ثُمَّ جِئ بجَلِيسِ المَلكِ فقِلَ لَهُ : ارجِعْ عنْ دينِكَ فأبَى ، فوُضِعَ المنْشَارُ في مفْرِقِ رَأسِهِ ، فشقَّهُ به حتَّى وقَع شقَّاهُ ، ثُمَّ جئ بالغُلامِ فقِيل لَهُ : ارجِعْ عنْ دينِكَ ، فأبَى ، فدَفعَهُ إِلَى نَفَرٍ منْ أصْحابِهِ فقال : اذهبُوا بِهِ إِلَى جبَلِ كَذَا وكذَا فاصعدُوا بِهِ الجبلَ ، فـإذَا بلغتُمْ ذروتهُ فإنْ رجعَ عنْ دينِهِ وإِلاَّ فاطرَحوهُ فذهبُوا به فصعدُوا بهِ الجَبَل فقال : اللَّهُمَّ اكفنِيهمْ بمَا شئْت ، فرجَف بِهمُ الجَبَلُ فسَقطُوا ، وجَاءَ يمْشي إِلَى المَلِكِ ، فقالَ لَهُ المَلكُ : ما فَعَلَ أَصحَابكَ ؟ فقالَ : كفانيهِمُ الله تعالَى ، فدفعَهُ إِلَى نَفَرَ منْ أصْحَابِهِ فقال : اذهبُوا بِهِ فاحملُوه في قُرقُور وَتَوسَّطُوا بِهِ البحْرَ ، فإنْ رَجَعَ عنْ دينِهِ وإلاَّ فَاقْذفُوهُ ، فذَهبُوا بِهِ فقال : اللَّهُمَّ اكفنِيهمْ بمَا شِئْت ، فانكَفَأَتْ بِهِمُ السَّفينةُ فغرِقوا ، وجَاءَ يمْشِي إِلَى المَلِك . فقالَ لَهُ الملِكُ : ما فَعَلَ أَصحَابكَ ؟ فقال : كفانِيهمُ الله تعالَى . فقالَ للمَلِكِ إنَّك لسْتَ بقَاتِلِي حتَّى تفْعلَ ما آمُركَ بِهِ . قال : ما هُوَ ؟ قال : تجْمَعُ النَّاس في صَعيدٍ واحدٍ ، وتصلُبُني عَلَى جذْعٍ ، ثُمَّ خُذ سهْماً مِنْ كنَانتِي ، ثُمَّ ضعِ السَّهْمِ في كَبدِ القَوْسِ ثُمَّ قُل : بسْمِ اللَّهِ ربِّ الغُلاَمِ ثُمَّ ارمِنِي ، فإنَّكَ إذَا فَعَلْتَ ذَلِكَ قَتَلْتنِي . فجَمَع النَّاس في صَعيدٍ واحِدٍ ، وصلَبَهُ عَلَى جذْعٍ ، ثُمَّ أَخَذَ سهْماً منْ كنَانَتِهِ ، ثُمَّ وضَعَ السَّهمَ في كبِدِ القَوْسِ، ثُمَّ قَالَ : بِسْم اللَّهِ رَبِّ الغُلامِ ، ثُمَّ رمَاهُ فَوقَعَ السَّهمُ في صُدْغِهِ ، فَوضَعَ يدَهُ في صُدْغِهِ فمَاتَ . فقَالَ النَّاسُ : آمَنَّا بِرَبِّ الغُلاَمِ ، فَأُتِىَ المَلكُ فَقِيلُ لَهُ : أَرَأَيْت ما كُنْت تحْذَر قَدْ وَاللَّه نَزَلَ بِك حَذرُكَ . قدْ آمنَ النَّاسُ . فأَمَرَ بِالأخدُودِ بأفْوَاهِ السِّكك فخُدَّتَ وَأضْرِمَ فِيها النيرانُ وقالَ : مَنْ لَمْ يرْجَعْ عنْ دينِهِ فأقْحمُوهُ فِيهَا أوْ قيلَ لَهُ : اقْتَحمْ ، ففعَلُوا حتَّى جَاءتِ امرَأَةٌ ومعَهَا صَبِيٌّ لهَا ، فَتقَاعَسَت أنْ تَقعَ فِيهَا ، فقال لَهَا الغُلاَمُ : يا أمَّاهْ اصبِرِي فَإِنَّكَ عَلَي الحَقِّ » روَاهُ مُسْلَمٌ .
