Monday, 21 November 2022

Pengalaman menjadi ejen tempat mengundi PRU 15

Alhamdulillah pada jam 4 petang, 19 November 2022, saya selesai bertugas sebagai ejen tempat mengundi untuk Pilihanraya Umum ke 15.

Setakat pukul 2.45 petang, 400 pengundi daripada 699 yang tersenarai sudah mengundi di saluran orang muda.

Yang beratur pun berpuluh-puluh lagi.

Nak minum pun hampir tak sempat tadi. 

Ada yang baru accident, bertongkat, minta mengundi di bawah.

Ada yang dukung aak, beratur berjam-jam.

Ada yang tangan menggigil nak celup dakwat.

Ada yang confuse, nak bagi kertas undi kat kami, PACA ni.

Kelakar pun ada, but mostly I'm immensely proud. 

Saya nak kongsikan, nak tahu tak cerita paling kelakar jadi ejen tempat mengundi ?

Ada lah seorang pengundi muda ni.

Saluran saya saluran 6, untuk pengundi-pengundi lahir tahun 1996 hingga 2004.

Semua muda-muda.

Masuk seorang wanita muda ni.

Tinggi lampai, langsing.

Punyalah cantik, pakai dress. Sampai saya pun terpandang dua kali.

Jelas kelihatan ini pertama kali beliau nak mengundi. Nak celup jari dalam dakwat kekal pun agak gelabah. 

Selepas dapat kertas undi, beliau tanya kami, nak undi di mana.

Saya pun tunjuk, "Pergi pangkah di kotak, dik."

Ketua Tempat Mengundi (KTM) kami perhati je beliau.

Tak lama kemudian, sedang kami sibuk semak nama pengundi lain, tiba-tiba wanita itu angkat kepala dari tempat mengundi.

KTM pandang beliau.

Beliau kata,"Encik, dakwat kat jari tu tak lekat lah kat kertas undi. Tak boleh."

KTM pun jawab, "Pangkah pakai pen, Cik."

Wanita pun tunduk balik dalam kotak mengundi.

Kemudian KTM pandang saya, saya pandang KTM. Masing-masing tahan nak gelak.

Kepala wanita tu muncul balik, sambil beliau kata, "Ooooh!".

Selesai wanita tu mengundi dan masukkan kertas undi dalam kotak undi, beliau ucap terima kasih dan keluar.

Ada ahli keluarga beliau tunggu di luar bilik darjah.

Tak lama lepas tu saya dengar mereka ketawa berdekah-dekah.

Saya pun tumpang gelak sekali dalam hati dengan penuh sopan.

Begitulah.

Apa pun, saya bangga dengan wanita muda itu.

Sungguh pun blur, beliau tetap turun mengundi, tunaikan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia.


Syabas anak muda.


#drazlindarita

#kisahkehidupanDrAzlindarita

#GE15

#PRU15




Tuesday, 8 November 2022

Layan Mak macam puteri raja?

 Hari ini saya amat bersyukur, Allah pilih saya untuk menjadi seorang doktor.


Kenapa?


Bukan kerana saya dapat membedah mata seorang pesakit yang berusia 81 tahun.


Tetapi kerana saya dapat menjadi saksi, kasih sayang seorang anak kepada ibunya.


Seorang anak yang melayan ibunya, seperti melayan seorang puteri raja.


Ibunya bimbang nak menjalani pembedahan, beliau pujuk dengan suara yang lembut.


Ibunya tak larat nak berjalan dari kerusi roda ke katil, beliau dukung ibunya walaupun beliau seorang wanita yang bertubuh kecil.


Apabila wajah ibunya muram sahaja, cepat-cepat beliau kata, "Along ada sini, Mak. You don't worry OK."


Beliau seorang bergelar Dato, tetapi di sisi ibunya, beliau merendahkan diri, serendah-rendahnya.


Ma shaa Allah, semasa menjalankan pembedahan buat ibunya, kataraknya agak keras dan sukar dikeluarkan.


Saya berdoa," Ya Allah, kau tolonglah aku ya Allah. Orang ini baik, ya Allah. Anaknya baik. Mesti mereka sedang berdoa ya Allah."