« ذرْوةُ الجَبلِ » : أعْلاهُ ، وَهي بكَسْر الذَّال المعْجمَة وضمها و « القُرْقورُ » بضَمِّ القَافَيْن : نوْعٌ منْ السُّفُن و « الصَّعِيدُ » هُنا : الأرضُ البارزَةُ و «الأخْدُودُ»: الشُّقوقُ في الأرْضِ كالنَّهْرِ الصَّغيرِ و « أُضرِمَ » أوقدَ « وانكفَأَت» أي : انقلبَتْ و « تقاعسَت » توقَّفتْ وجبُنتْ .
 Dari Suhaib bahawa Rasulullah saw. pernah bercerita:
Di zaman sebelum kamu dahulu ada seorang raja yang mempunyai seorang tukang sihir. Bila tukang sihir tersebut merasa dirinya telah tua, dia berkata kepada raja tersebut, “Aku telah tua. Carilah seorang budak (yang paling cerdik) 1 yang boleh aku ajarkan kepadanya sihirku”. Lalu dicari seorang budak dan tukang sihir tersebut mengajarkan kepadanya ilmu sihirnya.
Morale: 
1) Orang sesat (ahli sihir) pun tahu dia akan mati
2) Orang sesat pun mahukan barisan pelapis untuk diturunkan ilmu, apatah lagi kita yang beriman in shaa Allah
3) Kanak-kanak  atau budak dipilih untuk menjadi pewaris ilmu kerana akalnya yang suci, mudah menerima ilmu, tenaga yang masih kuat dan usianya masih panjang, berbanding dengan orang dewasa.
Di pertengahan jalan menuju ke tempat belajarnya, terdapat seorang rahib. Budak tersebut telah duduk sebentar mendengar ajaran rahib tersebut dan merasa seronok dengannya. Selepas kali tersebut, setiap kali melalui tempat rahib, budak tersebut akan berhenti dan mendengar ajarannya. Akhirnya bila tiba kepada tukang sihir, ia dipukul (kerana terlambat). Lalu ia mengadu kepada rahib. Rahib berkata kepadanya:
“Jika kamu takutkan tukang sihir, katakan kepadanya bahawa ibu bapaku menahanku (di rumah), jika kamu takutkan ibu bapamu (kerana lewat pulang), katakan kepada mereka berdua bahawa tukang sihir telah menahanku.”
Morale:
1) Budak yang hatinya bersih, akan tertarik dengan orang yang berhati bersih juga iaitu rahib yang beriman itu.
2) Budak itu bercerita dengan rahib yang dia dipukul, bukan bercerita dengan ibunya, kerana beliau lebih percaya kepada rahib tersebut. 
3) Dibolehkan untuk berbohong dalam keadaan ini kerana jika tidak berbohong, mudharat baginya adalah besar.
Waktu berlalu dan pada suatu hari budak tersebut telah bertemu dengan seekor binatang besar (singa)* yang menghalang laluan orang ramai. Budak tersebut berkata di dalam hatinya,
“Pada hari ini aku akan tahu siapakah yang lebih hebat, tukang sihir atau rahib”.
Lalu diambilnya seketul batu dan dibaca:
“Ya Tuhan, jika sekiranya rahib lebih engkau cintai dari tukang sihir, maka bunuhlah binatang ini dan berilah laluan kepada orang lain.”
Lalu dilontar batu tersebut dan binatang tersebut pun mati. (Orang ramai sangat kagum dengan budak tersebut dan mengatakan dia mempunyai ilmu yang kita semua tidak mengetahuinya)*.
Perkara tersebut diceritakan kepada rahib. Rahib berkata padanya;
“Engkau pada hari ini telah menjadi lebih hebat dariku. Engkau telah sampai ke peringkat yang aku dapat lihat sekarang. Tapi ingat, Engkau nanti akan diuji. Apabila engkau diuji oleh Allah, maka jangan sekali-kali engkau memberitahu tentangku.”
Morale:
1) Keikhlasan rahib itu nengajar ilmu kepada budak terpancar jelas kerana tiada langsung rasa cemburu kerana anak muridnya lebih bagus dari dirinya. Inilah asas ilmu yang membuahkan hasil kelak 
Budak tersebut berjaya mengubat penyakit kusta dan sopak. Dia juga dapat mengubat semua penyakit yang dihidapi oleh orang ramai.Suatu ketika seorang yang dekat dengan raja (menteri) telah terkena satu penyakit sehingga buta matanya. Apabila mendengar tentang kehebatan budak tersebut dia telah membawa hadiah yang banyak. Dia berkata kepada budak tersebut; semua ini untukmu jika engkau dapat menyembuhkan mataku.
Budak berkata kepadanya:
“Aku tidak mampu menyembuhkan sesiapa. Hanya Allah yang dapat menyembuhkan. Jika engkau beriman dan percaya kepada Allah, aku akan berdoa dan Allah akan menyembuhkan penyakitmu.”