Alhamdulillah, pembedahan berjalan lancar. Pastinya berkat doa semasa hujan juga, di bumi Shah Alam ini. 


Saya bersaksi, bahawa anak itu adalah anak solehah. Mudah-mudahan Allah permudahkan segala urusan keluarga ini in shaa Allah. 


Amin ya Allah.


Terima kasih ya Allah atas peringatan ini.


Dari Abdullah bin Mas”ud katanya, “Aku bertanya kepada Nabi Shallallahu alaihi wa sallam tentang amal-amal yang paling utama dan dicintai Allah ? Nabi Shallallahu alaihi wa sallam menjawab, "Pertama solat pada waktunya (dalam riwayat lain disebutkan solat di awal waktunya), kedua berbakti kepada kedua orang tua, ketiga jihad di jalan Allah”.


[Hadits Riwayat Bukhari I/134, Muslim No.85, Fathul Baari 2/9]


Semoga kita semua juga dapat berbakti kepada ibu bapa kita sehingga akhir hayat mereka in shaa Allah.



#drazlindarita

#ophthalmologist

#kisahkehidupanDrAzlindarita

Friday, 4 November 2022

Azam nak kurus : Apa jadi selepas 11 bulan?

 Alhamdulillah, 11 months into my "new year resolution" and I'm still maintaining my weight.


Oklah, masa saya mula sedar diri dah sedikit overweight, saya 68.2kg. Tidaklah obes tetapi saya perasan saya dah tak nak lari, malas nak exercise.


Sebab badan rasa berat.

Baju pun ketat terutama bahagian lengan.


Pelik kan.


Jadi pada Disember tahun lepas saya ambil keputusan, saya tak nak ada masalah berat badan, dan saya sedar yang diet sendiri memang tak jalan.


Ke laut dalam biasanya.


Jadi saya "hire" seorang coach untuk jaga diet saya. Coach saya juga seorang doktor iaitu Dr Sakeenah Abdul Rahman 


Banyak yang saya belajar, jadi saya nak share sedikit. Kalau nak tahu lebih, sila contact coach saya.


1) Exercise sahaja tak akan buat anda kurus.

Exercise burn calori 200, lepas tu makan mee goreng mamak 600 calori. Takkan kurus.


2) Nak kurus memang kena jaga pemakanan. Kita semua ada basal metabolic rate (BMR) , berapa minimum kalori kita perlu sehari. Contoh untuk saya, 1700 kalori.


Boleh pergi sini untuk kira


https://www.calculator.net/BMI-calculator 


Untuk kurus, lose weight, kena kurangkan lebih kurang 500 kalori setiap hari. Caranya? Kurangkan kalori dalam salah satu makan contoh sarapan. Kalau biasa makan nasi lemak sambal paru, cuba tukar roti wholemeal dengan telur rebus. 


3) Banyak makan karbohidrat, tak digunakan, akan jadi lemak.


Nasi adalah karbo.

Mi adalah karbo.

Kentang adalah karbo.

Sayur adalah karbo.


Jangan ingat tak makan nasi, makan sayur saja boleh kurus.


4) Makan protein saja, kalori tinggi, tak guna kalori, tetap boleh gemuk.


5) Paling senang, gunakan suku pinggan  karbo, suku pinggan protein, separuh pinggan sayur. Sayur mentah ya macam salad.


Salad + dressing =diet  ke laut dalam.


Sayur masak lemak = diet ke laut dalam.


6) Kena tahu kalori makanan. Ini tak wajib, kalau dah ada coach, coach akan ajar. Tapi saya, macam biasa kiasu sikit. Saya guna MyFitnessPal dan log kan makanan saya SETIAP HARI for the past 11 months. 


Kalau tak kiasu, tak payah buat. Haha. 


Tapi yang bagus apps ni, dia bagitau lah yang karipap seketul berapa kalori, kuih seri muka yang kecik tu satu potong 180 kalori. Ngeri nak makan OK.


7) Dah pandai bab calori deficit, mulakan exercise.


OK bab ni, saya memang dulu tak sempat. 4-5 bulan pertama saya memang tak sempat exercise. Tapi bila dah kurus, rasa lebih semangat nak fit.


Pilih exercise yang anda suka.