Lalu si pembesar buta tersebut percaya dan beriman kepada Allah. Budak tersebut mendoakan untuknya dan matanya pun sembuh seperti sediakala.
Morale:
1) Budak itu sudah sangat percaya dengan Allah & melakukan segalanya untuk Allah, demi Allah semata-mata. Beliau tidak mahu harta dunia dan beliau menolak hadiah yang dibawa oleh menteri tadi.
2) Andai kita melakukan sesuatu kerana Allah semata-mata, dunia akan datang kepada kita dengan sebanyak-banyaknya. 
3) Budak faham peranan beliau adalah sebagai pendakwah, dan berdakwah kepada menteri itu adalah lebih penting daripada hadiah yang ditawarkan. 
Pembesar tersebut datang seperti biasa kepada raja. Raja terkejut dan bertanya kepadanya; Siapa yang mengembalikan penglihatanmu? Kata pembesar tersebut: Tuhanku. Raja sangat marah dan mengatakan: Ada ke tuhan lain selain dariku?? Lalu pembesar tersebut ditangkap dan disiksa hingga dia pun membongkarkan ajaran budak tersebut. Budak tersebut dibawa kepada raja lalu raja bertanya: “Aku telah mengetahui kehebatanmu, sekarang kamu dapat menyembuhkan penyakit itu dan ini dan dapat melakukan itu dan ini”.
Lalu budak itu menjawab,
“Aku tidak dapat menyembuhkan sesiapa. Hanya yang dapat menyembuhkan ialah Allah.”
Lalu ia pun ditangkap dan terus di siksa sehinggalah ia pun membongkarkan rahsia rahib (kerana tidak tahan dengan siksaan).
Lalu rahib pun ditangkap. Ia diarahkan supaya meninggalkan agamanya tetapi rahib menolak. Lalu dibawa gergaji dan diletakkan di atas kepalanya dan digergaji, tubuhnya terbelah dua dan keduanya melerai jatuh ke bumi.
Morale:
1) Kuatnya keimanan seseorang itu kepada Allah, hingga tidak takut ancaman dibunuh oleh orang yang zalim. 
2) Rahib itu digergaji di hadapan budak itu, dengan harapan menakutkannya apabila melihat gurunya mati, namun keimanan yang tinggi menyebabkan budak itu tidak gentar
Budak tersebut lalu dibawa lagi kepada raja. Raja berkata, “Balik semula kepada agama asalmu”. Budak menolak lalu raja memanggil sebahagian dari kumpulannya dan dikatakan kepada mereka: Bawa budak ini ke bukit sekian-sekian dan jika sekiranya ia tetap enggan, campakkan dan atas bukit tersebut. Lalu mereka membawanya ke atas bukit. Tiba di sana, budak berdoa kepada Allah:
اللَّهُمَّ اكفنِيهمْ بمَا شئْت
Ya Allah, tolonglah aku dengan cara yang engkau kehendaki.
Tiba-tiba bukit bergegar dan jatuh kesemua orang-orang raja tersebut. Budak balik berjalan kepada raja. Raja bertanya; Mana dia kawan-kawanku? jawab budak: Allah telah menolongku menghadapi mereka. 
Lalu raja memanggil sebahagian lagi kumpulannya dan berkata: Bawa budak ini ke tengah laut. Jika ia enggan, campakkan dia ke dalam laut.
Bila tiba di tengah laut, budak tersebut berdoa dengan doa yang sama. Tiba-tiba perahu tenggelam dan semua kumpulan raja mati lemas. Budak balik semula kepada raja. Raja terkejut dan bertanya: Mana kawan-kawanku? Jawab budak: Allah telah menolongku menghadapi mereka.
Morale:
1) Budak memohon doa kepada Allah untuk menyelamatkannya, tetapi berserah dengan cara bagaimana Allah akan lakukannya
2) Budak tidak angkuh apabila kembali pulang menghadap raja, dengan mengatakan kehebatannya yang menyebabkan beliau bebas, tetapi beliau kembalikan kepada Allah
3) Mengapa budak tetap kembali kepada raja walaupun tahu raja akan membunuhnya? Kerana beliau tidak takut dengan selain Allah & beliau mengidamkan syurga. Kematian baginya hanyalah cara untuk beliau ke syurga Allah. 
Lalu budak tersebut berkata kepada raja: Kamu tidak mungkin akan dapat membunuhku sehinggalah kamu menurut apa yang aku minta. Tanya raja: Apa dia? Kata budak: Engkau kumpulkan semua orang ramai di satu padang, kamu ikatkan aku di pohon kurma. Kemudian engkau ambil satu dan panahku dan letakkan panah tersebut pada busurnya. Kemudian engkau baca:
Dengan nama Allah, tuhan budak ini.