Contoh :

- kalau tak suka berlari, berjalan.

- tak suka panas, boleh hiking

- tak suka manusia, boleh hiking masuk hutan

- suka duduk dalam aircond, buka YouTube, buat HIIT. 15 minit saja.


Saya suka buat HIIT yang sama, sebab nak challenge diri.


Dulu nak buat burpee atau rainbow planks rasa nak mati. Sekarang rasa boleh buat dua kali HIIT tu.


My motto is, "it does not get easier, YOU are getting stronger."


8) Set a realistic goal. Kalau berat anda 90kg, tak mungkin lah nak turunkan 50kg dalam masa 3 bulan kan.


Saya beri masa 4 bulan untuk saya capai ideal weight 60kg, dan 4 bulan lagi untuk maintain berat itu.


Selepas itu, berat akan ada turun naik. Itu normal. Sesekali terasa nak makan roti canai, saya allow. Tetapi lepas tu don't beat yourself about it.


Get back on track, set a new target and keep working.


Nothing is impossible.


I hope this helps.


Selamat berazam tahun baru pada bulan November. In shaa Allah nanti bulan Januari, dah ada progress. Ha best kan.


#drazlindarita

#letsstayfit

#HazaMinFadhliRabbi




Friday, 28 October 2022

Pesan buat anak-anak

 Suatu masa dahulu, kami lambat dapat anak. 3 tahun lepas bernikah, baru kami dapat anak.


Mungkin tak terlalu lama bagi sesetengah orang, tapi cukup lama bagi kami.


Bila dah dapat seorang, Alhamdulillah Allah beri lagi 2 orang dalam masa 3 tahun.


Apabila anak-anak semakin membesar, kami sedar bahawa mengandung, melahirkan dan membesarkan anak-anak semasa kecil itulah yang paling senang.


Yang susah adalah mendidik anak-anak menjadi manusia.


Jadi bila ada peluang, saya suka pesan pada anak-anak saya.


1) Beratur.


Ini nampak simple tapi tak semua orang buat. Contoh di jalan raya, ramai orang potong barisan tetapi itu membuat orang lain marah. Buat orang marah itu dosa.


2) Jangan buang sampah merata-rata. Terutamanya dari dalam kenderaan. Simpan sampah dan bawa balik. Bumi ini hanya ada satu.


3) Ambil giliran apabila bercakap.


Bila balik sekolah semua nak bercerita, tapi saya ajar mereka, yang tua bercakap dulu. Kemudian ikut umur. Kadang-kadang yang kecil menangis, tetapi itulah kehidupan, kita tak boleh sentiasa dapat apa yang kita mahu.


4) Kena belajar bersungguh-sungguh, cari ilmu, jadi orang berguna. Sebab Ummi Abi takkan selamanya ada di dunia ini.


5) Hormat orang yang lebih tua. Jangan lalu depan tanpa tundukkan badan. Rasulullah SAW diutus untuk sempurnakan akhlak kita.


6) Bila anak-anak kata tak tahu cita-cita apa, saya kata kerjalah apa yang beri manfaat kepada manusia, sebab Rasulullah kata itu ciri orang paling baik. Yang paling banyak beri manfaat kepada manusia.


7) Lepas makan di mana pun, kemas tempat makan.


Kalau di rumah, angkat pinggan dan basuh.


Kalau di restoran, susun pinggan supaya petugas mudah nak angkat.


Kalau di restoran makanan segera, buang terus semua bungkusan dan tinggalkan meja sepertimana kita nak datang tengok meja bersih.


8) Recycle.


Mungkin barang yang kita recycle akan betul-betul dikitarsemula, mungkin tidak. Sekurang-kurangnya Allah tahu niat kita.


9) Ucap terima kasih dan minta maaf apabila buat silap, walaupun kepada orang yang lebih muda daripada kita. Nampak simple tapi tak ramai orang mampu lafazkan. 


10) Tutup suiz lampu apabila keluar tandas atau bilik. Jika kita biar, itu membazir, dan akan jadi adik beradik syaitan.


Begitulah.


Bukan kami nak kata kamilah Ibu bapa terbaik.


Cuma kadang kami rasa, pada akhir zaman ini, common sense are not that common anymore.


Jika kami tidak mampu mengubah dunia, biarlah kami didik anak-anak kami ini agar menjadi manusia yang manusiawi


In shaa Allah


#drazlindarita

#microsurgeonmom

#kisahkehidupanDrAzlindarita



Wednesday, 19 October 2022

Kisah burung dan khinzir

 Kisah burung dan khinzir.


Di sebuah ladang, ada seekor burung yang pandai menyanyi. Kita namakan dia, songbird.


Songbird memang suka menyanyi, dan haiwan-haiwan di ladang itu pun suka mendengar nyanyiannya yang merdu.


Suatu hari, si khinzir ingin membuat satu pertandingan nyanyian.


Khinzir berkata, "saya akan menjadi hakimnya."


Maka semua haiwan pun berkumpul di ladang untuk menyaksikan pertandingan itu. 


Lembu.

Kambing.

Kucing.

Ayam.

Burung-burung lain. 

Semua lah.


Kemudian, si khinzir pun menyuruh songbird menyanyi.


Songbird pun menyanyilah dengan merdunya, dengan sepenuh jiwa raganya.


Selesai songbird menyanyi, semua haiwan bersorak dan bertepuk tangan dengan kuat. 


Kemudian, si khinzir pun memanggil lawan songbird, iaitu burung gagak. 


Burung gagak pun menyanyilah dengan suaranya yang biasa. 


Selesai dia menyanyi, ada beberapa haiwan sahaja menepuk tangan, untuk menjaga hati gagak. 


Tidak lama kemudian, si khinzir pun membuat pengumuman. 


"Dengan ini, saya mengumumkan, pemenang pertandingan ini ialah..." 


Semua haiwan menanti dengan penuh debaran.

.


".... Gagak!" laung si khinzir. 


Terperanjatlah semua haiwan-haiwan yang hadir, namun tetap menepuk tangan sedikit. Mereka menggelengkan kepala melihat nasib songbird. Kemudian mereka semua terus beredar. 


Songbird tidak dapat menahan sebak dan terus menangis. Burung layang-layang yang baik hati, terbang ke sisi songbird  lantas mendakapnya. 


Dia berkata, "Songbird, janganlah bersedih. Kamu pun tahu kan, di mata kami semua, engkaulah yang sebenarnya layak menjadi pemenang." 


Dalam sedunya, songbird berkata, "Aku bukan menangis kerana aku kalah. Tetapi aku menangis kerana aku telah membenarkan diri aku dihakimi oleh seekor babi!" 

.

.

Kesimpulannya, 


Yang pertama jangan biarkan diri kita dinilai oleh orang yang tidak layak langsung memberi penilaian. 


Know your worth. 

And believe in yourself. 


Kedua, inilah yang berlaku jika tiada demokrasi. Ikut sedap khinzir tu je kan nak pilih siapa menang. Patutnya adakan undian , barulah adil. 


Tetapi ingat, kalau ada demokrasi, tapi anda memilih untuk TIDAK memilih, anda mungkin membiarkan hakim seperti khinzir yang memilih pemenang seperti gagak, sedangkan pemenang itu langsung tidak layak. 


Sekian kisah burung dan khinzir. 


Tiada kaitan dengan yang hidup atau yang mati.


#drazlindarita

#peace



Monday, 10 October 2022

Glamping di River and Glamp Ulu Yam

 Glamping


Satu aktiviti yang seakan-akan camping tetapi lebih mudah


Khemah sudah disiapkan.


Tandas persendirian


Makanan siap dipek untuk setiap orang untuk makan malam, sarapan pagi dan makan tengahari. 


Yang paling penting, lokasi berdekatan dengan sungai, dan tidak jauh dari KL.


Saya memilih River and Glamp di Ulu Yam sebagai lokasi glamping pertama keluarga kami.



Harganya RM595 untuk satu malam, khemah yang luas ini boleh memuatkan 5 orang dewasa. Saya memilih untuk menambah satu tilam (RM50) dan satu set makanan  untuk Uwais (RM40). Saya juga menempah untuk menggunakan pelampung, kadar sewa adalah RM25 satu dan ia boleh digunakan sehingga waktu check out. Semua item tambahan boleh dibeli melalui laman sesawang mereka . 