Kemudian engkau panahlah aku. Kalau engkau melakukan begitu, kamu akan dapat membunuhku.
Lalu raja pun mengumpulkan orang ramai di satu padang. Budak itupun diikat pada sebatang pohon kurma. Kemudian diambil satu panah dan diletakkan pada busurnya. Lalu raja membaca: Dengan nama Allah, tuhan budak ini dan terus dipanahnya. Panah tersebut mengenai bawah telinganya. Perlahan-lahan budak meletakkan tangannya pada tempat panah tersebut dan terus meninggal dunia.
Morale:
Budak ini mengajarkan raja cara untuk membunuhnya di hadapan khalayak ramai untuk:
1) menunjukkan kepada orang ramai bahawa raja ini adalah raja yang zalim, mengaku dirinya tuhan tetapi membunuh seorang budak
2) memberitahu kepada orang ramai bahawa ada tuhan yang sebenar selain raja mereka (dengan harapan menjadi usaha dakwah baginya)
(Tiba-tiba orang ramai berkata: Budak ini mengetahui perkara yang kita tidak ketahui.)* “Kami percaya kepada tuhan budak ini”.
Raja menjadi kelam kabut dan dikatakan kepadanya, “Apakah tuanku tidak melihat apa yang tuanku takuti. Sesungguhnya, Demi Allah! Ia telah menimpa tuanku. Orang ramai telah semuanya beriman.”
Lalu raja menyuruh digali parit-parit di laluan-laluan orang ramai dan dinyalakan api di dalamnya. Sesiapa yang lalu akan diarahkan supaya kembali semula kepada agama asal. Jika tidak akan dicampakkan ke dalam parit tersebut.
Lalulah seorang wanita dengan seorang anak kecilnya (bayi). Wanita tersebut gementar takut dicampakkan ke dalam api tersebut. Tiba-tiba bayinya bercakap dan berkata kepada ibunya:
Wahai ibu, sabarlah, engkau berada di atas kebenaran !
Morale:
Seluruh penduduk bandar memilih untuk terjun ke dalam api walaupun mereka baru sahaja beriman, kerana mereka enggan kufur kepada Allah. Hanya dengan melalui seorang budak dan seorang guru, seluruh penduduk bandar menjadi beriman dengan keimanan yang benar-benar mantap,hasil keikhlasan seorang guru mengajar muridnya, dan keikhlasan murid itu melakukan segalanya demi Allah semata-mata. 
Hadis Riwayat Muslim (No.5327 Kitab Zuhud dan Raqa’iq) Tarmizi (No. 3263 Kitab Tafseer Al-Quran) dan Imam Ahmad. Hadis di sebutkan oleh Imam An-Nawawi dalam Kitab Riyadhus-Solihin di bawah Bab Sabar.
Di akhir riwayat, Imam Tarmizi menyatakan bahawa: Budak tersebut kemudiannya dikebumikan.Pada zaman Saiyidina Omar r.a. telah ditemui mayatnya dalam keadaan tangannya masih diletakkan pada bawah telinganya yang masih luka. ALLAHUAKBAR!!
**************************************************************************************************************
Begitulah pengisian yang sangat baik yang dapat saya kongsikan di sini. Banyak yang dapat kita pelajari, Pesanan Ustaz ini adalah, manusia yang akan paling menyesal di dalan kubur nanti adalah mereka yang mana anak mereka tidak menjadi anak yang soleh. Tinggal di dalam kubur yang sempit dan gelap, tiada yang mengirimkan doa dan amalan baik buat ibu bapa. 
Anak-anak adalah milik Allah, dan kita tidak boleh memperlakukan dan mendidik mereka mengikut sewenang-wenangnya. Harta dan anak adalah fitnah iaitu ujian. Ustaz berpesan, jangan terlalu seronok apabila dikurniakan anak, kerana cara kita mendidik anak itu, sama ada semata-mata untuk Allah atau tidak, itulah merupakan ujian yang sebenar. 
Andai anak dari awal sudah disemai dengan ilmu makrifatullah, ilmu Al-Quran, in shaa Allah segala ilmu yang lain akan dapat dikuasai. Tetapi andai sudah dipenuhi dengan ilmu keduniaan semata, apabila sudah tua baru ingin menimba ilmu akhirat, takut-takut tidak masuk ilmu itu, atau masuk seketika sebelum keluar semula dari hati. Nauzubillahiminzalik...
Allahu Alam . 

Bergambar kenangan bersama kak Farah Deeba. Jazakillah kak jemput kami join tazkirah :) 

No comments:

Post a Comment