Lokasi River and Glamp ini adalah di Nur Laman Bestari. Jika anda tidak biasa, jangan risau kerana boleh dijumpai di Google Map dan Waze. Kira-kira 1km sebelum sampai juga ada papan tanda Nur Laman Bestari dan River and Glamp.


River and Glamp juga ada kawasan baru iaitu Campers and Kopi, semuanya di kawasan yang sama.


Alhamdulillah proses check in sangat mudah, anda hanya perlu beritahu nama dan bayar deposit sekuriti sebanyak RM50. Kemudian, anda bebas beraktiviti di sekitar kawasan ini.


Yang pasti, anak-anak kami amat gembira dapat mandi sungai yang sangat bersih. Airnya jernih dan tidak terlalu deras airnya. Seronok juga bermain pelampung yang disewa.




Berbeza dengan mandi pantai atau kolam renang yang kadang kala hingga sepanjang hari, mandi di sungai sejam dua , masing-masing sudah surrender kerana kesejukan.


Sekitar jam 6 petang, kami naik ke khemah semula.


Apa yang paling saya suka dengan glamping di River and Glamp ini adalah tandas yang tidak perlu dikongsi dengan pengunjung lain. Setiap khemah akan dibekalkan kunci tandas masing-masing.


Tuala, sabun mandi dan syampu juga disediakan.


Pukul 6.30 malam, makanan malam dihantar ke khemah. Kami bersolat di surau yang disediakan, tidak jauh dari khemah kami.


Aktiviti malam, ada pengunjung yang memilih untuk berBBQ. Ada juga yang membakar smores di unggun api. Alhamdulillah juga ada peraturan di tapak perkhemahan ini, tidak dibenarkan membuka muzik kuat yang mengganggu jiran-jiran.



Sekitar jam 10 malam, kami semua sudah masuk tidur. Anak-anak keletihan bermain sungai petang tadi.


Saya terjaga beberapa kali pada waktu malam kerana perlu ke tandas. Alhamdulillah suasana sunyi, tetapi laluan ke tandas terang jadi tak perlu risau. Nyamuk pun tiada!


Di dalam khemah ada kipas yang besar, dan sebuah alat pendingin hawa mudah alih, yang cukup untuk menyejukkan khemah kami.


Sekitar jam 4 pagi, hujan turun dengan sangat lebat, hinggalah jam 8 pagi. Pagi itu kami solat Subuh di khemah sahaja kerana tidak mahu meninggalkan Uwais tidur seorang diri.


Sarapan pagi agak terlewat sedikit iaitu jam 8 pagi, bukan 7.30 pagi seperti dijanjikan, tetapi tidak menjadi masalah besar kerana kami memang ada membawa bekal makanan termasuk mee segera dan roti.


Kami menghabiskan waktu pagi dengan bermain Monopoli sambil menikmati nasi lemak dan teh O panas yang enak.



Ketenteraman pagi sedikit terganggu dengan penghuni 2 khemah bersebelahan kami yang mengadakan hari keluarga, dan memasang muzik yang kuat sambil bersukaneka. Sudah pihak pengurusan tegur, masih juga mereka tidak mahu memperlahankan muzik mereka.


Jan 9. 30 pagi, saya dan Uwais berjalan-Jalan di sekitar kawasan, melihat air sungai yang amat deras, dan kolam air kecil yang disediakan. Uwais tak berminat nak mandi, kerana airnya tidak begitu jernih. 


Umar dan kakaknya meminta untuk bermain memanah. Harganya hanya RM15 untuk satu jam. Namun selepas 30 minit, mereka sudah puas bermain. 


Jam 11.30 pagi, sedang kami berkemas untuk daftar keluar, makan tengahari pun sampai. Nasi Tomato dan ayam Masak Merah yang sangat sedap!


Alhamdulillah, secara keseluruhan saya amat berpuas hati dengan pengalaman glamping ini. Tilamnya agak kurang selesa, tetapi iyalah, takkan sama tilam di rumah dan tilam di khemah, kan? 


In shaa Allah mudah-mudahan ada rezeki kami untuk glamping di tempat lain pula lain kali.